The girl.

Wednesday, November 28, 2018

Trip Bajet ke Korea: Hello Seoul, the busiest city! (Day 3)

21 September 2018,


Hi salam hehe akhirnya selepas 3 hari boleh jugak aku menaip untuk entry ni eh! "Tak penat ke jaa?" Eh manada penattt. Sekarang aku banyak free time, aku nak buat entry 10 biji per day pun takda sapa nak halang punya lah. "Part time job tak buat ke?" Emm cakap pasal ni, mungkin next year aku baru start cari part time job sebab sekarang banyak sangat benda nak buat 👀😂 bukan excuses tau ni, ianya ialah facts. lel. Sekarang isu myjpa, spa, kkm semua dah settle. Tunggu panggilan untuk intake ja which is the earliest will be on April. Korang doakan aku dapat awal-awal punya tau supaya ilmu medik ni tak berkarat sangat aminnn.

Ok sambung.


Activities
Day 3 Korea : Leaving Busan, So Sad But Hello Seoul, The Busiest City!
  • Check out from Yolo House
  • Went to Busan Station --> Busan Train Station
  • Depart to Seoul @ Seoul Station
  • Check in to our Guesthouse 
  • Namdaemun Market
  • Myeondong Street
  • Lotte Mart

Dah masuk day 3 ni maksudnya kena meninggalkan Busan untuk pergi ke Seoul pula.

Semalam punya cerita memang membuatkan kitorang penat yarabbi. Bila dah sampai guesthouse Yolo ni, nasib baik memember lain dah tolong bawak masukkan luggage kitorang hehe sorry lah total 80 kg kot korang bawak untuk kitorang 4 orang?? 😂💦 Tapi nak sampai guesthouse ni kitorang tersesat nak carik jalan. Kena pulak keluar ke exit yang jauhhh punya dari Yolo kan. Apa lagi terpaksa la menapak jauhh slowly. Tapi memalam camtu ok ja asalkan berteman.

Dah sampai Yolo pulak bukan reti nak tidur terus. Pergi baringkan diri dulu, charge phone camera powerbank, tengok orang gosok baju guna iron steam tak menjadi jadi 😆, bersihkan diri, solat and etc. Bersembang sembang sampailah 1 lebih baru nak tidur 👍😅😆 Tapi dah ready alarm dah sebab kena bangun awal esoknya nak naik train!


1:35 AM Korean Time

5:52 AM Korean time

Saja lah nak ambik gambar before and after tidur kan sebab nanti ada lah bukti dekat phone yang aku bangun ni pukul berapa. Haha

Ok memandangkan tandas pun ada satu tapi orangnya da 8 orang so memang bergilir gilir lah mandi ok. Walaupun sebelum tidur aku dah mandi tapi pagi tu tetap nak mandi jugak tak kira! 😝 Sambil sambil tu packing semua luggage apa bagai.





Dalam pukul 7 AM kitorang keluar guesthouse and menuju ke subway. Dari station sini kitorang pergi Busan Station. Kat situ ada Busan Train Station (BTS). Macam mana nak pergi BTS? Keluar daripada underground tu, and menapak lah sikit ke next building, dia tunjuk signboard besar-besar ada Busan Train Station tuh, tempat kitorang beli tiket malam tadi.



Mugunghwa Train Ticket



Busan Train Station

Sambil-sambil menunggu nak masuk train tu, kitorang merayau rayau jap cari breakfast. Pergilah tandas ke, beli roti ke, masuk convenience store beli Banana Ouyu. Tak habis habis dengan Banana Ouyu tau masa ni 😛


Boleh beli roti. Ambiklah ingredient yang bukan meat or chicken based.

OK dah dapat makanan baru lah boleh f(x) !!


Gambar taken from google sebab gambar yang aku ambik muka aku besar sangat utk diupload 😁😜

OK bila dah masuk, carilah seat korang berdasarkan ticket yang dia bagi tu. DUduk ikut tu sebab seat lain akan ada orang lain yang occupy from other stations. Ala dia macam ETS lah jugak walaupun aku tak pernah naik ETS. lol ok lepastu bag luggage semua letak dekat atas tu.

