The girl.

Monday, April 8, 2019

Trip Bajet ke Korea : Jeju I Fell in Love 😍 (Day 13)

Harini nak bercerita panjang sikit. Imagine punya berhari nak siapkan entry ni sebab nak cari gambar lah, edit lagi, pilih gambar yang cecomel and nak upload pulak. Pendek cerita demi sebiji entry yang smart, sanggup ye seorang kubkubi!

Pagi tu bangun macam biasa, awal sikit lah lepas subuh tak tidur dah. Mati lah kalau tidur kena kecam ohoi orang nak pergi jalan tapi disebabkan kau seorang jadi lambat semuanya ihiks. Mandi bergilir and sesambil tu gosok baju apa semua. Lepastu breakfast minum maxim, tea and makan biskut and apa lagi ek lupa beyh.

Lepastu ahjusshi/sunbae/hyung tour driver kitorang sampai dengan van pada waktu yang dijanjikan. Harini niat focus pergi travel belah east je. Sila lihat peta course di bawah 👇👇



Perjalanan ke first destination takes about 1 hour melalui highway + jalan biasa. Before tuh dah nampak pemandangan windmill, semua size ada! Dari size atok > bapak > anak > cucu haaa. Tapi tak berapa ingat ada tak canola that time hm hmm. Kalau ada memang rugi ah tak mintak ahjusshi stop by sekejap bergambar eheks


1. Seopjikoji
Setibanya di sini kami terus terkinja untuk menikmati pemandangan. Ahjusshi cakap time limited to 1 hour only sebab kalau tak tak sempat nak pergi tempat lain. So yeah, kami berjalan takat yang mampu je. Fyi they provide horse ride, bicycle ride and tak silap bus juga sebab kat sini attraction nya ialah rumah api. Kami tak sempat naik bus ride tu so ended up bergambar depan-depan ni je ehehe. And sejuk nak mampus sila bawa jacket sesiap ye.



Ada bangunan tu nampak macam biasa je pulak tempat ni hahahha macam kat Malaysia lak zzz

Bergambar bersama lalang

Bersama kembar angkat


2. Seongsan Ichulbong

Selesai sejam kami pun bergerak ke sini. This place is a must if you come to Jeju!
They have many trails so you can opt which one you prefer. Take my advice, just try all the trails despite of tiredness or laziness because later you will end up regretting as me right now uwu. Try pergi the peak sebab akan nampak the whole Jeju from above view & kalau pergi descending trails yang sampai ke air tu pun best jugak. 

  




Sampai sini sahaja I mampu ahaha



3. Seafood Luncheon
Lepastu perut lapar maka ahjusshi bawa singgah makan sini. I syak this is part of his business too, meaning that this is his restaurant sebab dia bersembang dengan worker situ and masuk restaurant macam biasa ja. Aku tak reti order bendalah ni sebab kena converse dengan ahjumma pasal menu. Selalunya memang Min jelah yang jadi tukang negotiate hsshshs. Bila dah sepakat menu and harga so jadi onzz 


Setelah kekenyangan


Sedap gile semua side dishes (telur > ikan bilis > sayur sayuan), ikan tu paling sedap!, kuah merah tu actually lauk ikan tak ingat rasa dia macam mana tapi so tasty yummeh!!

Tengoklah besar besar


bergambar dengan ahjusshi driver. Min initially nak panggil hyung je haha
pastu tak ingat dia panggil apa pulak lepastu

take picture with restaurant worker (entah-entah adik driver je) *cute jugak*

4. Sangumburi Crater
Lepas dah kenyang kami meneruskan perjalanan. Sini macam tanah tinggi sikit thats why sajuk sajuk bah. Kami beli air hot chocolate guna duit baki makan restaurant tadi sebab ahjumma bagi discounteuuu (#TIPS nak dapat discount -- kena pandai-pandai buat comel-comel/aegyo sikit ke macam Mirano buat hahahaha)

Layan jelah eh gambar ye. 😁






  
Angin kuat sangat nasib baik aku tak keding kalau tak boleh tercampak 😜



Sampai sini dah tenang dah



Tak bawa balik pun sebab nampak macam menggatalkan je.
Takot induce allergic

Kami letih sangat lepas Sangumburi ni. Mana tak nya, bergambar lah, take selca lagi yang macam tiada kesudahan. & Supposedly lepas tu kami pergi ke pantai tau tapi disebabkan kekangan masa maka kami pun pulang ke rumah. Cedeh tak sempat gi uuu :3



Then kami minta ahjusshi singgah 7E area homestay kami sebab nak beli instant rice. Aku beli air kopi lah apa lagi. Dorang beli keropok air etc as usual. Sampai-sampai je kami berehat sebab keletihan. Melepak makan snacks sementara tunggu dinner malam nanti. Lepastu timbul pulak idea nak melepak mengopi dekat coffee shop. Google punya goole luckily jumpa yang nearest to our homestay. About hundred meters je away so yesss 

Selepas maghrib kami pergi mencari JB & Blanc coffee shop ni.
Bila sampai tu takda orang pun, punyalah tunggu seminit 2 baru owner keluar. 
Kami pun order hot chocolate and 2 iced machiato. 



Lepas about almost 1 hour kami blah dan singgah mart. Nasib baik dekat je on the way back to our homestay ada mart ni. Singgah beli telur, cili and binggrae drink eheh

Dengan telur and cili tadi maka terjadilah nasi goreng sambal ikan bilis gabungan chef Ummi dan Min. Sedap nak mampus aku makan berjimat cermat ahaha tapi kesian pula sekarang bila teringat yang Ainaa nak curi sikit then aku tak bagi 😂 sorry doh

Lepastu makanan cam tak cukup, Min pergi masak nasi goreng mayonis pula ✌😁 sedap lah. Aku tukang buat air teh je 😋

Lepas makan tu boleh pula sharing sessions. Berejam tuh. Tanya pasal personal life masing-masing apo bagai aku lupa siot hahahaha nak kena jumpa you guys balik untuk kuatkan ingatan 👀😜😂



Malam tu ingat nak teman Si Mirano & Capira melepak sebab malam terakhir kami dengan dorang tapi masalahnya aku pun terbabas ngantuk macam hapa 😁😜

See you in next entry! Stay tuned :) Thanks for reading~~



No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)