The girl.

Sunday, February 3, 2019

Trip Bajet ke Korea : From Gwangjang Market to Feeling Like University Hagsaeng & Went to Dongdaemun Design Plaza (Day 8)

26 September 2018 // Wednesday

Activities:
Day 8 Korea

  • Gwangjang Market
  • Ewha Womens' University
  • Yang Pang Chicken Restaurant
  • Dongdaemun Design Plaza
  • Ogansugyo Bridge & Cheonggyecheon Stream

Berdasarkan igstory harini kami bertolak lewat sebab letih sangat. Kami bercadang tak rushing dan keluar pukul 11 AM lebih. Destinasi pertama ialah mencari kain ela cantik dan murah-murah di Gwangjang Market! Siapa yang berhasrat membeli baju raya tahunan bolehlah shopping di sini, semua kain ela berharga 10,000 kwon je! Guess who bought 3 kain for herself wkwkwkw. Sungguh rambang mata beb, semua color ada, semua kain ada, boleh pilih mana yang berkenan ok. Siapa yang beli sampai 5,6 kain tu memang kesian lah kena tambah luggage berat naw naw beg bebb.




Next dah habis bershopping tak ingat dunia (once again as usual), kami bergerak ke tempat seterusnya which is 


Ewha Womens' University 


Kami sampai sini pada waktu panas terik. Ramai dah waktu ni dengan tourists, local, students mengambil gambar, pergi class. Kami macm biasa tak hiraukan sekeliling, ambil gambar di tengah-tengah tu dengan bermacam-macam gaya dan berpuluh-puluh take. Adapun this time aku jadi photographer Ainaa and vice versa so boleh agak tak berapa ratus take?? 😁😁😜🤣 

Semua posing ada, posing acah masuk class, balik class, berdiri tengah panas. HAHA




Oh ya, cerita pasal struktur bangunan ni kan, at first I sangat kagum tau dengan design dia. Before this pernah nampak gambar orang datang sini tapi tak perasan betapa uniknya the design.  Kawasan kami bergambar ni kan dia landai ke bawah. And actually di ground floor dalam bangunan tu dia ada bermacam-macam kedai seperti kedai spek etc tak ingat. Kiranya bawah ni ibarat cam mall kecil untuk kemudahan asas students diorang. 

meet Ailin and Mirano 

Setelah nearly around 1 jam bergambar kami naik ke tangga tu untuk next photoshoot spot which is taman apa enta. Tapi memandangkan perut masing-masing tak tahan dan panas lit lit, kami pun mencancelkan plan dan merancang untuk membahagiakan perut dengan menuju ke Yang Pang Chicken restaurant which is nearby je beb.



Selepas makan kami pun pulang ke rumah berehat solat sebentarrr selama beberapa jam. Selepas itu  kami pun bergerak ke 👇👇


Dongdaemun Design Plaza.


Setibanya di sini aku terpegun dengan keunikan bangunan dia yang pelik. Tak silap aku macam office gitu lah. Kat sini nak ambil gambar juga sangat lawa ok. Pakai lah baju smart sikit boleh ambil gambar effortlessly beautiful gitu. 

Dekat sini ada kedai mart comel ni aku pun tak ingat lah nama kartun ni apa. Dekat Korea je kot rasanya. Gambar aku tak berapa cute so aku letak gambar member aku sebab dia cute HAHA boleh kan #donepromotemember

Adalah dalam 30 minit bergambor dan menghayati kecomelan barang-barang dalam kedai ni tapi aku hanya mampu melihat dan tepuk dompet tanya diri supaya bolehkah menahan nafsu? 


