The girl.

Monday, January 19, 2015

Study week of 3rd semester

Assalamualaikum!


Wehoo~
Memandangkan baru tadi je aku dah selesai paper Eom exam for Musculoskeletal (sobs T-T takmo pikiaq dah) , maka dengan rasminya esok aku akan memulakan minggu study bagi peperiksaan final end of semester 3 tuuu. Yaaaaay cepatnya masa berlaluuuu T-T

Aku rasa kan, waktu tu berputar dengan pantas. Mana tak nya, aku dah melalui 3 semester daripada 10 semuanya. Dulu rasa macam takkan sampai ke tahap ni dengan sihat (hahaha) tapi Alhamdulillah tak stressful sangat. Aku harap rasa cinta terhadap medic life ni subur kekal hingga aku masuk liang lahad la ye dak hihi

Mengupas tentang paper MSK tadi. Wowww. Unexpected questions came out. I have read it but, yeah you know aku hafal tu sambil tengok drama malam tadi hahahahah due to hyperchronic-boring-symptom. Then cita dia pagi tadi sambil kesat ayaq mata sambil jawab soalan la aku kat situ. Aku seorang yang tidak mahu menghafal dalam keadaan bosan. Haah.

Then lepas habis exam tu, kitorang terus gerak ke Mydin Mall G. Badak. (nak cerita jugakkk)
Mydin ni baru je bukak sebulan lebih. Cantik dan besar, seronok jalan ngan family. Dua kali pandang interior design Mydin ni tak ubah macam Tesco Kota Bharu. Hmmmm clone adakah?

Ada pula halnya kitorang gi lunch di TCRS a.k.a The Chicken Rice Shop.
Saja nak makan sini sebab kedai lain macam tak menarik perhatian gegurls. Punya la kitorang tatap menu tu sampai tembus, barulah dapat order - family package - Nak dijadikan cerita, lepas dapat bil ja terus mata-mata ni terjojol. HOI MAHAL GILAAA! Ingatkan ambil family package dapatlah jimat singgit dua tapi berangan sangat. Yang mengecewakan aku ialah TAX! More than RM7! Haaaaaaaaaaa.



teka berape ringgit?? :P



Lepas ni siapa simpan hajat nak makan TCRS, tak payahlah eh. For students je la only. Bagi aku, harga tu tak berbaloi sangat. Baik aku makan Nasi Ayam Pok Din kat sebelah bus stop on the way nak gi kampus aku tu. 10 kali lebih murah hoi.

:p

Sekarang meh aku tunjukkan pulak senarai nota yang mahu dibaca sepanjang minggu study week ni. Tak banyak pun, sikit je..


3 module. perghhhh sedaaaaap !! :D


the waiting list. haiyakkk!! 


K.
15.1.2015

Tuesday, January 6, 2015

Kami pelik :p

Salam! Title post harini memang sengaja tulis gitu. Sebab..

Kitorang budak medic berbeza tarikh final exam dengan course lain. Idk why..! n Ive been torturing myself seeing my other friends already in their exam battle. Just in few days je lagi diorang akan rest for about almost 2 months! I'll mereput here I'm really sure..


Btw,
One of my Bff in high school got married last week. Alhamdulillah..
Barakallah Anis. Semoga bahagia hingga ke anak cucu <3 Nihaaa aku belanje satu gambar. Nak banyak-2 memang segan la woi. Tapi memang takde aku lah. :)


Cantik kaler dieeeee. Guna Vscocam edit <3 Anis happy tuuu :)


Nanti tunggu aku rajin-rajin sikit la this weekend. Aku nak organize balik kejadah barang dalam bilik ni. Something is wrong la about the susunan. Aku kalau boleh nak clear je semua tempat. Huh

This weekend jugak is the final weekend sebelum nak MSK Eom pada Khamis depan. Aku risau. Tapi bergantung pada Pencipta jela. Idk la, every time i motivate myself dengan aku buat ni for the sake of myself. I hope there is hikmah behind all these sweats and tiredness.

Later kalau bilik aku dah cantik ke ape aku upload ye! Just certain place je will be uploaded, cause I love to decorate lah. Don't wait, but I'll try to do it. Byeeee ^,^

Friday, December 12, 2014

Random Nagging -- MSK

Assalamualaikum
Np//More Than Anyone in the World L such a sad song..

