The girl.

Tuesday, March 10, 2015

Pulau Perhentian with medic housemates Part 1 ^0^

Bismillah
Assalamualaikum semuaaa!~


Lama gila tak update blog. Aku dah masuk modul Urinary System. So dalam 2 minggu belajar modul ni, pada hujung minggu yang lepas, aku dan housemates serta beberapa batchmates yang lain, pergi trip Pulau Perhentian. So total semua ialah 18 orang pergi hahahahah ramai gilaaaaa :D

Tujuan pergi ni pun sebab dah lama tak makan angin dengan member medic. Terakhir kali pun yang pergi Chinatown, Kuala Terengganu tu. Sayangnya trip ni ada seorang member tak dapat ikut hehe takpe lenkali yukkk lenkali


4 Mac 2015
Pada pagi tu, kitorang bangun seawal 3:30 pagi. Buat bekalan sandwich telur dan minuman, last minute packing dan mandi. Then pukul 5 pagi van Pak Mat pun sampai. Harga tambang van dari Maidam ke Kuala Besut satu hala ialah RM13.10 untuk seorang per 18 orang. Makin ramai makin diskaun gak eh. Bertolak pukul 5:30 pagi. Dalam pukul 6:15 pagi kitorang sampai ke masjid kat Penarik yang sebelum Permaisuri tu. Solat Subuh berjemaah dan terus bertolak. Jalan lengang, syok gilaaaaa hihi. Sampai Kuala Besut dalam pukul 7:40 pagi jugak la.

Sesampainya di Kuala Besut, ada agensi yang offer perkhidmatan bayar speedboat ulang-alik Kuala-Besut-Pulau Perhentian-Kuala Besut. Harga tiket ialah RM70. So kitorang macam rombongan terawal yang sampai. Lepas berselfie, terus naik speedboat. Dalam tu, kitorang 15 orang berpisah dengan the other 3. The best thing is, ombak macam kuat gila sampai kitorang asyik jerit dan gelak. Tak tahu nak describe macam mana, sure thing is aku definitely nak menangis kalau ingat balik moment tu. Yelah, kitorang ambik video sambil bising-bising, nak angkat handfon pun takut fon terlepas dari tangan. Dah lah, nak sorok tepi katil jap....






Bila sampai nya di pulau di Coral Bay after 30 minit duk menggila dalam speedboat, memasing cam tak sabar dah nak terjun laut. Then, pergi Amelia Chalet terus sebab aku dah pernah stay sini sebelum ni. Disebabkan kitorang 18 orang, kitorang just ambik 3 chalet je. 1 chalet 6 orang duduk. So sekepala bayar RM10 seorang. Ada 1 katil queen dan 1 katil single. Kalau rasa korang besar sangat, boleh mintak tilam extra. No extra charge needed.



Lepas dah bersiap dalam 15 minit tu, pukul 10 pagi tu kitorang terus gerak nak pergi snorkelling. Bawak la sunblock jenama Sunplay beli kat 7E, bawak underwater camera/waterproof casing phone, roti lebih, duit lebih, air kosong. So harga snorkelling pula untuk long trip ialah RM30 sekepala. Sepatutnya RM35, dia bagi diskaun maybe sebab kitorang ramai kan. Kalau korang nak try Island Hopping pun lagi best. Lagi syiok sebab boleh pergi pulau lain2 sambil snorkelling. Itu aku tak pasti harga berapa. Kitorang pun sewa underwater camera. 1000 keping berharga RM25. So bahagikan lah untuk berapa harga seorang bayar.

Okay first checkpoint kitorang pergi ialah Baby Shark. Kat sini ada anak ikan jaws. Comel je pendek kaler kelabu hahah. Tak takut deee sebab dia macam jauh tak jauh. Tak gigit orang pun.

Next checkpoint pulak ada baaaaaaaanyak ikan nemo. Macam-macam kaler ada. Kat sini lah kau bagi roti roti tu kat diorang. Rakus gila dah. Macam bagi ayam makan, gelojoh memasing. Kat sini jangan lupa ambik gambar underwater sebab nanti rugi dan melepas!

