The girl.

Thursday, March 14, 2019

Picnic-ing in Jeli : September 2018 🏞 🏖

1.0 Picnic with Mom's School Friends & Families

9 September 2018

Mak aku ajak kami picnic dengan schoolmates/cikgumates dia. So masing-masing bawa families. Banyak juga kereta konvoi dalam 10 buah? Lepastu masing2 bawa makanan. Mak aku bawa pizza. Malam sebelum bertolak tu buat dalam 3 keping pizza saiz besar. Yums

Kami bertolak ke Dabong, Jeli seawal 7 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih. The exact location sebenarnya tak ingat tapi area kawasan pondok mana tah. Kami kena lalui jalan bertanah merah berbatu2 selama 10 minit barulah sampai ke sini tau.

Tapi sangat worth! Kawasan ni baru diteroka and sangat bersih.

(Sekarang ni aku suka sangat picnic)

Antara menu yang dibawa oleh para cikgu sekalian:
  • mihun goreng + keropok keping
  • nasi kerabu
  • nasi putih lauk daging singgang, ayam & ikan BBQ
  • pizza



Aku sumpahlah malas nak masuk air. Just rendam kaki je sambil makan dekat tepian sungai hehe
Adik bongsu dah hilang ke mana tah dengan geng dia. Sakan ko ye. Dalam gambar tu mak aku and adik aku





Fav sih aku tambah 2 kali lauk ni


Masuk ni dah kali ke berapa tah aku makan 😭🤨😆



Lepastu kami balik lepas zohor nak dekat asar gitu. Sangat best. Boleh sembahyang di rumah kayu yang disediakan :) 

kalau nak repeat lagi mungkin suruh orang lain drive sebab jauh ngat. Tak tahu lah kenapa aku energetic haritu.



2.0 Picnic with Schoolmates

11 September 2018


Hari lusanya, aku and schoolmates pula berpicnic di Dabong, Jeli. Cumanya kami ke air terjun kawasan lain pula.

Dah lama kot tak jumpa schoolmates! 

So kami bertolak ke Dabong dalam pukul 8 dari Pasir Mas. Aku singgah ambil Ummi, Asiah, Fizah kat rumah masing-masing. Kat rumah Ummi tu sempat lagi aku makan lempeng cecah sambal sardin tumis dulu haha sebab lapar ta breakfast lagi. 

Sementara itu Aida pun pick up Nasuha, Mawar dan kakak Nasuha. Lalu kami berkumpul di Petron Rantau Panjang. Berkonvoi 2 kereta.


Berhenti dekat Petronas jap. Aku makan lagi. Sedap la ni Fizah buat


Antara menu yang dibawa:
  • Angel Hair/Spagetti Bolognese & Carbonara - by me
  • Lempeng cecah sambal sardin tumis - Ummi
  • yang gambar atas tu apa nama dia eh - Fizah
  • Cupcakes - Aida
  • Jambu batu asam, puding karamel - Mawar
  • Nugget - Nasuha

Pagi tu sumpah aku semangat gila masak, dua jenis kuah laktu bahaha. Kadang aku hairan, kalau bab makan aku sangat A+ yer. Bila rajin tu memang tak kisah dah letih, tak give up langsung.







Kalau perasan, kami pergi 2 tempat air terjun yang berlainan dalam gambar (sebenarnya 3). Sebab tak jumpa air terjun yang berkenan. Yang atas ni dekat-dekat dengan UMK je. Pastu cam tak best and tak luas, kami pun bertukar ke air terjun yang famous dekat Dabong ni. Dekat gunung stong 






Biar lah nak ambil gambar banyak kali kan. Kita sukeeee


Ok dah habis. Time ni tiber hujan pastu kilat menyambar depan mata bebz. Takut jer aku nak drive tapi tabahkan diri. Kalau tak memang aku dah suruh Yah dah drive kan. 

Lewat jugak la sampai rumah aku. Dah azan Maghrib baru sampai. 
Thanks for the great memories <33

Friday, March 8, 2019

🎼🎶🔥🔥 Will leave this one here




Hanya Mimpi by Caliph Buskers

🎵🎶🎼🎙🎤🔊

Semalam takkan lagi berulang
Peluang pasti kan datang
Mengajar lagi erti
Hidup di dunia ini
Ohh
Hari ini masih bernafas lagi
Dan selagi itu
Ku beri sepenuh hati ini
Kini aku berjanji
Andai ada usah kau resah
Susah senang lalui bersama
Percayalah aku kan tetap ada
Ini bukan hanya mimpi
Takkan ku pernah berhenti
Ini semua
Semua kerana
Kerna kau selalu ada
Ini semua takkan jadi
Kalau bukan kerna mimpi
Ini semua
Semua kerana
Kerna kau selalu ada
Semua yang ada pada diri ini
Tak satu pon yang ku miliki
Walau ku tak sempurna
Kau tetap terus ada
Andai ada usah kau resah
Susah senang lalui bersama
Percayalah aku kan tetap ada
Ini bukan lagi mimpi
Takkan ku pernah berhenti
Ini semua
Semua kerana
Kerna kau selalu ada
Ini semua takkan jadi
Kalau bukan kerna mimpi
Ini semua
Semua kerana

Tuesday, March 5, 2019

Trip Bajet ke Korea : Leaving Seoul 😢✊ (Day 12)

30 September 2018 // Sunday Funyay

Activities :
  • Lotte Mart
  • Gimpo International Airport ✈✈ 
  • Jeju Island 


Pada pagi itu kami try sehabis baik mengepack barang ke dalam luggage. The struggle is real sebab nak susun makanan, powerbank, baju ke dalam luggage 🤷‍♂️ 