Dah masuk Musculoskeletal Module. Ya Allah takut jugak perasaan dia bila kau ada 7 Anatomy lecture dalam seminggu. Yang Anat 1 pun aku tak hafal semua lagi. Boleh tahan la susah dia nak hafal setiap muscles, bones, arteries, nerves and veins kat setiap part of your muscle and skeletals. Btw kena rajin minta tips from senior la macam mane nak hafal semua dengan smart.

Sekarang tengah lepak di library sebab internet connection putus di Maidam. Hahah. Aku tak pasti bila aku nak beli broadband ataupun mobile data. Mintak maaf la, guwa taknak lari bajet :p

Aku taktau kenape setiap kali start module dan setiap kali nak Eom aku akan update blog. Bagi aku, aku kena ada diary setiap kali waktu tu. Nanti bila aku bukak balik, aku tau macam mana cara aku study waktu-waktu tu. Boleh buat sebagai pencetus semangat pada masa depan. Nanti dah clinical, aku akan recall balik saat-saat rajin @ malas di preclinical year. Hahah.

Sejak kebelakangan ni, setiap malam aku mimpi benda yang pelik-pelik. Macam kena kejar, kena marah, kena bunuh, kena membunuh orang. Pelik. Risau la aku. Okay nak kena minta maaf dengan ramai orang ni sebelum tahun depan.


Btw, tahniah kepada semua Ahli baru Medisza.

K.

Saturday, November 29, 2014

anxiety disorders


excuse my awkward pose. 

currently i don't feel like studying. goshhh

this morning we were attending Stress Management Workshop. there are students from other unis too attended and yeah, it feels like living among some variety of humans again. i guess this event should be done more frequently as it gives us so much input that was so worthy.

i guess i don't feel like stressful again after this one whole day workshop geee ;)

and you know what, within 5 days more i'll be sitting on my Respiratory System Module examination paper and the anxiety feeling is just coming by again and again. i'm a paranoid person who had always fear about not getting higher marks than i did before. but i think it is okay for me to not be able to achieve those sparkling marks yet because maybe there is some reason Allah don't wanna give me yet. yes i have faith in Him so much

you know why does Allah test us? because He loves us so much and wanna see us be grateful and never run  away from Him whenever something bad happens.

i had this one bad habit which only some of my close friends knew about it. fyi, i was about to throw the habits away whenever it comes to 'new year' celebration but it seems that i was weak enough to get rid of it. maybe i need to strengthen my heart right after deleting it from my brain huh?


ps:// the latest post in my insta tells everything about me right now. that i think i am able to fight the feelings but i just can't
pps:// i hate the fact that i lose sometimes
ppps:// feeling miserable, always
pppps:// there are quite few numbers of 'em asking me bout my sweet nickname, kubi and i don't wanna explain bout it unless you are such a close friend to me



Kubi,

Thursday, November 6, 2014

Layan cerita

Assalamualaikum


Harini aku macam free sikit sebab cuti penuh hari Khamis. Boleh la relax-relax kat katil dalam hujan camni sambil tengok cerita-cerita yang berkurun dok dalam laptop kan.


Aku nak cerita pasal hobi.


Lately ni kan, aku memang suka layan drama yang berkaitan dengan medical things. Bila aku layan medical related movies/drama barulah aku tak rasa serba salah nak tinggalkan notes tak terbaca sehari dua kahkah.


1) It's Okay That's Love
2) 1 Liter of Tears
3) Team Medical Dragon
4) Emergency Couple


Yang latest aku tengok 1 Liter of Tears. Memang se'bucket' kfc dah keluar ayaq mata tengok. Aya suffered from Spinocerebellar Degeneration Disease, memang sakit pasal saraf. Lastly, she died. Memang sedih gila vavun.


Tiap kali tengok cerita medical-related, aku rasa lain maciam.Sedih, taknak sakit dan berazam akan mengambil pemakanan diet yang seimbang selamanya supayaa tidak akan sakit, berdoa kat Allah aku dapat badan yang kekal sihat, in the end, rasa nak study tu membuak, hopefully. Korang doakan aku tau, supaya aku sayang and caring kat semua patient aku, inshaAllah, suatu hari nanti.


Aku ni lain maciam jugak sensitif nya kalau pasal sakit. Tak tentu hala. Haritu pergi spital pun dah sebak. Entah apa aku bayang gak eh.


Pastu aku fikir kalau orang yang aku sayang sakit, aku mampu tak jaga? Kalau aku jaga, adakah diorang akan jaga aku pulak kalau aku sakit? Haaaaa aku kalau dah fikir jauh, memang camni jawabnya.