Okay group photo wajib lah!
Malam ni kami semua ni join kecuali Ailin sebab beliau mahu berehat sekejap


Bila sampai sini korang kena cari LED roses tu sebab ianya merupakan attraction di sini. 
Tapi banyak-banyakkan bersabar sebab ramai couple duduk dekat bench baring tu entah apa lah moment yang diorang mengimbau tu kan 

Itulah datang sini samaada kena berdua atau beramai sekaligus terus supaya tak rasa loser lonely but hey Imma happy kot like this? #ayatsedapkanhati 😛



takda tour guide nak ceritakan semua sejarah di sini so kau sendiri kena
rajin membaca ye dokk

My selfie photobombed by si mudah terhibur 

indahnya.... belakang tu

macam takda function je benda ni sebab terjumpa ni lepas dah habis teroka DDP ahaha

dari atas

dari luar DDP

OK next kami mau pergi ke nearby attraction, dekat ja sebenarnya tapi jauh jugaklah kalau kena jalan kaki tu 🤨😛


Ogansugyo Bridge & Cheonggyecheon Stream




Jalan punya jalan akhirnya sampai juga.
Bila sampai je rasa hambar bukan sebab apa tapi sebab gelap and tak ramai orang dah.
Rupanya best time pergi sini time nak masuk senja tu (golden hour) ataupun better pergi waktu siang.


ni gambar time kitorang pergi, agak hambar la

Sebaik sahaja sampai kami melabuhkan punggung ke tangga untuk merehatkan diri. Bersembang. Cantik je tapi tak meriah lah.Boleh merasa air tu, bersih tau air stream tu.

Inilah rupa tempat ni waktu siang hasil dari google  👇👇👇



Boleh sambung baca di sini >  https://www.seoulpedia.com/tag/ogansugyo-bridge/

Map for today's attraction

Again nak credit to member leader group @ainaacy (IG) sebab beliau yang buatkan itinerary ni sumpah function teruk tau hanya Tuhan yang boleh membalas jasa u sis ✨💋

Lalu kami pun dah sampai ke subway.
Nampak air nak mengopi mencoklat duluuu.
AKu & Ihah share ambil Mint Chocolate Drink. Sedap 10/10!




Mint Chocolate

Thats all.
ZZzzzzZz


Till next post dear readers
- K

Saturday, February 2, 2019

Trip Bajet ke Korea : From Kpop Road > Shopping Mall > Hangang Park (Day 7)

25 September 2018 // Tuesday 

Activities :
Day 7 Korea 
  • Gangnam ( K Star Road, SM Entertainment, Dunkin Donut in front old JYP)
  • Goto Mall a.k.a Gangnam Underground Shopping Mall
  • Hangang Park + Banpo Bridge


That day tak ingat lah bangun pukul berapa. Tapi we all usually gerak at 8 AM plus Korea time. Breakfast pun tak ingat makan apa hehe maybe roti @ cookies from Lotte kot? And harini Mirano & Capira tak join sebab Capira demam. So rest kat rumah je and jalan-jalan around Seoul Station katanya.

Kami gerak ke Gangnam macam biasa menggunakan subway yang merupakan transport utama di Korea lah. Subway sampai cepat takyah menunggu lama. And macam biasalah kalau gerak waktu orang bekerja maka kau akan berhimpit dengan orang bekerja. Kalau gerak lagi awal kan kau akan jumpa dak-dak sekolah huhu

Bila dah sampai ke Apgujeongrodeo Station kami pun sudah tiba di Gangnam District. Wallahi stesen subway sini sungguh mewah beb. Terkagum sekejap dengan kekayaan yang dipaparkan.

Bila dah keluar daripada subway, jalan sikit ke depan dah terus nampak Doll yang cecomel famous tu. Haaa ambil lah gambar sepuas-puas hati takkan ada orang halang. Kita je dekat situ & local pun dah puas tengok hari-hari sambil pergi kerja 👀👨 Aku ada ambil gambar jugak tapi gambar tu lagi comel kalau aku takde dalam tu hahaha

Next, kitorang ada masuk simpang kiri, singgah sekejap dekat bangunan bawah ni 👇👇



Ini merupakan garage ye
Sempat skodeng benda kat dalam sbb ada kereta masuk tapi bukan artists pun 

Halu guys. Nak dijadikan cerita, setelah Ainaa ambil gambar aku di atas tu kan, ada ahjusshi ajak sembang lah gittu. Si Ainaa ni pun pegang fon aku lalu merecord perbualan diorang. Sambil tu Ainaa tanya soalan "Ahjushhi D.o where?" Macam gitulah pastu sebenarnya Ahjushi ni pun pernah rapat dengan D.o gitu. 

