The girl.

Tuesday, April 9, 2019

Trip Bajet ke Korea : Exploring another side of Jeju (Day 14)

Bangun-bangun pagi jea bersiap apa semua cecepat. Because our 3 friends:- Mirano Capira Min akan board flight today. Wallahi sedih je pagi ni. Satu sedih sebab expect tak akan jumpa dah, second sebab dah ngam kamceng click, tak sampai seminggu pun haha. 

Dari semalam fikir dan google tentang transport to airport untuk pagi ni. Lastly we opt for bus ride around 30 - 45 mins~ Kami naik bas dari bus stand depan homestay. Sesampai nya di airport kami breakfast together (Shrimp burger by Lotte) kejap sebagai excuse nak stayed together for longer time actually hshsh. Then we finally say our farewell. Sedih tapi kali ni susah pulak aku nak keluaq ayaq mata. /And yes Januari this year jumpa dorang balik HAHA dasar tak tahan rindu!/

Akhirnya tinggal kami berempat memulakan our journey together. Sayu siyot awal-awal huhu. Kami ambil shuttle bus dari airport menuju ke pusat kedai sewa kereta. Setibanya di sana, Ummi tunjukkan proof email urusan sewa kereta, dan lalu ambil kereta. Kaler putih. Stereng belah kiri ui. Btw kalau nak pergi mana-mana destinasi, guna GPS yang ada dalam kereta tu easier. Just insert phone no of your desired place, then the navigation starts! Before nak guna tu kami mintak oppa tolong tunjukkan steps nak insert hewhew kalau tak sampai tahun depan tak sampai-sampai! 😜

Harini kami jalan ke WEST SIDE of JEJU ISLAND. First;

1. Daewonga (Tak tahu nama kedai)
Dalam itinerary dah siapkan kedai ni as our luncheon place. 
Ramai jugak recommend tempat ni.

Nak tahu siapa menyesal makan Shrimp burger tadi?? Haaaa AKU AKU ✋✋😂 - sebab jadi kenyang nak mampus, punyalah sesak nafas kembung perut gigih nak perabihkan abalone seafood soup. Serious nak try minta bungkus tapi cam bila berfikiran waras semula rasa takyah lah nanti kang tak termakan kat rumah. Tapi takpa disebabkan aku suka makan, makanya takda masalah besar sangat pun,  kami try habiskan lauk je huhu sayang weh harga dia mahal gils. PM tengah kalau nak tahu harga.


Telur dadar sedap!
Puding tu pun~
Nasi dia tak tahu jenis apa, yang kaler purple brown tu
Kimchi sini paling sedap yang pernah aku rasa~
As usual, ikan dorang tak pernah mengecewakan~ Tak letak kunyit pun cam kita tapi sedap~~


AHJUMMA BAWAK SOUP NI, AND MASAK TIME ABALONE TU HIDUP HIDUP LAGI.
KAMI TENGOK DIA MENINGGAL PELAN PELAN DEPAN MATA 😅
Seingat aku kuah dia cair. Ya kuah dorang memang jenis tak likat macam makanan Malaysia. Aku suka lah sebab tekak memang boleh telan semua. Lepastu ada ketam, sotong and sayur apa tah. Abalone tuh macam banyak jugak bilangannya, masing masing makan sampai puas lah senang cite. 


2. Camelia HILL

AMARAN: Sila jangan jadikan this place as your destination during autumn season! Sebabnya, tiada camelia yang blooming langsung! Sedih nya hanya kami dan Tuhan yang tahu 😓 Dah lah bayar entrance fee quite pricey, sepatutnya this place be closed kot for this season. Idk lah. Kecewa yakmat😕 Eventhough dorang letak bunga-bunga lain sebagai ganti but still.. Dah lah ramai local ahjusshi ahjumma pun melawat hashshs ciannn 😟

Ouh kami solat di sini. Gigih ambil wudhu dalam tandas kat luar tu sesiap. The struggle is real, dengan shawl, seluar, stoking hshhshs. Sambil jalan tu punyalah jaga wudhu masukkan tangan dalam baju takut terpegang ahjusshi harabuci 😜