Sama-sama doa la ye. Lebyu guys xoxoxo

Thursday, October 30, 2014

Healthy lifestyle

Assalamualaikum


gambar sumber diri ini


Harini aku terpanggil nak cerita pasal lifestyle semua orang yang bernama manusia. Sengaja nak menaip harini, aku kan memang suka menaip blog, tapi kalau kena buat assignment, sumpah aku rasa kena paksa...


Itu hari kan aku baru lepas belajar pasal Cardiovascular System. Before that pun aku belajar pasal Gastrointestinal System yang mana semua cerita pasal bahagian dalam abdomen kita iaitu perut dan usus, mostly. Sekarang pulak aku tengah belajar pasal Respiratory System. Cerita dia kat sini, tiga system ni banyak kali menegur aku pasal pengambilan makanan yang sihat mampu mengubah gaya hidup sihat kita.


Waktu belajar Cardiovascular/CVS, aku terasa macam 'better aku bertindak sekarang, jangan consume makanan berkolesterol, nanti tak pasal sakit bila dah besar, nyusahkan orang'. Sampai macam tu sekali aku fikir. Yelah, kau tau tak kalau waktu muda kita asyik makan benda berkolesterol tinggi, nanti dia akan affect saluran darah kita, then tersumbat lepastu darah tak mengalir, pastu darah tak sampai ke otak dan akan menyebabkan brain kita mati dalam masa 5-6 minit jikalau tidak dirawat jantung? Haaaaa. Baik kau beristighfar kalau nak makan banyakkk sangat. Aku ni lah. Kalau asyik nak menasihatkan orang but then aku sendiri yang tak makan nasihat, memang wajar lalukan penampo kat muke ni.


Lagi satu kan, aku ni jenis yang tak gemar gula sangat. So apa-apa yang berkaitan ngan gula pasti aku minta reducekan kuantiti gula. Kau tak rasa nyawa kau terancam ke bila minum air manis? Tetiba. Plus, kau tak rasa hina ke bila makan tomyam yang rasa MANIS? Sebagai kaki tomyam tegar, aku tersangatlah pantang wahai umat sekalian...


Lepastu, aku hairan lah dengan manusia yang gemar sangat merokok. Kot ye pun kau stress dengan awek, takyah aa merokokkk, pandaaaaaai. Aku tengok keburukan merokok lebih BANYAK daripada kebaikannya. Yang pertama duit kau AKAN habis, lepastu kau merosakkan paru-paru kau. Tak kesian dengan paru-paru? Kenapa nak rosakkan diorang? Kesian kat paru-paru kitewww wuwuw awak semua yang merokok jahattt. Dan berbanding orang yang menghisap rokok, orang di sekeliling perokok yang akan terkena kesan yang lebih bahaya. Kadang-kadang kitorang pun boleh menghidap penyakit yang kau hidap tu tau?


Geram la dengan smoker ni sampai aku mesti buat isyarat sakit hidung kalau lalu sebelah diorang. Grr


Tapi cakap orang pun, aku pun kena seiring dengan percakapan aku. Kalau aku pun dua kali lima memang sumorang pakat pulau aku tak mbohhh la. Aku pun kena dan sedang dan pernah mengamalkan perkara-perkara berikut hehe :

  • Sekarang ni aku cuba minum air botol mineral sebanyak 1200mL sehari. Kalau duit habis takpe, janji kuantiti air dalam badan haruslah banyak maka aku akan jadi cergas. Even kalau minum air banyak pasti aku jadi rasa nak buang air tapi itu normal.
  • Consume nasi sehari je pastu pepandai aa survive guna roti ke maggie ke emmmm maggie boikot dah hehe
  • Kat rumah kitorang ada weighing scale. So normal la tetiap hari diri atas tu supaya nak mengelakkan jarum hitam tu serong ke kanan kan. Kiranya jadikan penimbang sebagai sukatan kau barulah kau riang hehe
  • Selalu lah ingat semua benda-benda yang dah belajar. Kesan pengambilan makanan secara banyak haruslah ingat dalam palotak. Always motivated la in short ;)
  • Takleh berhenti tengah jalan la usaha kau. haruslah keep going on sampai kau rasa badan kau sihat betul-betul dengan diet seimbang yeahhh

Cerita dia, aku memang nak avoid lah segala jenis penyakit, kanser mahupun tumour whatsoever obesity supaya aku sihat kekal hingga ke tua. Senang tak payah minta orang jagakan aku. Lagi-lagi aku tak suka mintak tolong orang emmm nak independent basuh berak sendiri walau dah tua kikikiki then senang nak beribadat kan paling penting inshaAllah. 