Third checkpoint pulak, mencari turtle! Kat sini takde coral langsung. Just ada penyu~ Brader boat tu pusing-pusing boat dulu nak cari lokasi penyu kat bawah air. Bila dah nampak kelibat diorang, barulah kitorang terjun acah-acah nak kejar penyu tu! Mula-mula, kitorang nampak sekor penyu ni, makin lama makin laju naik ke permukaan. Dia nak hirup oxygen agak nye. Memang comel! Kitorang menjerit bila penyu tu lompat. Serious nak nangis huhuhuhu comel XD

Lepas tu dah tengah hari, pukul 1:30 gitu, brader hantar kitorang makan kat Fisherman Village. Sini ada satu restoran macam kat bahagian pintu masuk pelancong tu, situ lah dia. Sedap, ramai orang pergi pulak tu. Harga aku; horlick ais + nasi putih paprik fish = RM11. Agak okay lah bagi harga makanan pulau kan.







Dalam 2:45 petang gitu, dengan keadaan perut penuh dan kenyang, kitorang pun gerak menuju checkpoint keempat, Romantic Beach. Sini aku tetiba jadi penakut kejadah. Sebab dari atas coral dia macam dekat seriously hahaha. Tapi at last turun jugak lah sebab taknak rugi duit mihihi

Lepas tu brader tu ingat nak hantar kitorang pergi Lighthouse, checkpoint yang terahir, tapi air tak pasang lah. Plus, air laut macam deras sikit. So saddd.

Disebabkan banyak kekangan, pakcik tu pun bagi diskaun, tak payah bayar harga sewa underwater camera hahahha. Syokkk.

Lepas tu, nampak banana boat, ingat nak try, tapi takut harga mahal that's why tak try. Tapi as if lah korang nak try ke, tanya kat brader tu berapa harga dia. Mana tahu murah ke. Lagipun, one of the checklist kot banana boat, mana boleh tinggal!~

Then, kitorang pun solat jamak qasar kat bilik. Lepas tu gerak pergi Long Beach pulak pukul 5:30 tu. Tak mandi air pun sebab leceh (last-last aku yang rasa rugi sebab tak selam air laut :<( Tapi aku make sure after this aku kena berendam jugak! Kat sini, kitorang just ambil gambar pemandangan terindah je. Setiap ciptaan Tuhan, memang sempurna dan cantik. Ya Tuhan, aku ambik banyak kot gambar-gambar....





So lepas habis lepak Long Beach, kitorang balik bilik mandi bersiap solat pastu keluar dinner. Dinner kat Coral Bay jugak. Jalan lah pergi restoran mana kau nak. At last, dapat kedai yang okay. Waiter dira pun peramah asyik senyum. Aku order honey dew juice + nasi goreng squid. WeeeeWeee sedap. Harga RM4 + RM9. Malam tu memang kenyang lah. Lepas balik bila ja dalam 11 malam terus terbungkang tidurrr~~


Nanti aku sambung kat next post pulak untuk hari kedua. Tunggu awww.
(aku upload lagi nanti gambar, sekarang internet slow)

Tuesday, February 17, 2015

It's holiday!!

Aku macam dah frustrated dengan my body condition lately. Malas semacam. Aku ni kenapa la gaknya? Hurmmm 😩 supposedly aku pergi ke tumblr meluahkan segalanya tapi aku dah uninstall app tu sebab usage berat. Never mind

Baru baru ini, aku balik awal ke hostel sebab 2 sebab. First nak study. Kedua, rahsia. Hehehehe. 
Tapi aku sedih sekarang ni sebab aku macam ngidam segala makanan, tapi takde siape pun rajin nak layan aku. Kalau aku pergi sorang, takut pulak kena kidnapped 😭 so, pendek kata aku sini merepuuuut dari siang sampai ke malam. Bosan bosan. Semasa study sebenarnya aku perlukan dos dos semangat. Semangat pula datangnya dari makanan yang sedap. 

Aku sedih 😖

Tadi tengok triplets, sekejap jela aku senyum gembira. Lepas habis cerita tu, aku kembali kepada asal.

Aku teringin nak makan seafood!!
Tapi taknak balik rumah, kesian kat mak yang hantar haritu hehe so this is it! I wont be going home dah. Tapi next 2 weeks, i will kot 😈 
Yeay malam ni pergi secret recipe~~


Ok papai salam sayang.
Taipan dari phone, laptop sakit. 
16/02/2015

Tuesday, February 10, 2015

02:07

Assalamualaikum!