Selesa lah jugak. Perjalanan start at 8:20 and arrive at around 2PM. Timing sebenar aku tak berapa ingat, so it took about 5-6 hours journey. Sepanjang perjalanan tu sangat lawa dan indah dengan suasana kampung, gunung ganang, bukit bakau. Area Busan that time memang tengah hujan so suasana agak sejuk.


Waktu awal awal tu penuh bukit, diiringi sungai~


OK bila dah sampai Seoul Station, si ainaa contact owner guesthouse kitorang. Then dia cakap meet up dekat luar Seoul Station tu exit berapa tah tak ingat. Lalu kitorang pun heret lah luggage masuk elevator and turun. Bila dah nampak, kitorang gerak ke guesthouses together. Sambil sambil tu dia explain about our surrounding. Mcam tour guide dah aku rasa time ni hehe baik sangat acik!

Ok bila dah sampai GH, letak luggage apa semua, acik explain pasal all the rules, barang dapur, heater, nearest laundry kalau nak dobi and all. Breakfast disediakan tapi takdalah sampai dia topap setiap kali habis. Sekali bagi tu jelah hehe. Dia provide cereal, susu, roti, coffee etc. Bolehlah kena dengan tekak i.

Sesudahnya acik beredar, kitorang mengalami kelaparan yang dahsyat tu terus masak maggie. Ailin yang masakkan that time. Makan kongsi 4 orang. Sementara yang lain susun luggage tu kitorang makan dulu. GH tu agak kecil untuk accomodate kitorang walaupun katil dia cukup tapi ok jer. Takda pun masalah time awal awal ni 😝








Ambik gambar dulu. Time ni aku tengah call orang Malaysia woohoo


Happy tummy happy us!
Kitorang pun keluar untuk meneruskan hari tersebut. Nasib baik rumah dekat dengan Seoul Station, nak pergi mana-mana semua dekat. Lotte Mart tu sebenarnya dekat Seoul Station ni je wehhh sumpah seronok kalau aku jadi local kat sini senang sangat nak beli groceries every weekends!


Ok so first pergi sini. ..

1. Namdaemun Market
Attraction : The city's largest market. They sell almost everything that ones need!
Can go either during day or night time, both good.




Sesampai sahaja kat sini pun dah nak menghampiri senja gitu. Basically dia ialah sebuah market yang jual dari baju, barang2 utensil dapur, souvenir2, barang2 kpop merchandise sehinggalah makanan seperti halal seaweed and the list goes on .. Kat sini kena pandai nego banyak2, bfore that uoll kena tahu serba sikit basic korean for easy communication.. hafal sesiap ol ma yae yo (how much is this) ? hafal dengan numbering sekali ok.

Sila berhati hati bawak bag plastik hasil belian korang. disebabkan mostly penjual bagi beg plastik color hitam (which is good jugak act) tapi instead aku terhilangkan satu beg plastik aku beli baju sedih tak sedih kena telan jugak nasib tak baik tu. Balik tu punya lah sedih aku kan geledah semua plastik tak jumpa-lepastu aku pergi balik sini the other day then beli the exact same design haaaaa the best revenge terhadap diri sendiri yang lalai 💆💇💁

Selain baju tu aku juga beli bag and souvenir yang cecomel di sebuah stall pakcik ni. Stall dia penuh bag design flora and bermacam macam lagi. Aku punya lah rambang mata rasa nak je beli semua style. Serious pelbagai jenis beg dia jual, cuma pembeli je kena pandai tahan nafsu tu. 😜 The best thing is pakcik boleh cakap simple Malay hehe seronok menyembang 😹

Ok takde lah lama sangat dok sini, ada lah dalam sejam gitu. Next we go to the famoust Myeondong Street

TIPS : always search for tourist information center around you. Must have at least one. They will explain to you the direction towards your destination.


busy roads


2. Myeondong
Attraction : A popular district best known for its nightlife, eating and shopping! If you are looking for the best international and Korean brands and shops such as Forever 21, The Body Sop, Nature Republic, then this is the answer.
Recommended : YES