The sad thing is bila dah merecord tu baru perasan tak tertekan start...cian si bb ye laaaa dapat peluang sembang dengan orang yang quite close to KyungsoO tuh 👫
Fuuh ada lah beberapa benda disembangkan. Kitorang berlakon balik pebenda disembangkan haha see in my igstory lehhh

Antekkk

@ Dunkin Donut depan old JYP.



Dah sampai sini nak lah menyejukkan anak tekak and anak perut kan. Ditambah pula kami membawang dengan member baru di kaunter tu pasal artists yang lalu lalang kan. She said she has been working there for few years dah so dah selalu nampak artists wohoot

Next, kitorang menyambung langkah ke next place. On the way tu ternampak this small kedai so kitorang masuk beli snacks. Kat sini pantang asal nampak mart je nak singgah beli air manis + snacks. Tapi kali ni kitorang beli sebab nak buat picnic for tonight di Hangang River 🙆‍♀️😎

Jalan punya jalan, dapat lah melihat sejenis kawasan perumahan elit. Kalau tengok dengan teliti, dapat nampak bangunan company artists. Ada lah yang tak berapa famous kat sini tapi aku tak ingat nama dia. Rumah-rumah kemain class kau and kereta pun besau-besau. Kitorang ada sejenis penyakit bila asal ternampak kereta besau je semua cam curious "eh sapa sapaa haha" Honestly aku suka jalan kaki kat sini walaupun panas, sebab udara dia bersih and kawasan persekitaran tak kotor. Again, hygiene is important 💕👌

Maka berdasarkan map, kami pun sampai ke bangunan SM entertainment company ni. Kitorang melepak di taman betul-betul opposite dengan this building. tengahari pun ada acik yang exercise, bagus ngat. 

Buat igstory video je. Tak larat asyik bergambor phone aku memory nazak haha

Setelah puas berjalan berpusing-pusing, kami pun mahu ke subway semula. Kat sini kami berpisah kepada 2. Ainaa aku & min 1 group and Ailin farihah 1 group. Ailin farihah pergi ke subway dulu sebab diorang nak ke tandas. So kami yang tinggal ni pun mencari lah haluan ke subway. Weh boleh bayangkan tak kami naik bukit, turun bukit dan naik bukit semula? sebab salah laluan idk. Ada sorang stranger tu bagi laluan so kami pun ikut lah. Lastly acik guard tu suruh patah balik dan naik bukit balik at the next street 😜😅🤔 Aigoo nasib baik walaupun panas tapi tak bahang macam kat Malaysia.


Sambil tersesat kami cuci mata tengok rumah masing-2 kaya sungguh 🤯👍
Dengar cerita orang cakap sini kawasan rumah Song Il Gook and the Triplets? Entah aku pun tak kaji lagi.

bukti jalan berbukit. kena rest duduk dulu baru teruskan 

Ok maka kami pun dah sampai ke subway dalam 2:30 camtu, solat dekat subway situ. Yang paling aku ingat ambil wudhu dekat sinki tapi tak ramai orang pun so buat dek je lah kalau diorang nampak pun eherher. & ready to next destination~


Goto Mall a.k.a Gangnam Underground Shopping Mall!!



