The girl.

Friday, August 29, 2014

Backpackers in Pulau Perhentian Part 2

Day 1 in Pulau Perhentian
27th August 2014,
Selepas naik je kitorang dalam bas ke Kuala besut, kitorang pun mula berkenduri kendara di seat paling belakang. Santai gila 9 seat tu kitorang conquer. Beg pun besar-besar semua, memang ngam. Harga tiket bas dari Kuala Terengganu ke Kuala besut ialah RM10.80 . Dalam tempoh perjalanan, kitorang bangun tidur bangun tidur hahaha memacam aksi backpackers sekalian. Mudah terhibur aku dibuatnya. 

Setibanya kami di Kuala Besut pada jam 12:45 tengah hari, ada seorang pakcik mengarahkan kitorang ke kawasan belian tiket. Siap ada kakak tunggu bawah bas lagi jemput kitorang untuk pergi ke kedai agen dia. Agensi kakak ni namanya MD  Traveller. Kitorang deal dengan diorang untuk urusan belian tiket bot pergi balik Pulau Perhentian Kecil. Harga tiket bot ialah RM70 seorang pergi balik. Buat pengetahuan korang, kitorang pergi pulau ni main terjah je, means takde guna pakej pelancongan ke apa sebab lebih menjimatkan kos. Tak caya cuba try...

Disebabkan bot gerak pada jam 1:30, kitorang pergi melantak di kedai kecil depan kedai tiket. Sambil tu kitorang siap bungkus lagi nasi goreng untuk makan malam di pulau nanti sebab orang kata kat sana makanan mahal kan. Lagi pulak kitorang beli maggie cup sebab nak breakfast pagi esok hahaha memang berjimat betul...


Sebelum pergi jeti, korang kena bayar duit yuran untuk Marine Park berjumlah RM5 dulu. Kaunter dia sebelum jeti so kalau tak bayar takleh la pergi jeti kihkih...

Perjalanan naik bot memakan masa 30 minit. Alhamdulillah naik bot macam ni merupakan satu nikmat yang Allah beri selain nikmat makan dan tidur...

Sesampainya kitorang di Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, kitorang diminta mencari chalet yang berpatutan agar dapat mendiami di sana selama semalaman. Ko bayangkan, dah lah main terjah je, tak pergi book chalet awal-awal pulak tu. Tapi don't worry you guys. InshaAllah chalet walau macam mana pun akan ada, cuma engkorang kena pandai cari dan compare. Kitorang siap berpecah 3 cari chalet yang sesuai sampai berjalan kaki ke Long Beach, tapi finally diorang jumpa chalet yang okay di Coral Bay. Harga semalaman tidur di Amelia Chalet ialah RM70. Korang bahagi-bahagilah duit ye... Amelia Chalet merupakan chalet yang paling murah kitorang jumpa di Coral Bay. Bilik ada 1 katil single dan 1 katil queen. Memang ngam sangat untuk kitorang...

Penat sangat mencari chalet, kitorang pun solat jamak dulu and berehat-rehat seketika.
Pada jam 5 petang, kitorang gerak ke Long Beach. Nak pergi Long Beach kena lalu hutan tau. Macam cross the jungle la then tetiba nampak beach. Jalan kaki selama 15 minit sampai la sini...




K. Tujuan kitorang ke Long Beach ni ialah untuk hiking!! Yezza last time aku hiking Gunung Datuk, Negeri Sembilan time aku darjah 6. Kuat angat itew dulu hiks. Kalau korang nak hiking guna tour guide, korang kena bayau RM50 untuk satu tour ke berape entah. Tapi kitorang pergi sendiri by ourselves. Tak tersesat pun... Lagipun dia dah letak arrow la... Just follow it. Aku sarankan agar korang pakai seluar. Karang senang nak kangkang kalau ada lobang besau tengah jalan. Kalau skirt karang rimas, tetiba pulak ada benda masuk tak ke naye engko...







