The girl.

Sunday, February 24, 2019

Trip Bajet Ke Korea : Fun day at Everland, Seoul 🎠🎡🎢 (Day 10)

28 September 2018 // Friday (seriously clueless today is Friday sebab tak oriented dengan hari pun)

Activity : 
  • Everland
  • Yang Good Lamb BBQ

Heyyo welcome back to my postblog! Baru day 10, tinggal lagi 5 hari beb.. takpe aku akan gagahkan diri untuk buat jugak sebab risau gambar hilang ataupun memori tak melekat dalam palotak.

As scheduled, harini pergi Everland. Tiket beli melalui Klook website malam tadi. Kelakar jugak bila mengenangkan peristiwa sewaktu membook hehe. Harga tiket RM131. https://www.klook.com/en-MY/?gclid=EAIaIQobChMI2eXq36DW4AIViAeRCh3TTAPHEAAYASAAEgLHR_D_BwE

So pagi tu masak breakfast nasi goreng sardine by chef wirdanifarihah as usual peeps. Sedap namati. And siap bungkus bawa bekal untuk dimakan lunch lagi. Boleh lah satu tupperware share 7 orang uwu :3

Kami bergerak menaiki subway dan tiba di Gangnam Station. Selepas itu kami menunggu bas ke Everland. Ternyata penuh bas hari itu. Kami terpaksa berhimpit dan berdiri sepanjang hampir 1 jam perjalanan ke Everland. Bear in mind, kalau ke Everland pada musim autumn sila pakai baju tebal-tebal dan selesa. Haritu ada budak kesejukan sebab pakai baju nipis je uwu siapalah tuuuu 👀👀

Setibanya di perhentian bus sana, kami menunggu shuttle bus ke Everland pula. Sekejap sahaja perjalanan dalam 5 minit sahaja. Lalu kami pun tiba <3 












Sampai-sampai sahaja temperature agak sejuk walaupun matahari panas terik. Berdasarkan map, https://www.everland.com/web/multi/english/everland/everland_guide/map/GuideMap.html maka kami pun decide nak naik T-rex dahulu. Dikatakan T-rex merupakan ride no 1 wajib dinaiki. Waiting hour is almost 2 hours tapi tak menyesal :p  

semasa menunggu naik Trex.
asyik asyik chuketa chuketa HAHA

Feeling naik T-rex :
BEFORE -- Weh korang risau ni fuuuh (berterusan selama 2 jam waiting hour). Just risau jea, tak berdebar sangat. Tapi bila dah beberapa minit sebelum tu memang berdebar.
DURING -- Aku duduk sebelah Ainaa. "Ainaa aku takut" "Kau pegang handle tu kuat2" Semasa naik bukit tu, memang tak rasa apa lah, happy siot sebab tengok pemandangan tinggi. Cuba bila dah plateau tu, sila bawa mengucap siap-siap, sebab lepastu kau akan terus menjunam ke bawah dan mmg tak kasi chance untuk apa pun. Cuma terlintas "matiii" hahaha. Ibarat jantung kau tertinggal kat atas tadi alaa aku taip ni pun dah seram. Puas aku pijak lantai and pegang handle kuat2 takut terpelanting, sebab ride Trex ni extreme nak mati, dia takda penghadang yang dekat bahu tu beb :')) dia bagi penghadang kat depan jea so kau boleh rely on kat depan jea la.
AFTER -- menggigil, bersyukur selamat, excited sangat sebab teruja. Cuma sorrylah aku develop trauma sikit HAHA





Nasib baiklah lepastu naik ride yang baby-baby ni jea alaahai ;'))






  













Cantikkan bunga kat sini? Subuur ngat. Kalau bawak mak aku memang dia takkan beredar selagi belum puas bergambar kat bunga ni HAHA



Naik merry-go-round


Lepas naik merry-go-round tu kitorang berlari sebab nak follow pancaragam ni. Menarik dengan thema spooky halloween tu. Ok kat sini lah terserlah perangai childish masing-masing, siap berjoget pun tak malu dah 


While waiting for Rolling X Train. Must try jugak. Dia anak kepada Trex tapi anak yang mesra friendly gitu, tak garang :P



Selain tu kami juga try 4D Happy Family apa tah, Rotating House, Space ride (?) yang budak2 tu, Cable Car 2X. Tu jea yang sempat :3
Dan pukul 8 pun kami beredar dari sini sebab risau subway tutup. Japgi nak makan BBQ lagi maNa bOleyH lUpA

  
Balik tu selesa lah sebab boleh duduk sepanjang bus ride uhuk2. Aku tidur lena sungguh tapi tapi sempat mimpi macam perasaan naik Trex tu semula :( Like setiap kali acik drebar selekoh jea mesti aku rasa cam naik Trex. Berderau darah sewaktu tidur tayah cita laa uwu kuat naw penangan dia tuu

Dan setibanya Yang Good BBQ Lamb tu semua orang letih dan lapar. Kami order sup kambing, set ayam, set kambing. Pastu oppa tu yang tolong grill kan. Kalau kami grill silap-silap membazir and makan carbon monoxide pulak. Tak silap dia tutup 11 malam lebih, boleh check untuk further clarification. And sila tag nama kedai ni untuk dapatkan discounted price ehe x






Yang Good BBQ Lamb : 5/5

Thats all. Thank you for reading! x

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)