Lepastu kami berempat pergi ke Lotte Mart untuk tujuan last minute shopping. Beli cookies, coffee. Hewhew. Kami juga ingin withdraw mony dekat atm di Seoul Station. Some problems happened. After all it turned out well, Alhamdulillah thanks, we were getting so many help from Malaysia throughout our stay in here. Masalah akaun kena blok, duit takleh withdraw, apa lagi 👍😁

Aku dan AInaa shopping sampai penuh 2 beg Lotte Mart. Pastu sharing2 jea makanan tu untuk 4/5 orang. Cookies paling sedap uwuuu :3

At 1 PM kami bergerak ke Gimpo Int Airport menaiki subway. Tengok semua luggage ni haha. Aku, Ailin and Ainaa punya 


Dah sampai airport, timbang beg susun barang makan2 minum2 apa semua. And makan shrimp burger jugak hehe first time makan shrimp burger dappp. 
Check in luggage pun alhamdulillah smooth 
Pergi tandas, tengok tandas dia siap ada screen tv ni 👇👇



Its time to board the flight! Yeahoo 
Time ni nervous sebab tak boleh nak bayang suasana di Jeju Island. 
Excited nya tu cuma Tuhan yang tahuu. Yelah, dari suburban  city kami ke urban city then now to an island, agak excited hehehe





Using T'way airlines


Time beratur nak check passport and IC. Before masuk plane.






HAHA
Sebaik sahaja masuk body pesawat, excited sekejap sebab steward jenis helok stok stok artist gitu. 
Aku ambil berpuluh takes dari dia duk greet people dari awal sampailah habis. Nasib baik dapat yang pandang cam  😁🤣
Farihah & Min duk front seat. Kami satu row~


Flight 5/6 PM tak ingat dah
Tengok sunset gittew


Feeling tumblr hehe




The flight took up about 1 hour to reach Jeju Island. Sekejap sangat. Duk sembang2, ambil gambar, baca majalah semua tengok dah sampaiii alhamdulillah




Then we took a bus to go to our homestay. Didnt remember which bus, but the struggle to carry our bags/luggage are still nightmare. 

Reached there. Acik bas tinggalkan kami dekat bus stand jea, kami terpaksa berjalan ke homestay huwaaaa :P


malam tu keluar sekejap nak cari mini mart tapi semua kedai tutup seawal 9 PM?? Like y u island ppl cepatnya tutup kedai. Saja nak check apa yang ada.
Tapi malam di Jeju sungguh sejuk tahap beku. Berapa degree tak check dah. Menggigil uhuk3

Then malam tu makan2 & tidur awal. Esok start our new adventure!!

Stay tuned 💖

Saturday, March 2, 2019

Trip Bajet ke Korea : Last Day & Last Night In Seoul (Day 11)

29 September 2019 // SaturYEAY

Activities:
  • Namdaemun Market
  • SM Town Coex Artium
  • Han River Park
  • The Halal Guys Restaurant
  • Myeondong Street

Pagi tu bangun jea aku Mirano Capira Min pergi Namdaemun Market sebab nak settlekan beli souvenirs. Panas pergi waktu pagi-tengahari beb. Lepastu sempat beli roti red bean ahjumma sedap. Try cari, kedai tu agak obvious tau. 

Settle urusan, kami berjumpa dengan geng lain (Ainaa Farihah Ailin) dekat subway station. Berjanji ke SM Town sama-sama harini nak tengok bangunan company retis. Tapi engkorang jangan lah tanya aku pasal artist korea, memang aku tak hafal detail la. Aku tahu bts jungkook, jhope, V, jimin, rapmon sebab member2 aku mostly minat yang tu. And Exo pun kenal-kenal juga sebab umur dia baya-baya jea so macam member gak ah. Leh la kan? :p




Ni dalam exo
Gambar dia besaw naw memang cover sampai siling subway tu,
so memang aku snap satu.

Arrived at Samseong Station. 




Babe how come besar gedabaq this bangunannn? Kayo sungguh


And MACAM KENALL? 
SEBAB tengah tengok gentlemans dignity!
(But time snap ni aku tak kenal, main snap je)

OK pergilah semua tingkat. Kitorang pergi dari tingkat 1, 2, 4 jea.
Lastly basement sebab nak tengok library.

Tingkat 2

Then tiber ada ahujsshi photographer ajak sembang. Weh sangat rare korean ajak bersembang tauu! So jangan lepaskan peluang ni untuk layan cerita dorang. Acik ni selalu pergi sini sebab dia akan jadi freelance photographer gitu. And dia selalu travel jugak~

Lalu dia ambil gambar kami 👩👩👩



Aku macam dah tak reti senyum dah

Basement, pergi nak jenguk kawasan dan bergambar. Boleh study jugak :p
  






Lepastu kami bertolak ke Hangang River Park. Time dah sampai tu sudah gelap. Supposedly kena bergerak awal sikit next time. Boleh cycling ke ambil gambar golden hour ke.
Then kami minum-minum, snacking, bergambar, dengar lagu dan blah after almost 1 hour.





Next, pergi Itaewon nak bungkus New York Beef Gyro Platter untuk meal for today. Then chow to Myeondong for 2nd time doh hoho







Ice-cream melon tu sedap and murah jea. And try soft serve ice-cream tu, dia macam yogurt. Kami pilih anggur mix matcha <3





Lepastu kami pulang ke rumah. Tak boleh balik lewat sebab subway akan tutup at 1200.
Malam tu settlekan laundry, makan kat rooftop, lepas habis makan jea terus masuk rumah sebab sejuk lhaa tak tahan, then pack barang semua sebab esok akan bertolak ke Jeju Island.

Thats all for today :)) Thanks for reading dearies ✌❤ Stay tuned for next entries :)


Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)