The girl.

Sunday, February 3, 2019

Trip Bajet ke Korea : From Gwangjang Market to Feeling Like University Hagsaeng & Went to Dongdaemun Design Plaza (Day 8)

26 September 2018 // Wednesday

Activities:
Day 8 Korea

  • Gwangjang Market
  • Ewha Womens' University
  • Yang Pang Chicken Restaurant
  • Dongdaemun Design Plaza
  • Ogansugyo Bridge & Cheonggyecheon Stream

Berdasarkan igstory harini kami bertolak lewat sebab letih sangat. Kami bercadang tak rushing dan keluar pukul 11 AM lebih. Destinasi pertama ialah mencari kain ela cantik dan murah-murah di Gwangjang Market! Siapa yang berhasrat membeli baju raya tahunan bolehlah shopping di sini, semua kain ela berharga 10,000 kwon je! Guess who bought 3 kain for herself wkwkwkw. Sungguh rambang mata beb, semua color ada, semua kain ada, boleh pilih mana yang berkenan ok. Siapa yang beli sampai 5,6 kain tu memang kesian lah kena tambah luggage berat naw naw beg bebb.




Next dah habis bershopping tak ingat dunia (once again as usual), kami bergerak ke tempat seterusnya which is 


Ewha Womens' University 


Kami sampai sini pada waktu panas terik. Ramai dah waktu ni dengan tourists, local, students mengambil gambar, pergi class. Kami macm biasa tak hiraukan sekeliling, ambil gambar di tengah-tengah tu dengan bermacam-macam gaya dan berpuluh-puluh take. Adapun this time aku jadi photographer Ainaa and vice versa so boleh agak tak berapa ratus take?? 😁😁😜🤣 

Semua posing ada, posing acah masuk class, balik class, berdiri tengah panas. HAHA




Oh ya, cerita pasal struktur bangunan ni kan, at first I sangat kagum tau dengan design dia. Before this pernah nampak gambar orang datang sini tapi tak perasan betapa uniknya the design.  Kawasan kami bergambar ni kan dia landai ke bawah. And actually di ground floor dalam bangunan tu dia ada bermacam-macam kedai seperti kedai spek etc tak ingat. Kiranya bawah ni ibarat cam mall kecil untuk kemudahan asas students diorang. 

meet Ailin and Mirano 

Setelah nearly around 1 jam bergambar kami naik ke tangga tu untuk next photoshoot spot which is taman apa enta. Tapi memandangkan perut masing-masing tak tahan dan panas lit lit, kami pun mencancelkan plan dan merancang untuk membahagiakan perut dengan menuju ke Yang Pang Chicken restaurant which is nearby je beb.



Selepas makan kami pun pulang ke rumah berehat solat sebentarrr selama beberapa jam. Selepas itu  kami pun bergerak ke 👇👇


Dongdaemun Design Plaza.


Setibanya di sini aku terpegun dengan keunikan bangunan dia yang pelik. Tak silap aku macam office gitu lah. Kat sini nak ambil gambar juga sangat lawa ok. Pakai lah baju smart sikit boleh ambil gambar effortlessly beautiful gitu. 

Dekat sini ada kedai mart comel ni aku pun tak ingat lah nama kartun ni apa. Dekat Korea je kot rasanya. Gambar aku tak berapa cute so aku letak gambar member aku sebab dia cute HAHA boleh kan #donepromotemember

Adalah dalam 30 minit bergambor dan menghayati kecomelan barang-barang dalam kedai ni tapi aku hanya mampu melihat dan tepuk dompet tanya diri supaya bolehkah menahan nafsu? 


Okay group photo wajib lah!
Malam ni kami semua ni join kecuali Ailin sebab beliau mahu berehat sekejap


Bila sampai sini korang kena cari LED roses tu sebab ianya merupakan attraction di sini. 
Tapi banyak-banyakkan bersabar sebab ramai couple duduk dekat bench baring tu entah apa lah moment yang diorang mengimbau tu kan 

Itulah datang sini samaada kena berdua atau beramai sekaligus terus supaya tak rasa loser lonely but hey Imma happy kot like this? #ayatsedapkanhati 😛



takda tour guide nak ceritakan semua sejarah di sini so kau sendiri kena
rajin membaca ye dokk

My selfie photobombed by si mudah terhibur 

indahnya.... belakang tu

macam takda function je benda ni sebab terjumpa ni lepas dah habis teroka DDP ahaha

dari atas

dari luar DDP

OK next kami mau pergi ke nearby attraction, dekat ja sebenarnya tapi jauh jugaklah kalau kena jalan kaki tu 🤨😛


Ogansugyo Bridge & Cheonggyecheon Stream




Jalan punya jalan akhirnya sampai juga.
Bila sampai je rasa hambar bukan sebab apa tapi sebab gelap and tak ramai orang dah.
Rupanya best time pergi sini time nak masuk senja tu (golden hour) ataupun better pergi waktu siang.


ni gambar time kitorang pergi, agak hambar la

Sebaik sahaja sampai kami melabuhkan punggung ke tangga untuk merehatkan diri. Bersembang. Cantik je tapi tak meriah lah.Boleh merasa air tu, bersih tau air stream tu.

Inilah rupa tempat ni waktu siang hasil dari google  👇👇👇



Boleh sambung baca di sini >  https://www.seoulpedia.com/tag/ogansugyo-bridge/

Map for today's attraction

Again nak credit to member leader group @ainaacy (IG) sebab beliau yang buatkan itinerary ni sumpah function teruk tau hanya Tuhan yang boleh membalas jasa u sis ✨💋

Lalu kami pun dah sampai ke subway.
Nampak air nak mengopi mencoklat duluuu.
AKu & Ihah share ambil Mint Chocolate Drink. Sedap 10/10!




Mint Chocolate

Thats all.
ZZzzzzZz


Till next post dear readers
- K

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)