Disebabkan harini baru day 1 Seoul so kami bercadang mahu survey sahaja dulu barang. Balik rumah nanti boleh fikir berkali kali lagi samada mahu beli ke tak bagi elakkan pembaziran jikalau tersalah beli pulak next time. Kat sini serious kalau siapa rasa nak jadi cun sikit boleh beli lah apa je beauty products? skincares? Boleh boleh 😹😻Pandai pandai cari yang sale ok 😁

Aku rasa kalau tak kuat iman better jangan duduk guesthouse around this area lah supaya tak terjebak dalam kancah pembaziran ye anak anak 😈😇

Kat sini sempat lah kitorang makan streetfood gyeranppang tu sharing together. Percaya ta tu jelah makanan kitorang harini termasuk maggie lunch tadi dengan breakfast roti pagi tadi. Kat sini kalau nak makan besar tu 2 kali sehari ok 😲 (tapi kalau dah termengidam tu pergilah hari hari apa susah)

.
.
Aku lebih tertarik dengan design kedai masing-masing. Stylenanda menang kedai tercantik pada aku :p


Bau beg baru oii


Time ni aku baru pas beli sheet mask kat kedai tuu.
Murah lah 10 keping for 1000 won je ko sedar tak mura???
kalau tak beli ko gilewr


Ok lepas habis jalan jalan tu kitorang nak balik. Pain score kaki dah capai 10/10 kot?? (amboih serupa score orang nak beranak)






Tapi on the way nak balik rumah, kitorang termenyinggah ke Lotte Mart. Huhu.


3. Lotte Mart
Attraction : An East hypermarket that sells varieties of groceries, clothing, toys, electronics etc
Recomended : YES. Wajib datang 2,3 kali kalau menetap 10 hari ok



Gambaq kat LM takdaq. Ceq banyak post kat Instastory time ni huhu




Ok sempat pulak snap receipt bahasa asing ni bukannya faham pun. Kena google translate nak menterjemahnya supaya dapat balik duit sbb one person yang bayarkan 👴 tapi basically barang aku coffee, new usb phone charger (sebab aku punya macam nyawa-nyawa ikan je) emm tu je kot seingat aku. Bagi siapa yang peminat tegar Banana Ouyu tu dinasihatkan beli selambak 6 bottles terus price dia only 5890 won! Less than 1000 won per bottle 💞💞

The next day tu the other girls pulak yang pergi sini and shopping barang dapur such as chillies bawang bawangan.

Ok that's all je lah cerita for day 3.

Ouh ya. Kitorang mendobi baju tengah malam tu. bahagikan tugas dua orang pergi then bergilir for the next turn. Kena menapak dalam 4,5 minit jugak untuk ke sana. Kena guna duit syiling 500 won. Masa selama 24 minit tu kitorang set timer. Sempat lagi balik rumah kalau nak makan ke lepak menyembang pastu datang sana balik kutip. Dah lah sekali dengan dryer tau ✌✌👌

Okaylah.

Penat menaip ni. Rasa nak post entry lain dulu aharhar. Entah siapa jela yang baca blog aku ni kan 😳😅🙆



💛 Expenses for the day: 💜

Breakfast roti = 1500 won, 1300 won
Banana Ouyu = 1400 won
Mugunghwa Train Ticket = 28600 won
Mineral water = Buy 3 for 2000 won
Self treat & Souvenir Bag at Namdaemun Market = 34000 won
Sheet Mask @ Myeondong Street = 3000 won
Laundry = 500 won/person (sharing with others)




Thanks for reading this!

Boleh tekan link di bawah untuk baca :

Day 2 
Day 1

P:s:// Tak dapat duit pun blogging ni 😨, cuma dapat kepuasan je bila baca balik in the future 😉😉
P:ss:// Dah tukar username, recycle dari yang zaman dulu punya.

Sunday, November 25, 2018

Trip Bajet ke Korea: Exploring The Rest of Busan (Day 2)



Hi !
Wow nampaknya beza 2 hari sahaja entry day 1 dengan day 2 ni macam proud dengan diri sendiri 😂💁 sebab biasanya level of procrastination aku tuh memang di luar jangkaan occay! 

