The girl.

Friday, December 7, 2018

Trip Bajet Ke Korea : Tak sah jika tak mencuba Beef Gyro Platter di The Halal Guys kalau ke Itaewon! (Day 4)

Haaaa kemain kan panjang tajuk tu sebab nak bagi highlight sikit point of the day is mencuba makanan halal di Itaewon. Ok cam biasa perjalanan untuk harini :


Activities:
Day 4 Korea : Basically ke Itaewon and shopping sikit-sikit!

  • Seoul Central Mosque
  • The Halal Guys Restaurant
  • Shinsegae Mall
  • Namdaemun Market



Harini berjalan lancar seperti biasa. Cumanya sebab exhausted yahamat dari perjalanan semalam, kami bercadang mahu bergerak agak lewat sedikit. Sarapan harini disediakan oleh kawan-kawan aku yang cantik lagi baik hati. Kira-kira jam 11 lebih begitu barulah kami memulakan harini menjamu mata sekeliling. So first place to :


1. Itaewon 
Attraction : a culturally diverse place as there are many foreigners visit this area. They provide variety range of halal restaurants to choose from for Muslims.
Rate : 4/5 





Sepanjang perjalanan menuju ke Seoul Central Mosque tu terdapat banyak restoran makanan halal menjual Arab food like kebab; curry-based food etc. Memang kau akan bau je haruman makanan masing-masing tapi aku mampu bersabar je sebab kitorang rancang nak makan dekat tempat yg di recommended kejap lagi.

Dari rumah dah ready air wudhu' sesiap sebab cadangnya nak solat jamak di masjid ni. Katanya ini satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul. 


a) Seoul Central Mosque

Sangat peaceful. 😇💕

b) The Halal Guys restaurant
Rate : 5/5


Menu dia.



Apa yang sedap di The Halal Guys restaurant ni? 

Firstly bila sampai dekat kaunter tu korang boleh pilih nak Sandwiches atau Platter. Lepastu pilih nak size mana satu samada Small (Kecil), Regular (sederhana) atau New York (besaqqq sekali) . Next pilih inti yang korang nak samada chicken, beef gyro ataupun combo. My recommendation, pilih beef gyro; rasa dia macam makan daging kambing gitu sedap and wangi ngat. Kalau tak takkanlah kami boleh pergi sampai 3 kali repeat, aku and ainaa 2 kali repeat ambil Beef Gyro New York Platter??! Size New York ni ibarat ko makan sampai penuh 3/3 bahagian perut ko tahu? And sampai boleh simpan ke pagi esoknya untuk dijadikan sarapan. 👻😜 So worth my money!

Satu set tu dah disertakan sekali dengan air, boleh refill berapa puluh kali ko nak. Kalau nak take away, korang minum air tu sampai habis dulu then pergi refill sebelum blah dari kedai 😝😅👍


Beef Gyro New York Platter  - YOU NEED TO TRY THIS ONE.
Surely takkan lupa keenakannya sampai hari hari seterusnya


Apa yang ada dalam sepinggan Beef Gyro Platter ni?

Nasi macam nasi beriyani separuh plate, beef gyro separuh plate, sos merah, mayonis, salad, tomatoes potong dadu, and satu lagi bentuk pizza tu tak sure lah apa.


Sandwich and Platter


Yang sandwich tu tak ingat isi dia ada apa. Tapi kitorang pilih chicken so bebiasa je rasanya, tak menyengat macam kalau ambil beef gyro punya. 😙😙😆

So perut pun dah kenyang. The rest of the day kitorang just jalan-jalan seluruh Itaewon tu tengok kasut Fila, masuk kedai nak beli blusher ke apa ke. 

Sampailah ke Shinsegae Mall ni yang terletak berdekatan dengan Namdaemun Market. Sempat menyinggah ke Namdaemun Market kejap tengok samada plastik bag yang aku tercicir tu ada tak kat mana-mana kedai yang aku singgah. Tapi malangnya tiada. 👀👀👎 Terpaksa beli baruuuu. Eherher. Aku dah pergi Namdaemun Market pada hari Day 3 ni. 


Ni ke yang dikatakan the golden hour?

terdapat kegirangan di situ dapat apa yang dihajati 💖

Pakai cap dalam mall ni nak dihindari dari sinaran apa?

Okay setakat ni jelah entry untuk Day 4. Schedule nya agak relax sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Stay tuned for next day okay! Some adventures await!~

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)