The girl.

Saturday, February 2, 2019

Trip Bajet ke Korea : From Kpop Road > Shopping Mall > Hangang Park (Day 7)

25 September 2018 // Tuesday 

Activities :
Day 7 Korea 
  • Gangnam ( K Star Road, SM Entertainment, Dunkin Donut in front old JYP)
  • Goto Mall a.k.a Gangnam Underground Shopping Mall
  • Hangang Park + Banpo Bridge


That day tak ingat lah bangun pukul berapa. Tapi we all usually gerak at 8 AM plus Korea time. Breakfast pun tak ingat makan apa hehe maybe roti @ cookies from Lotte kot? And harini Mirano & Capira tak join sebab Capira demam. So rest kat rumah je and jalan-jalan around Seoul Station katanya.

Kami gerak ke Gangnam macam biasa menggunakan subway yang merupakan transport utama di Korea lah. Subway sampai cepat takyah menunggu lama. And macam biasalah kalau gerak waktu orang bekerja maka kau akan berhimpit dengan orang bekerja. Kalau gerak lagi awal kan kau akan jumpa dak-dak sekolah huhu

Bila dah sampai ke Apgujeongrodeo Station kami pun sudah tiba di Gangnam District. Wallahi stesen subway sini sungguh mewah beb. Terkagum sekejap dengan kekayaan yang dipaparkan.

Bila dah keluar daripada subway, jalan sikit ke depan dah terus nampak Doll yang cecomel famous tu. Haaa ambil lah gambar sepuas-puas hati takkan ada orang halang. Kita je dekat situ & local pun dah puas tengok hari-hari sambil pergi kerja 👀👨 Aku ada ambil gambar jugak tapi gambar tu lagi comel kalau aku takde dalam tu hahaha

Next, kitorang ada masuk simpang kiri, singgah sekejap dekat bangunan bawah ni 👇👇



Ini merupakan garage ye
Sempat skodeng benda kat dalam sbb ada kereta masuk tapi bukan artists pun 

Halu guys. Nak dijadikan cerita, setelah Ainaa ambil gambar aku di atas tu kan, ada ahjusshi ajak sembang lah gittu. Si Ainaa ni pun pegang fon aku lalu merecord perbualan diorang. Sambil tu Ainaa tanya soalan "Ahjushhi D.o where?" Macam gitulah pastu sebenarnya Ahjushi ni pun pernah rapat dengan D.o gitu. 

The sad thing is bila dah merecord tu baru perasan tak tertekan start...cian si bb ye laaaa dapat peluang sembang dengan orang yang quite close to KyungsoO tuh 👫
Fuuh ada lah beberapa benda disembangkan. Kitorang berlakon balik pebenda disembangkan haha see in my igstory lehhh

Antekkk

@ Dunkin Donut depan old JYP.



Dah sampai sini nak lah menyejukkan anak tekak and anak perut kan. Ditambah pula kami membawang dengan member baru di kaunter tu pasal artists yang lalu lalang kan. She said she has been working there for few years dah so dah selalu nampak artists wohoot

Next, kitorang menyambung langkah ke next place. On the way tu ternampak this small kedai so kitorang masuk beli snacks. Kat sini pantang asal nampak mart je nak singgah beli air manis + snacks. Tapi kali ni kitorang beli sebab nak buat picnic for tonight di Hangang River 🙆‍♀️😎

Jalan punya jalan, dapat lah melihat sejenis kawasan perumahan elit. Kalau tengok dengan teliti, dapat nampak bangunan company artists. Ada lah yang tak berapa famous kat sini tapi aku tak ingat nama dia. Rumah-rumah kemain class kau and kereta pun besau-besau. Kitorang ada sejenis penyakit bila asal ternampak kereta besau je semua cam curious "eh sapa sapaa haha" Honestly aku suka jalan kaki kat sini walaupun panas, sebab udara dia bersih and kawasan persekitaran tak kotor. Again, hygiene is important 💕👌

Maka berdasarkan map, kami pun sampai ke bangunan SM entertainment company ni. Kitorang melepak di taman betul-betul opposite dengan this building. tengahari pun ada acik yang exercise, bagus ngat. 

Buat igstory video je. Tak larat asyik bergambor phone aku memory nazak haha

Setelah puas berjalan berpusing-pusing, kami pun mahu ke subway semula. Kat sini kami berpisah kepada 2. Ainaa aku & min 1 group and Ailin farihah 1 group. Ailin farihah pergi ke subway dulu sebab diorang nak ke tandas. So kami yang tinggal ni pun mencari lah haluan ke subway. Weh boleh bayangkan tak kami naik bukit, turun bukit dan naik bukit semula? sebab salah laluan idk. Ada sorang stranger tu bagi laluan so kami pun ikut lah. Lastly acik guard tu suruh patah balik dan naik bukit balik at the next street 😜😅🤔 Aigoo nasib baik walaupun panas tapi tak bahang macam kat Malaysia.


Sambil tersesat kami cuci mata tengok rumah masing-2 kaya sungguh 🤯👍
Dengar cerita orang cakap sini kawasan rumah Song Il Gook and the Triplets? Entah aku pun tak kaji lagi.

bukti jalan berbukit. kena rest duduk dulu baru teruskan 

Ok maka kami pun dah sampai ke subway dalam 2:30 camtu, solat dekat subway situ. Yang paling aku ingat ambil wudhu dekat sinki tapi tak ramai orang pun so buat dek je lah kalau diorang nampak pun eherher. & ready to next destination~


Goto Mall a.k.a Gangnam Underground Shopping Mall!!



Honestly beb. Aku takkan bagi nasihat seperti sila bawa duit sedikit ke supaya tak terbeli benda merapu ke sebab taknak korang menyesal pulak kan kalau tak beli, tapi apa yang aku nak nasihatkan kat korang ialah :

- make sure beli benda yang nak pakai SAHAJA
- beli lah make up @ skincares sebab ada sales
- sila tahan godaan 🤔💆‍♀️, baju kat sini mostly 10,000 kwon je!!!


Ok selepas shopping bagai tak ingat dunia, dalam 7PM plus gitu kami pun blah dari situ ke next destination which is Hangang Park. Direction mostly ditunjukkan oleh local. Bila kita bertanya kepada local, kena selitkan sikit dengan slang/bahasa Korea supaya boleh well conversed. Serious semua yang jumpa semua baik-baik aje. 


Crop gambar makwe oppa


Bila dah sampai tu gelap cangat beb takpat nak acah berbasikal. Kami pun carik port best duduk dekat tangga and bukak snacks. Nampak tak dalam gambar kami duduk belakang siapa? Rupa-rupanya kami duduk belakang couple yang tengah dating. Rasa kesian pulak ibarat kacau diorang huhuu. Diorang duduk jauh-jauh jea hahaha maka mulut kebawangan kami terserlah membincangkan situasi mereka hdhdhdhdh tapi akak tu lawa & oppa tu hensem mmg padan cungguh 👍😁

Suasana persekitaran menjadi hening dengan kdatangan ramai orang dan ditambah dengan speaker memperdengarkan lagu lagu hits terkini ecehhcehh. Akhirnya pukul 8PM dan kami pun menyaksikan show bunga apiiii ✨✨🎉🎇🎇




tunggu sekejap lepastu nampak adik-adik buat performance 👍👍😎

Thats the end of today's trippp. Penat seh. hari-hari penat berjalan tapi takkan lah nak berputus asa, rugi lah datang jauh-jauh tak berjalan kan betul arkkk

Till next post beb :> Next posts are more fun ✨🙆‍♀️😎
- K

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)