Entry kali ni agak panjang sebab perjalanan pun memang agak jauh. Total steps taken today is 21,128 steps. And total walking/running distance is 10.4Km. 


20 September 2018,


serious boleh relate doh Haeundae Taejongdae Park Boemnagol aaa
Dari hujung sini ke hujung sana dah pergi. Berbelas belas stations woi kena cross 😛😂
aku lupa nak upload map ni dekat previous entry so it's ok! 



Activities:
Day 2 Korea : Exploring Busan!
  • Check out Kimchee Guesthouse
  • Drop luggage at Yolo Guesthouse by Ms Kwangsu (using AirBnb)
  • Gamcheon Cultural Village
  • Jagalchi Market
  • Songdo Beach, Oryukdo Skywalk
  • The 101 Bay; Haeundae
  • BIFF Square
  • Busan Train Station (buy our train tickets to Seoul for the next day)



abaikan tangan aku yang baru kena minyak panas 2 hari sebelum tu 💅


Pagi tu kitorang set alarm awal lah sebab dah plan cecantik nak keluar awal kan. Lagi pula kena uruskan check out, packing semula luggage berkilo tu sebab kena check in to other guesthouse. Kemain kan bertukar-tukar guesthouse everyday haha it wasn't actually in the plan at the first place. Something came up so we have to book the guesthouse for tonight jugak.

So pagi tu breakfast dengan roti Gardenia disapu tuna dibawa dari Malaysia. Perut kena lapik kalau tak hypoglycemia okay nak berjalan jauh heret luggage ko hado? Buat nya pengsan susah lah satu hal nak bawak kau pulak 😜 Tuh Banana Ouyu memang wajib beli everyday time awal2 dulu herher sebab sedap ngat!

Then check out!


Awal2 ni beg berat gila sebab berat dgn makanan yarabbi nanges teringat balik 😂
bergambar depan first guesthouse @ Boemnaegol Station


Lepastu proses nak menghantor luggage tu ke Yolo House tu satu hal. Dengan beg berkilo plus hujan rintik rintik plus sesat tak jumpa carik Yolo House tu, bila terkenang balik tu memang sayu bahahaha. Korang nanti nak pergi please bawak luggage bag yang betul betul besar/selesa plus your backpack & sling bag kena make you yourself comfortable okay? Kang ada pulak bag terputus kena hangkot barang bagai. Baru day 2 kot 😂

Few minutes passed. Finally arrived to the destination phewww what a journey~

Already told the owner that we would want to drop our luggage somewhere there. Were told to just drop the luggage at a place according to the instruction given.

TIPS! : If you all have any problems regarding your place-to-stay; anything macam tak tahu nak drop luggage mana, nak check in lambat sikit like pukul 8 PM baru nak check in, nak tanya pasal heater, nak check out lambat 3,4 jam ke- you can just ask the owner, just ask nicely; kalau bernasib baik and atas budi bicara tu dia akan bagi punya :-)



Tangga lawa ni nak bagi inspiration sewaktu mendaki tangga ke?
Aku tak boleh bayang la oi kalau luggage 40 KG tuh 😂😁



Selepas free from our luggages (serious ini masalah yang perlu diselesaikan secara baik-baik, slow talk, bawak bertenang dan selesaikan terus), barulah lega yay! And to the next destination we go, by bus!

Okay satu cerita lah pasal jalan dekat Busan ni. Kita Malaysian kan guna lane kiri but in here guna lane kanan. Satu. Kedua, pasal style driver ni driving fuoh hebat ok. They have their own routes for buses. Sangat sistematik and smooth. And pakcik bas driving skill fuohhh very good. En route to Gamcheon Cultural Village tu jalannya sangat berliku, berbukit dan sempit. Dia macam lorong lorong in between houses & buildings je tapi I can't believe that actually buses and cars lalu situ jugak. Yupe memang it fits 2 transports going either way tapi sempit + berbukit + berliku nya lahai daebak pakcik ...