Lepas dah sampai puncak nya, kitorang nampak everything was blue from the above. SubhanaAllah memang cantik and breathtaking. Penat kitorang berbaloi even asyik tanya dah sampai ke belum padahal kejap je hiking nya dalam 20-30 minit. Takkan dah pancit oi... Kata kuat dan muda...

Then kitorang turun tangga yang tinggi tu. Ambil gambar kat jeti pulak. Alhamdulillah kat situ ada sebuah bot memang ada pelancong kat situ mandi manda. And then aku macam terfikir, takkan la kitorang nak panjat tangga balik pastu turun bukit lagi kan... Nak taknak, kitorang ikut boatman tu, bayau RM10 sorang pastu Alhamdulillah boatman tu hanto sampai ke Long Beach balik. Aku cuak sebenarnya sebab pakcik tu berhentikan bot tengah-tengah laut sebab nak suruh kitorang bayau on the spot, ko paham tak aku tak pandai berenang... Untuk hilangkan ketakutan, aku ambik gambar dengan peace di tangan. Jetjet kuat...

Time kitorang sampai Long Beach, waktu tu semua pekedai dan pekerjanya sedang bersiap siaga untuk persembahan malam. Diorang sapu pasir pantai pun ada, nak lenyapkan tapak-tapak kaki kahkahkah lawak la jugak. Dengar kata setiap malam diorang mat mat dan minah minah saleh berparty kat situ. Aku tak faham la apa masalah diorang ni... Jadah... Dengan seramnye, kitorang pun berambus cepat2 hiks




Sampai je ke Coral Bay jam 7 malam balik dalam keadaan kaki berpasiaq nye, kitorang pun ambik ler gambar sunset. SubhanaAllah memang lawa. Dah lama aku teringin nak ambik gambar sepertimana yang aku jumpa dalam tumblr. Dapat jugak aku berpeluang ambik. Haaa snap bebanyak pastu whats app family and terus post kat instagram guna wifi Amelia Cafe ihiks. Thanks awaaa semua. Then kitorang makan dan lepak kat Amelia Cafe sampai aa jam 10 malam. Harga makanan dalam lingkungan RM8 ke RM15. Manakala harga air pula, air milo ais ialah RM3 sahaja. Agak affordable la.

Malam tu tidur dengan nyamuk, again. Huwaaaaa 3 malam berturut-turut kitorang ditemani nyamuk. tapi kali ini tidaklah seganas nyamuk di KT. Nyamuk KT bakanya otai otai belaka. Sakit hati aku. Lepas ni aku bawak lingkaran nyamuk sekali gi travel, masuk dalam #bplist siap. Gewam ngat

Then, nak dijadikan cerita sebelum masuk Subuh, waktu sesedap kitorang tidur, tetiba Sara kejut coz lampu mentol terbakau. Memang OMG gila! Aku dah laa rabun, then apa yang aku nampak just letupan kaler putih. Diorang kata siap ada api oren lagi. Then, macam pekerja kat luar ada suluh-suluh pintu aa siap ibarat maksud diorang "korang okay tak?" padahal masing-masing membisu kahkah! Sengal gila time ni. Sumorang tergamam. Haihhh terpaksa lah kitorang hidup dalam gua sekejap...


Day 2 in Perhentian Island
28th August 2014,




Lepas Subuh je seawal 7 pagi kitorang pun chow ke cafe. Dah sedih dengan lampu takdanya, kipas tak jadi kan, kitorang bawak diri untuk breakfast. Breakfast makan Maggie Cup Tomyam and Curry, kau hado? Then order milo panas 2 dan air suam 2. Total RM10. (Mahal ke tak eh?) Lepas breakfast, kitorang kemas sepenuhnya sebab check out jam 10 pagi. Nak taknak, kena kemas thoroughly and bagi kunci terus kat owner chalet tu. 

Jeng jeng. Aktiviti pukul 10:30 ialah pergi snorkelling! Disebabkan kitorang balik awal petang, so kitorang decide nak buat Short Trip je. Tapi bagi aku, aku sarankan kat korang pergi buat Long Trip coz macam best je dapat pergi fishing village huhuhuhu kite ta dapat... Short Trip just berharga RM25 seperti gambar di bawah.