Honestly beb. Aku takkan bagi nasihat seperti sila bawa duit sedikit ke supaya tak terbeli benda merapu ke sebab taknak korang menyesal pulak kan kalau tak beli, tapi apa yang aku nak nasihatkan kat korang ialah :

- make sure beli benda yang nak pakai SAHAJA
- beli lah make up @ skincares sebab ada sales
- sila tahan godaan 🤔💆‍♀️, baju kat sini mostly 10,000 kwon je!!!


Ok selepas shopping bagai tak ingat dunia, dalam 7PM plus gitu kami pun blah dari situ ke next destination which is Hangang Park. Direction mostly ditunjukkan oleh local. Bila kita bertanya kepada local, kena selitkan sikit dengan slang/bahasa Korea supaya boleh well conversed. Serious semua yang jumpa semua baik-baik aje. 


Crop gambar makwe oppa


Bila dah sampai tu gelap cangat beb takpat nak acah berbasikal. Kami pun carik port best duduk dekat tangga and bukak snacks. Nampak tak dalam gambar kami duduk belakang siapa? Rupa-rupanya kami duduk belakang couple yang tengah dating. Rasa kesian pulak ibarat kacau diorang huhuu. Diorang duduk jauh-jauh jea hahaha maka mulut kebawangan kami terserlah membincangkan situasi mereka hdhdhdhdh tapi akak tu lawa & oppa tu hensem mmg padan cungguh 👍😁

Suasana persekitaran menjadi hening dengan kdatangan ramai orang dan ditambah dengan speaker memperdengarkan lagu lagu hits terkini ecehhcehh. Akhirnya pukul 8PM dan kami pun menyaksikan show bunga apiiii ✨✨🎉🎇🎇




tunggu sekejap lepastu nampak adik-adik buat performance 👍👍😎

Thats the end of today's trippp. Penat seh. hari-hari penat berjalan tapi takkan lah nak berputus asa, rugi lah datang jauh-jauh tak berjalan kan betul arkkk

Till next post beb :> Next posts are more fun ✨🙆‍♀️😎
- K

Friday, February 1, 2019

Trip Bajet ke Korea : Early Autumn in Nami Island (Day 6 ) 💖💕

Ini ialah sambungan entry https://kuwbyandstories.blogspot.com/2018/12/trip-bajet-ke-korea-wearing-hanbok.html?zx=524fdb2acf56c89a

24 September 2018 // not Monday blues.

Activities:
Day 6 Korea 

  • Naminara Republic of Korea a.k.a Nami Island
  • Halal Guys

Lamanya aku tinggalkan entry Korea. Nasib lah, orang memblogging ni kena tunggu ada mood baru lah best nak menaip. Sungguh bosan nak cerita pasal Korea ajerrr, aku pun beralih kepada entry my exam dulu hehehe. Trip Bangkok, Penang & Sunway pun bakal menjelang so kena habiskan 10 hari entry ni mampukah ioll 👳👴

Okay bermulanya pada malam sebelumnya, kitorang bungkus Yang Pang chicken and tapaw bawa balik untuk makan di rumah. Kesudahannya, kitorang jadikan sebagai breakfast je. Walaupun dah sejuk, tapi still yeeeenak say Yang Pang forever peeps 👋👌✌ Tambahan pula, sebelum tidur around 1 AM Korea time, Farihah dan aku masak nasi lemak gigih tak? Aku lah ni, like heart je request kat Farihah tapi luckily dia nak buatkan. Aku jadi pembantu chef 👩‍🍳 Nasi, sambal buat malam tu sesiap. Lepas dah siap semua tu barulah kami tidur krohhh krohh

Ini lah rupanyaaaaa taddaaaaaa 


psss baju bundle beli kat namdaemun market murmur


Pada keesokan harinya, macam biasa breakfast dulu di rumah. Boleh lah buat alas perut bertahan selama 2 jam. Pagi tu kawan kami lagi 2 orang (Mirabad & Ama) dah bertolak balik Malaysia sebab cuti sekejap je oleh. So kami pun meneruskan hari-hari mendatang dengan bilangan 7 kerat je. 