1. Gamcheon Cultural Village
Attraction : Brightly painted houses!
Entrance fee : FREE
Recommended : YES



Hujan selebat lebatnya tapi tara hal lah

                     





Hello there yes you 😜

Bila dah sampai sini wajiblah ambil ootd sepuas puasnya. Pemandangan memang tiptop. Korang boleh lalu semua lorong sebab dia kinda track jugak. Macam fefeeling maze runner pun ada. 👬Ada starting point and finishing point. Initially kitorang take few pictures, bila dah naik ke atas peak sikit, tengok pemandangan and hirup udara nyaman.

And few minutes later aku ainaa and ailin dah terpisah dengan the others. Luckily our side ada wiyo a.k.a telur a.k.a pocket wifi 😂 terus videocall the other side nak meet up balik kat starting point. jalan punya jalan, tak jumpa starting point dah, by the time kitorang berjalan tu baru nampak dekat map yang kitorang dah separuh perjalanan away from starting point tuh. So alang-alang taknak patah balik and nak berjalan ke hadapan je (pehhh ada unsur unsur positive tu never look back siot 😂😹), kitorang terus gerak ke finishing point and janji nak meet up dekat subway station je.

Apasal dah tersesat baru terjumpa map ni aa aa?



2. Jagalchi Market
Attraction : Korea's largest seafood market. The market is very huuuge with so many seafood display!



We finally had our proper meal then.
Actually we were walking to find good place to eat but then as usual, first place first restaurant syndrome berlaku. We were approached by this auntie to dine in at their restaurant. Negotiation on food price was done while its raining. And as our eyes met the live king crab we definitely know that we wanna eat that crab asap! So big so satisfying 😽

Mula mula dia akan bagi side dish dulu. Sila lah makan, tak payah nak tunggu main dish sangat sebab lambat jugak nak sampai king crab tu oi. Btw ada banyak yang sedap and kena dengan tekak jugak lah dishes tu, kena try and error ok.

Price : 22300 won/person . Sharing with 9 people

Sedap king crab ni. Rasa dia manis manis je and isi dia walah besar gebu. Tapi yang kuah tu macam agak masin so takyah aa beriya hirup ya. Pls bear in mind that salt requirement per day for a person based on Malaysia Clinical Practice Guidelines is as following: 

"An intake of <100 mmol of sodium or 6g of sodium chloride a day is recommended (equivalent to <1¼ teaspoonfuls of salt or 3 teaspoonfuls of monosodium glutamate)"

So agak agak dah terlebih 1 suku sudu teh tu dah boleh berhenti kot pipollll. Reduce risk factor of getting stroke letsss!

Bapak lah rajin aku menaip sampai sini dah panjang nya huhu agak agak lepasni ada ke day 3 entry woop



             




3. Songdo Beach + Oryukdo Skywalk
Attraction : Man-made beach; as an alternative to Gwanggalli and Haeundae. They got skywalk too! 





Sejenis yang rajin buat panorama waktu awal awal dulu uhukhuk









4. Haeundae
Attractions : Urban city area surrounded with so many tall buildings. Such a good escape after a hectic working life. Buildings were decorated with stunning lights that amaze people sight during night time. Lots of street food stalls nearby. 
Place to go : The 101 Bay, Haeundae Beach.


We went here straight from Songdo Beach. If you see the map above, it was actually from hujung sini ke hujung sana of Busan! We actually crossed the Busan doh over few hours bus ride. If I am not mistaken it took us about 17 stations to get there uwu. 

Finally! Yay



Orang kaya kaya je stay around here. So urban




5. BIFF Square
Attraction : Street food place- searching for dinnahhh



Actually kat sini dah ada vibes Myeondong Street !




Selalu tengok dalam drama je diorang makan camni. 

inilah rupa Hotteok tu! Sedap and recommended! x





Tak larat for the day. And I hereby announced my  life today was barai. *raising a flag*

Inn for the day.





............. Beb u sure we wanna proceed further? I guess it is a ...... 😂😝 




Thanks for reading this!

Boleh tekan link di bawah untuk baca :

Korea: Busan 3D2N Part 1
Korea: Preparation 

P:s:// Maybe akan post Jeju Trip terus 😹

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)