This place is recommended for those yang bercuti musim bunga! Lawaaa we googled right away lepas perasan ditipu 😅😢 Bolehlah come here again with fam bam in the future 😊😉

Ganti bunga dengan shower sponge eee jahad

It says, bogosipoda 




Dalam sejam lah dok melepak sini + solat lagi lepastu kami chow chin chow. Sejujurnya perjalanan sepanjang dalam kereta tu sangat tidak diingat. Kerja aku just dok melepet belakang driver, tengok pemandangan, buat video zzz


3. Innisfree Jeju House
Akhirnya sampai yoohoo. Sebelum sampai sini, aku tak pernah survey2 tempat ni and takda expectation apa pun tentang how this place look like, what is this place actually and so on. So bila sampai je baru tahu yang tempat ni ialah kedai jual Innisfree cosmetics, merchandise, sourvenir etc. Plus dalam tu juga ada cafe jual pelbagai jenis air. We bought 2 drink which is Jeju Detox Water (air acah kurus sihat) & Avocado yogurt kot? Lupaaa guess sendiri dalam gambar bawah tu.

Time nak ambil gambar ni dengan background belakang tu, ada unnie tu yang offer suruh ambil dengan background tu. Dia siap alihkan barang2 kat lantai tu lagi huhu memahami. Dorang memang friendly tau payah nak jumpa yang buat muka bagai

Featuring my hand watch since semester 2 in matriculation as birthday gift hehe


Aku hanya beli Jeju Hallabong Tea (tiada dalam gambar) - price pun taknak kalah kalau convert to ringgit malaysia lah. Kalau price in won murah je hehehew.



While waiting,,,

Bergambar di  Jeju Tea Garden, just beside Jeju Innisfree House. Waktu ni sun nak set dah



Posing neck stiffness


Posing acah acah model tudung people dgn bunga kat tangan (kutip yang jatuh tu)

4. O'Sulloc Tea Museum
This museum is placed just at left side of Innisfree tadi. Alang-alang lalu tu bergambar lah. Sis pemalu kit so kena letak sticker 😛 Time ni dah tahap malas nak jenguk tengok closer to museum tak larat so mampu berdiri tepi jalan camni jew 😊😉


Senja menjelang tiba.
Aku teringat saat sebelum tiba ke next destinasi yang aku tahan pee like almost sejam?? (Kena cerita sikit kesusahan) Mana nak jumpa tandas yang best best kat sini kot sepanjang perjalanan? Tak boleh nak expect gas station punya tandas ok jugak. Dah lah tengah kalut mencari destinasi, and aku pulak tengah dalam kesulitan haha so memang tahan jelaaaa sambil berdoa kepada Tuhan supaya tolong mudahkan urusan 😅💩

5. Cafe Aewol Monsant by G Dragon 
Luckily sampai-sampai je terus park kereta kat parking space provided, jalan sikit jumpa cafe, masuk, nampak tandas terus guna hshs! Bersih sangat~

Check the link above for more pictures. Sadly we reached here at night time, so its dark already. I heard this place is hip and cool in regards to the architectural design. Its just placed beside the beach so you can calmly listen to the sound of wave hitting the shore. Maybe just another reason to come again in the future? 😌


Chocolate bun cake + carrot cake + royal milk tea!
Hipster habis lampu kaler purple 😎 

Sis in the blurry darkness

Its a wrap for today peeps. Stayed at the cafe for 30 - 45 minutes. before going back home we entered the 7E shop nearby the cafe kejap. And some more ask help from some random oppa/dongseng regarding the car GPS. Semua dalam hangul so quite complicated hehe

Anyways, its a good experience! Thanks to our driver for today Farihah. 👏

Sesampai nya di Bong Stay aku pun terus lena. Lepastu bangun around 10~ Korean time, dengan perasaan lapar nak mampus. Orang lain yang drive, aku yang penat hahaha. Yang lain kemas pack baju settlekan laundry sebab taknak bawa balik baju kotor sekali. Aku pergi masak maggi kesian kat anak cacing dalam perut yang lapar 👶

Till next post, annyeong! ✌❤ #lotsoflove

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)