The girl.

Friday, October 5, 2018

Korea 15 Days Trip : Preparation

Korea Map 



Salam and hi my dear readers. It has been 2 days since my flight safely landed to Kuala Lumpur International Airport 2 from Jeju International Airport. banyak cerita nak share kat sini. aku akan pecahkan kepada beberapa part, kalau rajin aku cerita semuanya ok? :)

Bila rancang semua ni?
Sebenarnya bukan aku yang first start this plan. aku memang da berhajat ke Korea since 2016 sewaktu awal year 4 lagi (time ni teringin and berangan sangat2 maybe sbb aku memang gila kdrama pun 👀) tapi tak start kumpul duit lagi time ni hehe asal kumpul duit je habisss. lepas tu perasaan tu dibiarkan sehinggalah awal tahun year 5, member aku Ainaa ajak pergi so cukuplah 4 orang, Ainaa Farihah Ailin and aku. Bila dah onz and memang serious pergi, then kitorang book flight ticket KB - KL return tic, KL - Busan, Seoul - Jeju, Jeju - KL. Tapi yang aku pasti bila beli awal ni harga ticket tu murah la. So korang yang dah bertekad nak pergi lepas habis professional exam 2 tu, book je ticket awal2. Janji korang kena pass exam lah hahahah teringat aku haritu perasaan ibarat di medan perang weh, berperang dengan perasaan diri sendiri tu yaampun taknak hadap dah.

Orang kuat dalam trip ni:
Aku nak cakap thanks lagi sekali kat Ainaa and farihah sebab settlekan almost everything untuk trip ni. Dari flight tickets, itinerary, accomodation, driving license, etc semuanyalah! Semoga Tuhan balas yang baik baik sahaja untuk korang :)

So sebaik sahaja aku bayar semua duit flight tickets tu, hidup aku menjadi lebih bersederhana, aku sampai masak hari hari kat asrama semata-mata nak berjimat untuk trip ni, but lastly aku still ke Myeondong, Sushi King untuk melampiaskan nafsu makan 💁😆

Disebabkan aku dah aim untuk pergi ke Korea lepas habis belajar kan, so automatik dalam pelajaran juga matlamat aku lebih berfokus. So tagline yang boleh apply kat sini ialah "baik kau study sebab kau nak gi Korea nanti, kau tak study kau bodo" hahaha okay jk

Then bila dah masuk final semester which is Semester 10, kitorang bayar duit accomodation, rental wifi etc. Almost everything 1K jugaklah.

Pergi dengan siapa lagi?
So total person dalam trip ni ialah 9 orang. Kitorang 4 orang plus kawan Ainaa and her kawansss total 5 orang. Serious semua sekepala masuk air bersyukur doh dapat member yang deserve my time gini best siaaa

Macam mana boleh decide nak pergi lama sangat? 2 minggu tu?
Sebenarnya, *cough cough* aku and Ainaa plan nak pergi sebulan tapi disebabkan duit pun takde so 2 minggu pun dah jadi 😂. Tapi memang padat dengan aktiviti lah jadinya

Berapa jumlah duit perlu dibawa?
Aku bawak 3K, tu pun dah dapat shopping stokins chopsticks makan streetfood makeups skincares makan The Halal Guys 3 kali repeat, Yang Pang Chicken 2 kali etc. Tambahan pula aku kan stay 2 minggu so aku perlukan 3K plus. Kalau plan stay 1 minggu rasanya below 3K dah cukup ok 😄
Tapi korang kena rajin rajin tengok currency rate. Waktu aku tukar duit tu sehari sebelum pergi, rate yang aku dapat 3.71, manakala member aku tukar awal beberapa bulan sebelum pergi, dia dapat 3.59. Untung dia! So pandai pandai lah korang tukar duit awal yee!

Ok rasanya sampai di situ sahaja dulu.
Till next post!~

Time ni dok sibuk post #throwback dekat instastory sebab
aku nak kosongkan storage je sebenarnya hehehe ;)

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)