muka menunggu subway sampai

Dah sampai dah pun Gapyeong Station. Menunggu bus ke Nami Island pula

Sebenarnya kitorang pergi Nami Island pada Chuseok Day; which is public holiday for Korean, usually the will go back kampung meraikan perayaan masing-masing. Because of that, memang sesak lah jawabnya. Bermula dengan beratur menunggu bus punyalah lama dlm setengah jam? Lepastu dah dapat naik bus pula kena berhimpit macam sardin. Aku kena berdiri belakang sekaliii. Memang penuh satu bus. Sebenarnya dari stesen ke jetty tu dekat je tapi disebabkan jammed, we took about almost 1 hour to arrive there.

Bila dah sampai, kitorang pun beli tiket. harga dalam 13,000 kwon gitu.
Dah dapat tiket, maka beraturlah kami untuk menunggu giliran masuk dalam ferry. Kat situ pun dah berpuluh minit jugaklah. Dapat je masuk ferry kitorang naik bahagian atas nak menghirup angin and melihat pemandangan lah kan. Penuh jugak atas ferry bebbb boleh main laga laga lengan 🤣😁🤷‍♂️

Naik ferry tak lama pun, ada lah dalam 10 minit? Bcs memang dekat pun boleh nampak macam tu aje pulau nya.

Sesampai sahaja di Nami Island, kami mencari port untuk 2nd breakfast. Bawak breakfast satu bekas tupperware + roti acik untuk dikongsi seramai 7 orang. Memang terasa nikmat nya berkongsi di situ. huhu

And selepas tu kami pun berphotoshoot.

Nami Island atauun nama baru nya Naminara Republic of Korea ni wajib datang kalau datang Korea. Lagi-lagi pada musim autumn. You'll be amazed with the pretty red golden colored leavesss which I tak dapat rasa uwuwu. During our trip it was still early autumn lah. And the temperature was 16-20 degree celcius.





Min ambilkan gambar!






Setelah puas berphotoshoot, pergi tandas apa semua, kami pun sholattt di surau yang diseadiakan. Just cari signboard for room prayer, memang ada disediakan. Sangat bersih tandas and sangat cantik dan kemas surau dia.


Surau kat area ni


Otw balik teringin nak merasa ice-cream yeeah


Dah maghrib wee

Sesampai sahaja di jetty, kami pun mencuak mencari bus. Katanya bus terakhir dalam 7 lebih? Kitorang waktu tu dah almost 7 o'clock sebab tu dok merisau aje. Punyalah berlari, pastu lastly min bertanyakan kat oppa sorang ni, which macam biasa dia cakap Korea dia, akhirnya dapat tahu sebenarnya next bus akan bertolak sebentar lagi. Oppa tu pun bagi arah menunggu bus. Korang kena pergi sebelah kanannn lagi daripada jetty tadi. Berjalan dalam 5 minit gitu akan sampailah ke tempat orang menunggu bus. 

Barulah lega nokkk still got buses. Bila balik tu dah tak jammed pun dah, cepat aje sampai station hshshshs

Disebabkan jammed terox tu lah kami tak dapat pergi Petite France which is nearby. Cantik juga tau tempat tu, next kena pergi~~

Semua orang dah lapar and penat for the day. So bergeraklah kami ke Itaewon for The Halal Guys, again 😉😋😋😁

Kitorang tapaw untuk makan di rooftop. Macam biasa aku dan Ainaa memilih set New York Platter sebab sengaja nak bagi kenyang sampai esok pagi dan berniat untuk tidak craving sehingga tiba di Malaysia pun which is totally failleddd! 😜🤤 Dah sampai Jeju pun still mengidam hoi the sedapness is real 😭🤤🤤✌




Malam tu kenyang sampai mabukkk

Till next post dear readers 😉🤗😘 thanks for reading ya - K

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)