Boat taxi ni gunanya kalau korang tetiba macam randomly nak pergi memana tempat berkaitan. Toksahlah.. Mahal siot. Tapi kalau nak try pergi Big Island pun okay juga... Tempat orang kekaya gitu hiks




Maka brader boat pun bawak lah kitorang berlima dan sorang minah saleh ke Turtle Point. Seriously said, aku tak nampak sebijik pun turtle. Maybe sebab aku rabun tahap sakai sampai aku penat nak kejor cari turtle tu. Saia lemah awaaaa...

Next point pula ialah Shark Point. Kejadah manade shark pun. Sekor pun aku tak nampak hahahahaha tapi kat sini lah kitorang gunapakai kan Roti Gardenia yang beli dekat Amelia Cafe tadi untuk feed ikan-ikan comel. MashaAllah satu pengalaman baru bagi aku! Aku bagi ikan-ikan tu gigit aku sekali je, lepas tu aku cuak tahap macam orang kena sawan. Acane kalau diorang ramai-ramai gigit tangan aku? habis aa tangan aku jadi nipis...

Then finally the last station is Lighthouse. Hurm sini best gila. Tapi dasar aku pengecut, aku berani lompat dari 1st floor je. Jikalau aku lompat dari 2nd floor sudah pasti aku akan terbenam dengan lebih dalam. Takut laa awaaa. Tapi sekarang aku nyesal sebab tak lompat dari atas hahahaha padan muka aku. Kat sini kan, ombak dia sangat deras. kau haruslah berpaut pada bot dan stop kat betul-betul depan tangga lighthouse. Kat sini lah aku bahan habis bantai gelak member aku sebab gaya dia berpaut tu bapak kelakar... Hadoy...

Pukul 1 tengah hari, snorkelling pun habis. Disebabkan sedih sebab tak puas, kitorang main air depan Coral Beach. Apak lawakkkk, manade orang mandi sini. Sini tempat orang sauk sauh bot la wey hahahhaha tapi kitorang backpackers tegar dan kental. Belasah je semua ^_^

Lepastu kitorang lunch. Aku makan beehoon soup berharga RM10 dan milo ais. Okaylah tu...Lepas makan terus bersiap tukar baju dalam public toilet and solat jamak. Pukul 4 kitorang dah chow dari jeti. Sob sob sedih angatz. Rasa tak puas tapi still bersyukur sebab dah sampai and berjaya jejakkan kaki ke sini. Aku sampai sekarang rasa macam dalam mimpi sangat sebab tak sangka yang kitorang semua dah matang untuk travel reramai. Please la aku pun tak sampai umur 20 lagi hehehe...





Sorry la aku upload video dia jadi camni. Aku pun malas nak layan hahahaha 

Kuala Besut
4:45 petang,

Kitorang ambil bas Kuala Besut ke Kota Bharu dengan tiket harga RM6 dan abang aku pick kitorang pastu tidur rumah aku. Malam tu memang penat sangat so hanya mampu transfer gambar je and basuh semua baju basah, coz weolls dah tak larat. 

Pagi esoknya 9:15 aku and mak pun gi ngantor diorang ke Stesen Bas KB. Sedeh tau berpisah...




#bplist pulau yang wajib: Selipar jepun, seluar track, tshirt, sunblock Aiken, shades, tudung syria, minyak, mosquito buzzaway beli kat guardian, beg kalis air saiz kecil untuk isi kemera sewaktu di atas bot dan lain-lain.

Okay that's all for now. Sangat panjang lebar. Thanks for reading semua. If you like it, then tell me. Or if there's any doubts, do comment at the section below. I would answer them as long as I can. Do follow our progression in Instagram using our hashtag #bpholicx. There's a lot to share with you guys in the future, so keep calm and travel the world babeyh~

Lots of love, Kubi <3
all pictures are credited to dslr & phone Jae, camera & phone aku, iPhone & iPad Sara, 
iPad & phone Pqank, dan phone & camera Pah.

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)