Wee background blog dah bertukar! Kaler hijau pulak tuh, tetiba nak rasa suka kat kaler ni sebab ada turqoise. Sementara tu aku private kejap blog ni, sebab segan la blog takde manfaat langsung tapi nak jugak post yang takde point sangat hehe



Post harini, saja nak bagitau yang aku dah suka dekat variety family show - The Return of Superman. Rancangan ni pasal para daddy yang akan jaga anak diorang dalam masa 48 hours tanpa mak diorang. So kita boleh tengok cara diorang jaga and educate anak diorang. Sometimes, diorang akan bawak anak-anak pergi melawat tempat-tempat baru, dan buat la macam-macam aktiviti.

Bagi aku lah, aku suka sangat tengok rancangan ni sampai mulut aku takleh berhenti sengih sampai kering laa gusi. Salah satunya family yang join, family IIk Gook & wife. Diorang ada triplets that's why menambahkan semangat tengok!!

So here goes the pictures:-



Non identical triplets, tapi still aku susah nak cam mula-mula hee


time infant pun dah comel!! ^^


Kiri: Daehan, Minguk, Manse. Appa diorang struggle gila ambik gambar ni haha kelaka!


Omeyyy tahap kebaboom!! 


Haha. Waktu ni diorang takut dengan live shrimp sebab 1st time makan


Yang ni touched gile, II Gook join marathon Olympic ni, just about 400 meter, and he has no idea that journey wud be so hard by carrying the babies. Tapi aku suka obor-obor tu hahahaha   


Bagi aku, ciri-ciri triplets ni:

Dae Han (sulung)
-pendiam
-berani
-tak kuat nangis

Min Guk (tengah)
-comel sbb suka wink
-banyak cakap
-pendamai
-sopan
-baik

Man Se (bongsu)
-nakal
-kuat kacau
-suka follow action Min Guk


Heheheh aku baru tengok sampai episod #57. Sekarang the latest episod #63.
Okay till then, tak sabar nak tengok yang seterusnya sebab nak tengok sejauh mana perkembangan diorang hehe kbai thanks for reading!!


02:35, Wednesday

Wednesday, February 4, 2015

03:04

Bismillah

Lately ni aku banyak fikir panjang-panjang dan masak-masak pasal duit. Aku nak berjimat dan saving for future. Banyak gunanya kalau aku saving ni. Boleh pergi travel dan beli kereta. Eveything I want needs moneyhhh


...& my 1st oversea destination is more likely to.....Korea! Hahahah. Aku dah ada list what-to-do activities bila pergi sana. Tapi benda ni hanyalah valid selepas 3 tahun 6 bulan nanti, lepas aku habis degree.
Nak kumpul duit start dari sekarang :>
Siapa nak ikut, jom lah. Kita kumpul duit meh. Then, lepak sana 10 hari, baru seronok :') 2 minggu pun takpe kot.


Okaylah. That's my last thought for tonight. Tadi baru habis #returnofsuperman episod 45. Baru nak marathon sebab my busy schedule hihi. Suka gila dekat Haru and Triplets <3 <3 Setakat ni dah habis marathon Pinocchio, The Heir, I Hear Your Voice and sekarang Hotel King. (ada 30 eps kot Hotel King whooosh -,-)


Ps:/ Aku perasan Korean sangat pentingkan honorifics. Nope. I mean aku nak faham bahasa diorang. Seperti sejauh mana kah manner diorang waktu bertutur.
Ps:// Dan diorang sangat pentingkan adab and bow. Bagi aku sangat well-mannered :-)
Ps:/// Takleh move on dengan suara Lee Min Ho when singing.


Kubis.

Thursday, January 29, 2015

Since..

Since that one kind of dream,
...That leads to way too much of it, dear self. Please, get up!

& that happens on my very last day of final semester exam day. Bogoshippo it.


K.
30/1/2015

Semester 3 , checked .

Alhamdulillah Alhamdulillah

Dear readers,
I passed my 3rd semester final exam, which is like "omoo hajar struggle gila nak mati kot"


--
At first, I couldn't believe it because my performance during MCQ2 paper was down a bit.
No la, actually aku masih tak jumpa lagi cara nak jawab paper Omr dengan betul. Kau tau, kitorang ada 2 paper Omr. 1 paper ada 60 soalan. Setiap soalan ada 5 answer true or false which means, 1 soalan tu ada 5 markah. Kalau kau salah jawab, tolak 0.5 markah. Kalau tak jawab tak dapat pape. Kalau betul dapat 1 markah.

