The girl.

Friday, November 23, 2018

Trip Bajet ke Korea : Annyeong Busan ! (Day 1)

Hello there! 💫

Harini dah bertarikh 23 November 2018, hari Jumaat. Sudah sebulan 3 minggu berakhirnya trip Korea tapi sekarang baru boleh nak blog pasal trip tu. Mungkin sebab aku tak boleh move on kan so dok bertangguh lah nak menaip. Ditambah lagi dengan baru baru ni aku baru je hadir ke graduation ceremony (yay I'm finally graduated from #degree of medschool) so memang tak dan lah nak menaip hew 👌 So kalau aku rajin, aku akan buat every day post sepanjang dekat Korea. Erkkk 15 hari kottt. tu pun KALAU aku rajin ok? And be noted aku tak letak detail perjalanan, bus no, entrance fee. In case kalau nak tahu boleh comment down below ya?


19 September 2018,


Activities:
Day 1 Korea : Touchdown Busan
  • Touchdown Gimhae International Airport
  • Drop luggage dekat Kimchee Guesthouse @ Bomnaegol Station
  • Taejongdae Park
  • Gwanggali Bridge



KBR - KUL 💨💨

Melepak di FM having supper sementara menunggu nak masuk gate herher

Sedap !!

Ok now dah kena masuk. Time ni kan sikittt lagi dia nak tutup gate international departure tu aharhar


Bila dah masuk dalam flight tu sumpah mengantuk yang tak boleh bawak bincang doh tapi sebab nervous kan first time overseas aeroplane ride, lama pulak tuh. Hampir sejam jugak lah nak boleh tidur tuh. Lampu dia akan tutup lepas beberapa minit. So akhirnya aku pun tertidur, bolehlah agak lena for almost 3 hours. 


Taken at 5:36 AM Malaysia Time

Taken at 5:45 Am. Cepat gile kan bertukar!

Ayam kicap je sebenarnya herher. Sedap! Makanan sampai pukul 5:50 AM haha awal nokk terus makan kot. Yang sebelah tu Ainaa's sedap doh nasi lemak Air Asia wajib beli occay!

Disarankan untuk siap2 beli makanan sekali dengan booking, RM15 jer, sebab serious nanti korang lapar so akan jadi tak bertenaga and mood pun tak hado susah pulak kang eherher. Lagipun bila lagi nak try makanan Air Asia kan? 

So bila dah touchdown at Gimhae International Airport, pergi bersihkan diri apa semua and top up our T-money card, kitorang pergi drop luggage berkilo kilo tu kat our guesthouse. Dia ada sediakan tempat drop luggage, korang just kena beritahu prior to that so that dia informed ok. Lepastu chow chin cau ke first destination; lama weh nak naik bus pergi ke sini sebab dalam map dia cam agak hujunggg Busan woot.


1. Taejongdae Park
From Nampo station Exit 6 > Take bus no 8/30/66/88
Bus ride about 50 min




Ada cerita di sebalik naik boat ni. This is called as first time first day first place syndrome bagi para pelancong macam kami ye. Dah lah baru sampai lepastu tetiba ada pakcik van ni approaching us ajak ikut package naik van + boat ride macam dalam gambar ni. Actually tak termasuk dalam iti pun tapi sebab first day first time syndrome kan, dengan harga 8900 won/person (sampai skrg mmg ingat harga dia sbb this syndrome HAHA) (tak tahu nilai duit lagi time ni), kitorang pun onz jer ikut package ni.

Bila dah sampai ke jetty nak tunggu boat, kena ambik ticket and tunggu boat datang. Sementara tu boleh beli makanan seagull sebab jap lagi nak bagi diorang makan. Lepstu kitorang naik lah boat ride tu, dia bawak pusing sepanjang tepian pantai tu, Seriously not bad lah walaupun at the first place tu kitorang rasa cam tak caya je risau tak berbaloi kan. But after all lepas naik tu rasa ok je. Dengan orang pasang karaoke old Korean songs nya, other tourist/locals feeding all the seagulls, plus the sea breeze hitting our faces, it feels good doh.

Peace yo!


Lepas dah habis boat ride tu, kitorang jalan kaki ke tujuan asal (Taejongdae Park).
Terpaksa lalu kat seafood place ni and almost tergoda nak makan seafood dia omg cedap doe

Ok sampai pun Taejongdae Park! Kejap je jalan kaki nya tu dari jetty tadi.
Masuk convenience store jap beli Banana Ouyu love.

Btw untuk mengelilingi Taejongdae Park, korang kena naik transport dia ala-ala kereta api tuh. Fee ticket boleh bayar 3000 won/person dekat counter. Beli lah ticket untuk transport tu sesiap then beratur awal-awal sebab dia siapa cepat dia dapat.


Ihsan gambar dari insta story. My first binggrave drink! Price quite mahal here: 1500 won

Suasana dalam 'kereta api' eherher

Sampai! Kejap je weh alah!!

Letak jelah eh gambar tutup mata ni pun. Penat nak pilih gambar daripada beriban tuh hahaha riak pulak

Meogo Sippo Gang Group Whats App nama diberi 😹😹😘

Okay lepas dah habis pergi light house semua tuh, kitorang pun chow balik naik bus nak balik ke guesthouse. Lalu aku pun terpegun dengan bentuk muka bumi di sini. Allahu indah sungguh.


kalau tengok depan mata ni, berkali ganda teruja.




Okay maka kami pun sampai lah ke guesthouse. Sebelum tuh pergi beli nasi instant dekat 7E nearby that. Harga 1 nasi instant = 1000 won. Kalau tengah lapar tunggu nak pengsan tu tak cukup kalau beli 1 aharhar. Convenience store kat sini selalu buat harga promo contoh macam harga youguerte kat bawah ni Buy 2 for 1800 won so quite cheap.


Youguerte!

Di saat diorang kelaparan tu aku sempat ambik gambar sekeping dua. Fuh
Nasi instant ft sambal ikan bilis pedas



2. Gwanggali Beach 

#thesquad



Agak jauh jalan kaki haha dasar dah lama tak berjalan kaki kan!


Bila dah sampai, terpegun! Indah sungguh lah~ Romantic also sebab dia letak banyak payung so boleh lepak under it and tidur/sembang lah dengan pasangan masing masing sukahati 😹

Iphone memang tak lawa gambar memalam tapi takpa asal ada kenangan 😻😝😉

So that's the end of our journey for DAY 1 😚😋😍 14 days posts more to go bahahahah seriously If I am rajin enough, ok? Stay tuned


#kubitravelgram #busanday1

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)