The girl.

Sunday, February 17, 2019

Trip Bajet ke Korea : Hongdae whole day! (Day 9)

27 September 2018 // Thursday

Activity : 
  • Berada di Hongdae sahaja


Pagi tu aku bangun lambat giler lepas solat Subuh. Aku memang dah cakap semalam kat diorang yang aku tak join trip pagi ni as scheduled iaitu ke N Seoul Tower. Sebab aku malas dan memang tak rasa nak pergi sangat~ Lagipun aku letih giler jalan setiap hari.


Harini ialah hari menjalankan aktiviti ringan dan cuci mata sahaja iaitu ke Hongdae~
Bagi readers sekalian, sebelum ni aku pernah dengar la orang cakap Hongdae ni best sbg tempat lepak students mostly. 

Tak ingat dah aku breakfast kul berapa.

Kat N Seoul Tower

Sweet la tempat ni
 

So yang pergi N Seoul Tower tu Farihah, Ailin, Mirano, Shaffira, Min. Aku and Ainaa tak pergi. Ainaa dah pernah pergi. Aku pulak malas haha

Then kira-kira lepas solat dalam pukul 1,2 gitu kami pun bergerak ke Hongdae, Dan2 time tu jugak diorang balik dari N Seoul Tower. macam pas baton ek korang

As stated in the second paragraph, Hongdae ni memang tempat students. Mana tak nya, universiti diorang kat seberang tu sahaja. Impression aku tentang Hongdae:

  • tempat orang muda mudi, tak ramai ahjumma ahjusshi
  • banyak kedaaaaaaai. kedai makan, coffee shop, make-up, fashion (quite pricey)
  • boleh ambil map dekat counter tourist information, inshaAllah tak sesat
  • tujuan datang sini ialah nak tengok street performance, nak topup skincare



seronok tengok dorang ni, tak letih lgsg dongsaeng~


1. STYLENANDA.
So tujuan utama datang sini ialah aku ikutkan sahaja si Ainaa sebab dia cakap ada photobooth machine FREE kat sini. Yes saya ulang FREE ye guys. Kita memang tak seharusnya melepaskan peluang keemasan sebegini ✌ kitorang ambil gambar 4 kali. 😂 (mesti ada yang sampai 10 kan?!)
Gambar yang diambil pun kiyowo xo

Kedai ni ada banyak floors. Floor bawah tu barang make-ups, fashion & photobooth machine. 
Floor atas-atas tu semua fashionsss. Andddd lastly yang penting ada

PINK POOL CAFE!!

Aku teruja datang sini sebab nak tengok pool dia aje. Comel pool nya.

Kalau nak ambil gambar kena at least beli satu makanan dia. Kami memilih iced choc drink kot? Argh tak ingat. Aku teka sebab time ni si Ainaa selalu nak choc aharhar (petik nama kau) //Menu sila scroll di bawah2//

Haa setengah jam dok bergambar dalam tu




  
Aku tak faham lah. Langsir ni pun aku snap. siap upload dalam instagram lagi hahaha











Ok lepastu kami ke skincare shopsss. Almost semua kedai nak masuk 😁😂✌ Innisfree, Skinfood. Dorang tak lokek dengan free samples. Aku siap dapat cotton wipe lagi apatah nama dia


Seterusnya after few hours kami pun dah lapar. Mana tak nya, harini baru makan maggie je. Maggie asam laksa.
Kami pun pekena bungeoppang (korean fish shaped pastry) & gyeranppang (egg bread) sambil-sambil cuci mata tengok kedai-kedai jual clothes semua.~





kenyang makan banyak puas hati heheh
Bagi aku cantik

time ni nak cari kedai apa tah nama dia. kena lalu universiti besarrr

kedai kat sini semua macam ni


Lastly aku beli beg baruuu! Cantik and aku suka sangat2! :)) (tiada dalam gambar) 🤣🤷‍♂️


Ok sekejap je harini, kami sampai ke rumah dalam 8 lebih waktu Korea~~

Aku sebenarnya rasa nak upload gambar je doh sebab penat nak menaip. Tapi nanti nyesal huhu. Apa tak nya dah tak sabar nak post cerita ke Bangkok 😘😘🌻

Okay bye till next post dear readers. Stay tune <3

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)