The girl.

Friday, August 29, 2014

Backpackers in Terengganu Part 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

25th-28th August 2014
Alhamdulillah perjumpaan agung kali pertama bagi backpackers #bpholicx is a success. Perjumpaan ini juga merupakan pertemuan semula aku dan sahabat karib aku setelah lima tahun berpisah. Faham tak perasaan cinta dan rindu itu bagaimana banyaknya sudah terkumpul? Rindu awaa 200 persen. 

Perjalanan bermula dari pihak Seremban iaitu Sara, Syafikah, Afiqah dan Afifah. Manakala aku pula bertolak dari Kelantan by myself. Setibanya mereka di Kuala Terengganu, aku pun bertemu diorang di Masjid Ladang. Time ni, kau boleh bayangkan aku terpana sangat dengan diorang. Windu angatangat an. Then, Kak Umi, Kak Farah & adik Kak Farah pun pick up kitorang, hantar ke homestay then pergi dinner. Malam tu tidur homestay nenek Kak Farah. Bilik tidur ada 3, lengkap dengan tv, toilet ada 4, dapur, washing machine, iron semua ada. Malam tu tidur bertemankan nyamuk. Thanks for the bite yeah




Then pagi keesokkannya selepas Subuh, dengan tak mandinya lagi terus tengok sunrise. Walaupun tidak kelihatan risenya dek kerana hujan malam tadi, namun kami tidak berputus asa dan bersedih. Apekehal backpackers semua kental, nangis atas perkara remeh temeh memang diharamkan. So kitorang pun bergambor habis-habisan theheheh.

Seawal 8:30 pagi, Kak Farah & Kak Umi pick kitorang then bawa pergi breakfast rumah Kak Umi. Sedap Alhamdulillah dapat makan nasi dagang Terengganu & roti canai paling sedap dalam hidup aku wallahi. Sampai sekarang aku terliur dan menyesal sebab makan separuh je hemmmmm.

Then kitorang gerak ke Pasar Payang, Turtle Alley & Chinatown. That was my third visit to Pasar Payang and my first time to Turtle Alley & Chinatown. Dengan backpackers, banyak perkara juga yang menjadi first time dalam hidup aku. Kau tahu aku terjumpa satu lorong yang susun bertingkek-tingkek kasut sport dekat dinding seperti gambar di bawah. Caption: Al-Ikhsan di dalam hutan. Gambar poyo kitorang memang banyak, tak larat nak upload semua. Kalau aku kaya nanti aku cuci semua untuk tatapan generasi akan datang :-) Then lepastu kitorang pun dah pancit sebab tawaf satu bangunan tu kan, kitorang pun heading to Pasar payang for a lunch.





Lepas lunch, Kakak sekalian bawa pula pergi Masjid Kristal untuk solat jamak. Alhamdulillah, my very first time datang sini. Cantik masjid ni. Selalu tengok dalam gambar je, tuptup aku pun berpeluang masuk dalam gambar. Kristalnya sebab kubah tu diperbuat dari kristal. Cantik. Next, kitorang ke Muzium Negeri Terengganu. Yuran masuk just rm5. Cantik, last time aku pergi Muzium pun aku tak ingat dah sebab dah lama sangat. Ni umur dah nak masuk 2 dekad baru berpeluang pergi tengok benda-benda bersejarah again. Lepastu hajatnya nak pergi Taman Tamadun Islam, tapi malangnya bagi hari Selasa, TTI ditutup. So, jangan pergi hari Selasa tau :-)

Next dah pukul 4:30 kitorang ke Pantai Ketapang pulak yang berada di belakang Airport Kuala Terengganu tu. Kitorang try I.C.T aka Ikan Ceklup Tepung dan ABC. Sepinggan sotong celup tepung just rm5. ABC tu pun sedap woi just costs rm2 ! Lepas minum petang kitorang pun pergi lepak-lepak Pantai Ketapang, ambik mood pantai dulu, bergambor, ambik angin. Seronok Alhamdulillah for this nikmat ya Rabb. Then pukul 6:30 kitorang balik ke KT semula, solat at rumah kak Umi then dinner pukul 9:15 kat restoran berdekatan. Time dinner tu, boleh pulak lah si Jae throwback semula cerita lama waktu Form 3 dulu. I cannot la. Dah bertahun aku tak ingat, then tetiba dia cerita. Memang satu kedai laa dengar kitorang gelak habis. Lawak gile babeng XD Okay itu lah malam terakhir kitorang kat KT. So, malam tu tidur kat homestay dengan nyamuk ganas setanding pengganas manusia. Memang ganas, liar tahap jadah haram.






Pagi keesokannya, kitorang bersiap dan bergambar kali terakhir di Pantai Batu Buruk. Gambar tersangat sweet sampai aku buat jadi desktop background. Walaupun sedih, namun dalam hati sangat tabah. Aku menjadi tabah seperti ini disebabkan pengaruh backpackers sekalian aa. Diorang semua stok-stok taiko dan saiko. Semua benda main redah, semua risiko dihadapi dengan cekal. Thanks sebab ingat aku always heheheheh aku pun memang ingat korang semua. Walaupun jarak antara kita ialah 500km lebih namun aku confident hati kita jaraknya tak sampai 1 inci sayang. 

Kakaa kakaa sekalian hantar kitorang ke Perhentian Bas Kuala Terengganu pukul 8 tepat. MashaAllah, nak dijadikan cerita lepas tanya member jae sorang ni, dia cakap bas ke Kuala Besut baru je gerak tadi. Memang sabar sangat kitorang tunggu selama 2 jam di perhentian bas tu. Makan, ambik gambar, bercerita dan berulang-ulang lah perbuatan tu. Aku sangat terharu atas layanan Kak Umi, Kak Farah & adik dia sebab sanggup tunggu dengan kitorang sekali selama 2 jam tu. Orang Terengganu punya layanan memang class habis, tiptop Wallahi. Sampai aku rasa sayang dah dekat Kakak 2 orang ni... Kalau aku jadi diorang, belum tentu aku nak layan budak-budak seperti aku jenjalan. Buang hingus je...


selamat tinggal kakaa . sayang kakaa sekalian :-*


That's all untuk cerita hari pertama dan kedua dan ketiga. InshaAllah next entry aku cerita pasal Part 2. Tunggu dengan sabar tau. Kalau nak explore gambar, cari hashtag #bpholicx di dalam Instagram dan do double tap. Ahahahahaha.


all pictures are credited to dslr Jae, iPad Pqank, iPhone & iPad Sara, 
camera Pah & my own camera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...