The girl.

Tuesday, March 10, 2015

Pulau Perhentian with medic housemates Part 1 ^0^

Bismillah
Assalamualaikum semuaaa!~


Lama gila tak update blog. Aku dah masuk modul Urinary System. So dalam 2 minggu belajar modul ni, pada hujung minggu yang lepas, aku dan housemates serta beberapa batchmates yang lain, pergi trip Pulau Perhentian. So total semua ialah 18 orang pergi hahahahah ramai gilaaaaa :D

Tujuan pergi ni pun sebab dah lama tak makan angin dengan member medic. Terakhir kali pun yang pergi Chinatown, Kuala Terengganu tu. Sayangnya trip ni ada seorang member tak dapat ikut hehe takpe lenkali yukkk lenkali


4 Mac 2015
Pada pagi tu, kitorang bangun seawal 3:30 pagi. Buat bekalan sandwich telur dan minuman, last minute packing dan mandi. Then pukul 5 pagi van Pak Mat pun sampai. Harga tambang van dari Maidam ke Kuala Besut satu hala ialah RM13.10 untuk seorang per 18 orang. Makin ramai makin diskaun gak eh. Bertolak pukul 5:30 pagi. Dalam pukul 6:15 pagi kitorang sampai ke masjid kat Penarik yang sebelum Permaisuri tu. Solat Subuh berjemaah dan terus bertolak. Jalan lengang, syok gilaaaaa hihi. Sampai Kuala Besut dalam pukul 7:40 pagi jugak la.

Sesampainya di Kuala Besut, ada agensi yang offer perkhidmatan bayar speedboat ulang-alik Kuala-Besut-Pulau Perhentian-Kuala Besut. Harga tiket ialah RM70. So kitorang macam rombongan terawal yang sampai. Lepas berselfie, terus naik speedboat. Dalam tu, kitorang 15 orang berpisah dengan the other 3. The best thing is, ombak macam kuat gila sampai kitorang asyik jerit dan gelak. Tak tahu nak describe macam mana, sure thing is aku definitely nak menangis kalau ingat balik moment tu. Yelah, kitorang ambik video sambil bising-bising, nak angkat handfon pun takut fon terlepas dari tangan. Dah lah, nak sorok tepi katil jap....






Bila sampai nya di pulau di Coral Bay after 30 minit duk menggila dalam speedboat, memasing cam tak sabar dah nak terjun laut. Then, pergi Amelia Chalet terus sebab aku dah pernah stay sini sebelum ni. Disebabkan kitorang 18 orang, kitorang just ambik 3 chalet je. 1 chalet 6 orang duduk. So sekepala bayar RM10 seorang. Ada 1 katil queen dan 1 katil single. Kalau rasa korang besar sangat, boleh mintak tilam extra. No extra charge needed.



Lepas dah bersiap dalam 15 minit tu, pukul 10 pagi tu kitorang terus gerak nak pergi snorkelling. Bawak la sunblock jenama Sunplay beli kat 7E, bawak underwater camera/waterproof casing phone, roti lebih, duit lebih, air kosong. So harga snorkelling pula untuk long trip ialah RM30 sekepala. Sepatutnya RM35, dia bagi diskaun maybe sebab kitorang ramai kan. Kalau korang nak try Island Hopping pun lagi best. Lagi syiok sebab boleh pergi pulau lain2 sambil snorkelling. Itu aku tak pasti harga berapa. Kitorang pun sewa underwater camera. 1000 keping berharga RM25. So bahagikan lah untuk berapa harga seorang bayar.

Okay first checkpoint kitorang pergi ialah Baby Shark. Kat sini ada anak ikan jaws. Comel je pendek kaler kelabu hahah. Tak takut deee sebab dia macam jauh tak jauh. Tak gigit orang pun.

Next checkpoint pulak ada baaaaaaaanyak ikan nemo. Macam-macam kaler ada. Kat sini lah kau bagi roti roti tu kat diorang. Rakus gila dah. Macam bagi ayam makan, gelojoh memasing. Kat sini jangan lupa ambik gambar underwater sebab nanti rugi dan melepas!

Third checkpoint pulak, mencari turtle! Kat sini takde coral langsung. Just ada penyu~ Brader boat tu pusing-pusing boat dulu nak cari lokasi penyu kat bawah air. Bila dah nampak kelibat diorang, barulah kitorang terjun acah-acah nak kejar penyu tu! Mula-mula, kitorang nampak sekor penyu ni, makin lama makin laju naik ke permukaan. Dia nak hirup oxygen agak nye. Memang comel! Kitorang menjerit bila penyu tu lompat. Serious nak nangis huhuhuhu comel XD

Lepas tu dah tengah hari, pukul 1:30 gitu, brader hantar kitorang makan kat Fisherman Village. Sini ada satu restoran macam kat bahagian pintu masuk pelancong tu, situ lah dia. Sedap, ramai orang pergi pulak tu. Harga aku; horlick ais + nasi putih paprik fish = RM11. Agak okay lah bagi harga makanan pulau kan.







Dalam 2:45 petang gitu, dengan keadaan perut penuh dan kenyang, kitorang pun gerak menuju checkpoint keempat, Romantic Beach. Sini aku tetiba jadi penakut kejadah. Sebab dari atas coral dia macam dekat seriously hahaha. Tapi at last turun jugak lah sebab taknak rugi duit mihihi

Lepas tu brader tu ingat nak hantar kitorang pergi Lighthouse, checkpoint yang terahir, tapi air tak pasang lah. Plus, air laut macam deras sikit. So saddd.

Disebabkan banyak kekangan, pakcik tu pun bagi diskaun, tak payah bayar harga sewa underwater camera hahahha. Syokkk.

Lepas tu, nampak banana boat, ingat nak try, tapi takut harga mahal that's why tak try. Tapi as if lah korang nak try ke, tanya kat brader tu berapa harga dia. Mana tahu murah ke. Lagipun, one of the checklist kot banana boat, mana boleh tinggal!~

Then, kitorang pun solat jamak qasar kat bilik. Lepas tu gerak pergi Long Beach pulak pukul 5:30 tu. Tak mandi air pun sebab leceh (last-last aku yang rasa rugi sebab tak selam air laut :<( Tapi aku make sure after this aku kena berendam jugak! Kat sini, kitorang just ambil gambar pemandangan terindah je. Setiap ciptaan Tuhan, memang sempurna dan cantik. Ya Tuhan, aku ambik banyak kot gambar-gambar....





So lepas habis lepak Long Beach, kitorang balik bilik mandi bersiap solat pastu keluar dinner. Dinner kat Coral Bay jugak. Jalan lah pergi restoran mana kau nak. At last, dapat kedai yang okay. Waiter dira pun peramah asyik senyum. Aku order honey dew juice + nasi goreng squid. WeeeeWeee sedap. Harga RM4 + RM9. Malam tu memang kenyang lah. Lepas balik bila ja dalam 11 malam terus terbungkang tidurrr~~


Nanti aku sambung kat next post pulak untuk hari kedua. Tunggu awww.
(aku upload lagi nanti gambar, sekarang internet slow)

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)