Dah panjang berjela aku cerita. Lepas gian nak publish entry ni. Memang terfikir sejak sem lepas lagi tapi tak terpanggil pulak kan nak create one. So this is it! Enjoy your reading! ;) Glad to express my feelings here with you guys my silent readers thehehehehe papai xoxoxox

Monday, October 20, 2014

Still far apart to go.

Assalamualaykum wbt & holla everyone!
Bismillahirrahmanirrahim


Perasaan ingin menaip dan mengarang dengan penulisan ala-ala budak U aku membuak-membuak semenjak menjadi pelajar U tahun lalu. Setakat ni, tidak pernah lagi aku coretkan tinta-tinta pengalaman dan pendapat aku sebagai pelajar yang mendiami jurusan ini. Aku teringin sekali berkongsi pengalaman study yang aku kira baru dikatakan dalam lingkungan umur setahun jagung. Tidak mengapa, mungkin aku boleh jadikan sebagai bahan bacaan pada tahun-tahun akan datang.






Beberapa hari yang lepas iaitu pada Khamis yang lalu, aku baru saja menduduki peperiksaan 'End of Module' for Cardiovascular Module selepas 6 minggu bergelumang dalam modul berperihalkan jantung dan saluran darah ini. Ternyata, CVS modul memerlukan masa yang cukup lama bagi memahami setiap inci struktur jantung termasuk saluran darah, bahagian dalam dan sebagainya.

Bagi aku, seperti modul-modul yang lepas kecuali yang awal-awal, aku tidaklah belajar secara advance ataupun rajin menelaah setiap hari. Aku hanyalah seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja. Setiap hari selepas kelas, pertama sekali aku akan pastikan bahawa aku mempunyai nota pada hari itu yang telah dicetak dari mesin photostat peribadi aku. Kemudian barulah aku akan memutuskan subjek mana yang akan ditelaah dulu.

Bagi aku, medical student haruslah rajin mentelaah dan sentiasa bertanya pada lecturer sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Jikalau perasaan tertanya-tanya disimpan hanya di dalam qalbu, sudah pasti engkorang tidak akan memahami subjek tersebut selamanya. Dan sekiranya kita telah memahami tajuk tersebut, cubalah terangkan kepada rakan semula apa yang anda baca. Dengan cara ini, ia akan membantu meningkatkan memori terhadap bacaan itu. Cara ini memang berkesan.

Aku masih ragu-ragu ingin meneruskan pelajaran dalam bidang mana nanti. Selepas belajar beberapa modul sistem, ternyata aku masih belum menemui bidang yang menarik minatku. Mungkin selepas berpraktikal selama 3 tahun pada tahun depan onwards, akan diketahui jawapannya?

Melihatkan para senior aku, yang telah bergraduate, sedang final year, sedang fourth year dan baru sahaja memasuki alam praktikal, sesungguhnya perasaan gentar untuk menghadapi liku-liku yang sama bagi diorang merupakan cabaran yang amat besar seumur hidup aku. Apa yang aku risaukan sekarang ialah peperiksaan menjelang akhir tahun dua nanti, yang bakal menentukan sama ada aku layak untuk memasuki alam praktikal mahupun tidak. Persediaan yang dilakukan hanyalah seminimum 10%, yang cukup membuatkan aku hypertension memikirkannya. Huhuhu

Pada aku, kehidupan semasa di Tahun 1 ialah untuk bersuka ria, namun realitinya pada Tahun 2 aku perlulah berazam untuk belajar betul-betul dan menjadi bakal doktor yang disukai ramai. That's my aim after all I have been studying for in this field. Please pray for my goodness. Aku nak menjadi doktor yang mengingatkan pesakit tentang Tuhan dan mengubati mereka dengan kudrat ilmu yang Allah kurniakan kepadaku. Insha-Allah.

Lots of love xx
Midsemester break of Second Year.

P/s: Why got university subject ass-ignments? Everything is ruineddd

Thursday, October 9, 2014

brain vs heart

.....you know what

I hate the huge differences between us
Me, a very complicated person and you, a very busy one
Just so you know,
To my eyes, all you have is perfect imperfection
I-need-you.

Friday, September 26, 2014

Week 3 finished.