Nampak tak aku lemah kat situ?
Kalau aku taktau, ada yang aku biarkan. Kalau aku sayang nak biarkan, aku jawab berani mati. Haaaaa, kat sini la kau nak guna instinct kau, test power sikit hahahaha
Jangan salahkan aku kalau cara aku tak betul eheh


--
Btw, recalling my week during End of Module for Msk - it was just only one tough beginning actually before the next step begins. But believe me, I still find myself 1-3 hours in between to watch some dramas, coz you know I can't force my brain to work so hard. It needs rest and energy haha there goes my study style~

Then, on the Eom day, it went smoothly la although Anatomy question is so suck >.<
Aku tak boleh jawab langsung kot. Sebab, emmmm menyesal pun ada sebab taknak faham. Okay aku rasa aku dah jelaskan kot cerita dia dekat previous post. So then, yeah there goes my Eom Msk diary~ Result for Msk jugak dah dapat Alhamdulillah I passed cukup-cukup makan~

On last one whole study week, aku berulang study ke library kampus dengan kawan. Bagi aku bagus sangat sebab kalau di library maknanya aku akan bangun awal pagi dan tidak tidur sampai matahari mencecah kepala. Lagi satu, environment bilik aku sangatlah tidak selesa untuk study. Aku perlukan bilik yang mempunyai ruang udara yang cukup luas supaya cahaya matahari masuk. Then, aku juga perlukan meja study yang besar untuk menampung segala notes. Kau tahu, meja study aku kat bilik Maidam tu, kaki dia dah goyang :-( Nak report kat pejabat asrama pun aku segan tahu sebab nanti kalau dia kata takde meja yang sama untuk diganti camne? Aku taknak dengar jawapan tidak. Ottoke?

Study tengok drama study tengok drama.
Sambil makan tengok Pinocchio. Seronok drama tu. Mula-mula aku ingatkan kalau dia menipu nanti hidung jadi panjang, rupanya tidak. Eheh

Overall, study week aku hanyalah bosan kerana sama je hari-hari. Cuma otak jadi sangat sakit pada certain days kerana terlalu banyak berfikir, argue about one topic and what else.

Maka pada hari pertama Eos 3, kitorang jawab paper Seq Pbq dulu.
Seq tu means Short essay question. Ada 10 soalan. 1 soalan 10 markah. Aku kantoi kat soalan Pharmacology, Biochemistry and else. Pbq tu pulak means Problem-based question. Ada 2 soalan, 1 soalan 30 markah. Dia bagi 2 case, 1 case pasal Heart, satu lagi pasal Bone Fracture. hentam keromo aku kat situ sebab haraaaaaam tak pernah bace hahahaha

Hari kedua, sesi Ospe. HAHA. Teringat lah aku kantoi banyak dekat 4-5 stations. Okay ni sebagai pengajaran untuk kau lah Ja kay. Majority nya aku kantoi kat Physiology. Ni sebab aku tak pay attention to graphs, okay I admit it. =,=

Hari Mcq1 dan Mcq2, malam Mcq1 memang aku tak praktis jawab. Maka aku jawab apa yang aku tahu je. Yang aku tak tahu aku biarkan saje. Malam Mcq2 pulak aku dah insaf, jawablah semua soalan2. Siap tak tinggal langsung ruang jawapan, takut rugi kata aku :|

So far, that's a random story about my life. I'm afraid I cannot tell more sebab panjang sangat cerita. if curious, then just ask me straight away.


celebrate birthday Atiqah 2 hari sebelum Eos :)


Study week hehe

Till then, 
Aku cuti semester now for 3 weeks. 

K.
30/1/2015

Monday, January 19, 2015

Study week of 3rd semester

Assalamualaikum!