Hey yo!
I just feel like wanna publish an entry tonight.. Rasa rindu nak jumpa blog, rasa gatal tangan nak menaip di sini. Rasa rindu nak berceloteh. Orang seperti aku haruslah muncul di dashboard blog dua kali sebulan thehehe

Takde benda nak share, just nak cakap aku dah habis minggu ketiga, dan akan masuk Week 4 lepas ni. Bagi aku, yang paling tough setakat ni ialah Pbl, Tutorial, Physiology and all. Aku rasa aku kena giatkan lagi usaha aku. Just have to be more hardworking and studying all the time. Hahah setiap kali aku nak study je mesti ada benda halang. Ish ish ishhhh saytan selalu datang mengusik tau kuat mengacau sangat selalu suruh buka instagram dan berangan wahhaahaha ada banyak duit nak beli semua shoes clothes *blink blink

Sekarang belajar pasal jantung dan komplikasi nya, penyakit, blood pressure dan semua yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah aku berpeluang tahu bagaimana kedudukannya dengan spesifik, semua structure di dalam nya. Aku suka belajar Medic to be honest. Tapi kalau kasi aku bahagian engineering/ komputer kan, komfem aku drop awal. Aku benci benda lektrik -,-

Minggu ke-4.
Full of presentations and proposal on Uni subjects. Hate it damn much but I have to. It dragged my mood lah. Need to stand right in front of everyone, it sucks. Hahaha but seriously, nasib baik tak dekat sangat dengan exam.....

Kbai :> I'm just feeling so happy today hihi






Wednesday, September 3, 2014

Dah nak masuk semester 3

dah siap packing T-T



Assalam haaaaai blog !
Harini dah masuk 4 September ! Omooo esok pukul 8 pagi aku dah bertolak ke Terengganu yeahhhhpi but still sad in my heart sobb sobb T-T

Dah masuk sem 3 , apakah plan anda ?
Kalau tanya aku , mestilah aku bagi jawapan yang murni-murni sahaja . Jawapan belajar sungguh-sunnguh , taknak lagha dah , nak diet , jaga pandangan , jangan lambat ke kelas , jangan tidur waktu lecture , tak malas pergi jumpa lecturer . Sangat tipikal kau Hajarrr !

Aku risau banyak je pasal semester 3 ni . Jadual nya bagaimana ? Pack every day tak ? Lecturer baru lagi eh ? Cardiovascular , Musculoskeletal , Respiratory Module nanti , boleh kah aku buat ? Ada masa untuk aku buat short note tak ?

Sejujurnya aku nak baiki diri aku dalam aspek pembelajaran . Tahukah korang , aku ada BIG EXAM at the end of my 4th Semester ? Nama exam itu ialah Professional Examination 1 . Exam ni akan menentukan aku akan masuk klinikal year atau tak . Kalau failed , kena extend . InshaAllah , doakan aku ye koranggg ! So faham-fahamlah ye kalau aku jarang online ke blogging ke berkicau ke .

Nanti juniors dah masuk belajar minggu depan . Waktu ni diorang tengah orientasi lagi . Next week kita jumpa ye adik-adik .






Baideway , aku memang suka sangat la dengan design room decoration ni . Bilik aku tak macam ni pun , tapi aku ada hati nak kumpul semua gambar-gambar camni then pasang cita-cita nak buat bilik hostel camni . Amacam ? Baru lah ada semangat belajo sikit . Ye dok ? Yang tampal-tampal thingy tu wajibbb . Okeh settt ;-)

Bercakap pasal preparation dari segi mental, pizikal mahupun rohani . Hmmm , aku dah packing luggage about 88% walaupun hati ni ibarat diikat di hujung palang katil . Serious sepanjang bercuti sakan selama 2 bulan di rumah , aku tak rasa langsung yang aku ni merupakan seorang pelajar perubatan -,- MashaAllah dangerous yahamat . Dengan tak cakna langsung dengan short notes nya , hmmm mampus lah aku time nak review short notes untuk study for Pro 1 nanti . Kemain tak sempat lah . Aku tak boleh lah buat pape notes time berada di rumah . Rasa macam kejadah aku buat benda ni di rumah . Kalau nak buat sangat , aku akan balik hostel terus. Tapi tu lah , esok dah nak balik kan . 