Wehoo~
Memandangkan baru tadi je aku dah selesai paper Eom exam for Musculoskeletal (sobs T-T takmo pikiaq dah) , maka dengan rasminya esok aku akan memulakan minggu study bagi peperiksaan final end of semester 3 tuuu. Yaaaaay cepatnya masa berlaluuuu T-T

Aku rasa kan, waktu tu berputar dengan pantas. Mana tak nya, aku dah melalui 3 semester daripada 10 semuanya. Dulu rasa macam takkan sampai ke tahap ni dengan sihat (hahaha) tapi Alhamdulillah tak stressful sangat. Aku harap rasa cinta terhadap medic life ni subur kekal hingga aku masuk liang lahad la ye dak hihi

Mengupas tentang paper MSK tadi. Wowww. Unexpected questions came out. I have read it but, yeah you know aku hafal tu sambil tengok drama malam tadi hahahahah due to hyperchronic-boring-symptom. Then cita dia pagi tadi sambil kesat ayaq mata sambil jawab soalan la aku kat situ. Aku seorang yang tidak mahu menghafal dalam keadaan bosan. Haah.

Then lepas habis exam tu, kitorang terus gerak ke Mydin Mall G. Badak. (nak cerita jugakkk)
Mydin ni baru je bukak sebulan lebih. Cantik dan besar, seronok jalan ngan family. Dua kali pandang interior design Mydin ni tak ubah macam Tesco Kota Bharu. Hmmmm clone adakah?

Ada pula halnya kitorang gi lunch di TCRS a.k.a The Chicken Rice Shop.
Saja nak makan sini sebab kedai lain macam tak menarik perhatian gegurls. Punya la kitorang tatap menu tu sampai tembus, barulah dapat order - family package - Nak dijadikan cerita, lepas dapat bil ja terus mata-mata ni terjojol. HOI MAHAL GILAAA! Ingatkan ambil family package dapatlah jimat singgit dua tapi berangan sangat. Yang mengecewakan aku ialah TAX! More than RM7! Haaaaaaaaaaa.



teka berape ringgit?? :P



Lepas ni siapa simpan hajat nak makan TCRS, tak payahlah eh. For students je la only. Bagi aku, harga tu tak berbaloi sangat. Baik aku makan Nasi Ayam Pok Din kat sebelah bus stop on the way nak gi kampus aku tu. 10 kali lebih murah hoi.

:p

Sekarang meh aku tunjukkan pulak senarai nota yang mahu dibaca sepanjang minggu study week ni. Tak banyak pun, sikit je..


3 module. perghhhh sedaaaaap !! :D


the waiting list. haiyakkk!! 


K.
15.1.2015

Tuesday, January 6, 2015

Kami pelik :p

Salam! Title post harini memang sengaja tulis gitu. Sebab..

Kitorang budak medic berbeza tarikh final exam dengan course lain. Idk why..! n Ive been torturing myself seeing my other friends already in their exam battle. Just in few days je lagi diorang akan rest for about almost 2 months! I'll mereput here I'm really sure..


Btw,
One of my Bff in high school got married last week. Alhamdulillah..
Barakallah Anis. Semoga bahagia hingga ke anak cucu <3 Nihaaa aku belanje satu gambar. Nak banyak-2 memang segan la woi. Tapi memang takde aku lah. :)


Cantik kaler dieeeee. Guna Vscocam edit <3 Anis happy tuuu :)


Nanti tunggu aku rajin-rajin sikit la this weekend. Aku nak organize balik kejadah barang dalam bilik ni. Something is wrong la about the susunan. Aku kalau boleh nak clear je semua tempat. Huh

This weekend jugak is the final weekend sebelum nak MSK Eom pada Khamis depan. Aku risau. Tapi bergantung pada Pencipta jela. Idk la, every time i motivate myself dengan aku buat ni for the sake of myself. I hope there is hikmah behind all these sweats and tiredness.

Later kalau bilik aku dah cantik ke ape aku upload ye! Just certain place je will be uploaded, cause I love to decorate lah. Don't wait, but I'll try to do it. Byeeee ^,^

Friday, December 12, 2014

Random Nagging -- MSK

Assalamualaikum
Np//More Than Anyone in the World L such a sad song..

Dah masuk Musculoskeletal Module. Ya Allah takut jugak perasaan dia bila kau ada 7 Anatomy lecture dalam seminggu. Yang Anat 1 pun aku tak hafal semua lagi. Boleh tahan la susah dia nak hafal setiap muscles, bones, arteries, nerves and veins kat setiap part of your muscle and skeletals. Btw kena rajin minta tips from senior la macam mane nak hafal semua dengan smart.