Dengan masalah baru balik dari Perhentian , haaaai makcik sunburn dan pakcik air laut masuk dalam telinga tak keluar-keluar lagi ni . I should meet the doctor soon to remove all the plugs that stuck up in my middle ears errrr I'm not sure . They said the doctor will use the endoscopy to suck up the blocked water . I hope there's no pus inside already coz my ear might get infected by bacteria . The consequences is so scary hmm coz it is near to the brain you knowww


Mak bila aku ngadu kat dia pasal telinga ni;

"Ma telinga Aja masuk air laut, takmo keluar lagi T-T"

"Itu lah harga yang Hajar kena bayar sebab pergi pulau . Gi lah klinik , pastu boleh tanya-tanya sambil belajar"


Okay makkkk .


Aku sebenanye tak sabau nak tonton The Heirs tau . Sabar Hajar sabarrr . Ini lagi satu . Aku memang kaki lambat 5 tahun dari orang lain baru nak tengok sesebuah drama . Takpe . Janji aku nengok . Pastu tak sabar nak collect movies dari cik housemate . Boleh lah aku khatam satu drama / movie per day every evening kan . Baru lah tak stress hidup . Doakan aku tak procrastinate dah wey . Please Hajar pleaseeeeee . Kurangkan online yang pasti ! Instagram takpe sebab gambar-gambar je hehehe kbai ! <3

Monday, September 1, 2014

Cerita dua puluh



Alhamdulillah aku dah masuk dua puluh akhirnya. Macam tak percaya pun ada coz rasa macam baru semalam je terasa orang wish birthday untuk tahun lepas. Terasa macam semalam je dapat hadiah gambar abam Zayn Malik dekat Instagram. Hm ayat sangat cliche Ja tapi memang tu yang aku rasa. Aku tau semorang pun rasa kan? Heh. Okay kali ni aku nak bersoksek panjang kat post ni. Just random story to tell.

Aku terima pelbagai warm and lovely wishes dari semua orang. Ya Allah suka sangat bila dapat voice note dekat Whats App nyanyikan untuk aku lagi happy Birthday. Thanks for both of you. Lagi, aku dah bukak hadiah first yang aku terima sejak 3 bulan lepas. Seriously said, reaksi selepas bukak hadiah tu tepat jam 12 malam, aku terkedu giler plus shaking yang hebat! Tambahan lagi, aku suka semua yang wish through Whats App, Twitter, Instagram and Facebook!

#SeptemberWish aku ada banyak. 
Disebabkan aku ialah September baby plus lahir pada hari awal kemasukan sem, wish aku yang pertama ialah untuk belajar dengan lebih rajin, semangat dan sangat smart! Inspirasi aku sungguh ramai, iaitu Dr Anwar Fazal, Dr Beni, Dr Halina dan ramai lagi termasuklah kakak aku sendiri, Dr Maryam. So, apabila aku dah menjadi 2nd Year Medical Student ni, aku kena menjadi lebih active than before. Harap aku kuat.

Kedua, disebabkan umur aku sedang melanjut, aku rasa tidak terlalu lambat untuk aku dan semua untuk berubah. Bagi aku, setiap orang akan berubah lambat laun. Banyak perkara dan perangai serta tingkah laku yang harus aku buang dan ubah. Jikalau molek, inshaAllah orang pasti suka. 


Pah edit and kasi. Lawa smart gila hmm


Ketiga, selain dari aspek belajar, aku nak saving a lot of money for travelling purpose! A lot of places that I eagerly want to visit such as Rotterdam (My aunt's place), Korea (Where my bae lives), Aussie ( A friend of mine soon to live), London ( Where Abam Zayn lives), and many more! Kalau dalam country pula Iolls nak pergi semua pulau di Sabah & Sarawak, Melaka visit, Langkawi, semua pulau di semenanjung dan tidak lupa ke Singapore please! And pergi Makkah juga wajib seperti mana yang tertera di dalam Rukun Islam sendiri amiiinnn.

Sempena birthday aku ni juga, aku nak move on. Aku nak lupakan perkara dan bae yang lepas. Seriously said hajar. Aku tahu bae a.k.a crush itu merupakan perkara yang lagha dan mengabaikan pelajaran aku. Lepas ni no more crap talks kay Hajar. You have already grown up!

Aku nak memperbanyak reading. Tak kisah lah reading whatsoever. Dan trying to be more healthier than before. Take care of my eating lifestyle, by consuming lots of mineral water at least 8 glasses per day. It is funny how we as medical students taught patients to keep consuming healthy lifestyle but we instead live improperly. Ouhhh Hajar please be right on track okay. You don't want any of your patients to underestimate you. Not once.

Okay I think that's all. Love you guys so much. Bye xxx Kubi Loves

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)