Sekarang tengah lepak di library sebab internet connection putus di Maidam. Hahah. Aku tak pasti bila aku nak beli broadband ataupun mobile data. Mintak maaf la, guwa taknak lari bajet :p

Aku taktau kenape setiap kali start module dan setiap kali nak Eom aku akan update blog. Bagi aku, aku kena ada diary setiap kali waktu tu. Nanti bila aku bukak balik, aku tau macam mana cara aku study waktu-waktu tu. Boleh buat sebagai pencetus semangat pada masa depan. Nanti dah clinical, aku akan recall balik saat-saat rajin @ malas di preclinical year. Hahah.

Sejak kebelakangan ni, setiap malam aku mimpi benda yang pelik-pelik. Macam kena kejar, kena marah, kena bunuh, kena membunuh orang. Pelik. Risau la aku. Okay nak kena minta maaf dengan ramai orang ni sebelum tahun depan.


Btw, tahniah kepada semua Ahli baru Medisza.

K.

Saturday, November 29, 2014

anxiety disorders


excuse my awkward pose. 

currently i don't feel like studying. goshhh

this morning we were attending Stress Management Workshop. there are students from other unis too attended and yeah, it feels like living among some variety of humans again. i guess this event should be done more frequently as it gives us so much input that was so worthy.

i guess i don't feel like stressful again after this one whole day workshop geee ;)

and you know what, within 5 days more i'll be sitting on my Respiratory System Module examination paper and the anxiety feeling is just coming by again and again. i'm a paranoid person who had always fear about not getting higher marks than i did before. but i think it is okay for me to not be able to achieve those sparkling marks yet because maybe there is some reason Allah don't wanna give me yet. yes i have faith in Him so much

you know why does Allah test us? because He loves us so much and wanna see us be grateful and never run  away from Him whenever something bad happens.

i had this one bad habit which only some of my close friends knew about it. fyi, i was about to throw the habits away whenever it comes to 'new year' celebration but it seems that i was weak enough to get rid of it. maybe i need to strengthen my heart right after deleting it from my brain huh?


ps:// the latest post in my insta tells everything about me right now. that i think i am able to fight the feelings but i just can't
pps:// i hate the fact that i lose sometimes
ppps:// feeling miserable, always
pppps:// there are quite few numbers of 'em asking me bout my sweet nickname, kubi and i don't wanna explain bout it unless you are such a close friend to me



Kubi,

Thursday, November 6, 2014

Layan cerita

Assalamualaikum


Harini aku macam free sikit sebab cuti penuh hari Khamis. Boleh la relax-relax kat katil dalam hujan camni sambil tengok cerita-cerita yang berkurun dok dalam laptop kan.


Aku nak cerita pasal hobi.


Lately ni kan, aku memang suka layan drama yang berkaitan dengan medical things. Bila aku layan medical related movies/drama barulah aku tak rasa serba salah nak tinggalkan notes tak terbaca sehari dua kahkah.


1) It's Okay That's Love
2) 1 Liter of Tears
3) Team Medical Dragon
4) Emergency Couple


Yang latest aku tengok 1 Liter of Tears. Memang se'bucket' kfc dah keluar ayaq mata tengok. Aya suffered from Spinocerebellar Degeneration Disease, memang sakit pasal saraf. Lastly, she died. Memang sedih gila vavun.


Tiap kali tengok cerita medical-related, aku rasa lain maciam.Sedih, taknak sakit dan berazam akan mengambil pemakanan diet yang seimbang selamanya supayaa tidak akan sakit, berdoa kat Allah aku dapat badan yang kekal sihat, in the end, rasa nak study tu membuak, hopefully. Korang doakan aku tau, supaya aku sayang and caring kat semua patient aku, inshaAllah, suatu hari nanti.


Aku ni lain maciam jugak sensitif nya kalau pasal sakit. Tak tentu hala. Haritu pergi spital pun dah sebak. Entah apa aku bayang gak eh.


Pastu aku fikir kalau orang yang aku sayang sakit, aku mampu tak jaga? Kalau aku jaga, adakah diorang akan jaga aku pulak kalau aku sakit? Haaaaa aku kalau dah fikir jauh, memang camni jawabnya.


Sama-sama doa la ye. Lebyu guys xoxoxo

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)