The girl.

Monday, April 8, 2019

Trip Bajet ke Korea : Jeju I Fell in Love 😍 (Day 13)

Harini nak bercerita panjang sikit. Imagine punya berhari nak siapkan entry ni sebab nak cari gambar lah, edit lagi, pilih gambar yang cecomel and nak upload pulak. Pendek cerita demi sebiji entry yang smart, sanggup ye seorang kubkubi!

Pagi tu bangun macam biasa, awal sikit lah lepas subuh tak tidur dah. Mati lah kalau tidur kena kecam ohoi orang nak pergi jalan tapi disebabkan kau seorang jadi lambat semuanya ihiks. Mandi bergilir and sesambil tu gosok baju apa semua. Lepastu breakfast minum maxim, tea and makan biskut and apa lagi ek lupa beyh.

Lepastu ahjusshi/sunbae/hyung tour driver kitorang sampai dengan van pada waktu yang dijanjikan. Harini niat focus pergi travel belah east je. Sila lihat peta course di bawah 👇👇



Perjalanan ke first destination takes about 1 hour melalui highway + jalan biasa. Before tuh dah nampak pemandangan windmill, semua size ada! Dari size atok > bapak > anak > cucu haaa. Tapi tak berapa ingat ada tak canola that time hm hmm. Kalau ada memang rugi ah tak mintak ahjusshi stop by sekejap bergambar eheks


1. Seopjikoji
Setibanya di sini kami terus terkinja untuk menikmati pemandangan. Ahjusshi cakap time limited to 1 hour only sebab kalau tak tak sempat nak pergi tempat lain. So yeah, kami berjalan takat yang mampu je. Fyi they provide horse ride, bicycle ride and tak silap bus juga sebab kat sini attraction nya ialah rumah api. Kami tak sempat naik bus ride tu so ended up bergambar depan-depan ni je ehehe. And sejuk nak mampus sila bawa jacket sesiap ye.



Ada bangunan tu nampak macam biasa je pulak tempat ni hahahha macam kat Malaysia lak zzz

Bergambar bersama lalang

Bersama kembar angkat


2. Seongsan Ichulbong

Selesai sejam kami pun bergerak ke sini. This place is a must if you come to Jeju!
They have many trails so you can opt which one you prefer. Take my advice, just try all the trails despite of tiredness or laziness because later you will end up regretting as me right now uwu. Try pergi the peak sebab akan nampak the whole Jeju from above view & kalau pergi descending trails yang sampai ke air tu pun best jugak. 

  




Sampai sini sahaja I mampu ahaha



3. Seafood Luncheon
Lepastu perut lapar maka ahjusshi bawa singgah makan sini. I syak this is part of his business too, meaning that this is his restaurant sebab dia bersembang dengan worker situ and masuk restaurant macam biasa ja. Aku tak reti order bendalah ni sebab kena converse dengan ahjumma pasal menu. Selalunya memang Min jelah yang jadi tukang negotiate hsshshs. Bila dah sepakat menu and harga so jadi onzz 


Setelah kekenyangan


Sedap gile semua side dishes (telur > ikan bilis > sayur sayuan), ikan tu paling sedap!, kuah merah tu actually lauk ikan tak ingat rasa dia macam mana tapi so tasty yummeh!!

Tengoklah besar besar


bergambar dengan ahjusshi driver. Min initially nak panggil hyung je haha
pastu tak ingat dia panggil apa pulak lepastu

take picture with restaurant worker (entah-entah adik driver je) *cute jugak*

4. Sangumburi Crater
Lepas dah kenyang kami meneruskan perjalanan. Sini macam tanah tinggi sikit thats why sajuk sajuk bah. Kami beli air hot chocolate guna duit baki makan restaurant tadi sebab ahjumma bagi discounteuuu (#TIPS nak dapat discount -- kena pandai-pandai buat comel-comel/aegyo sikit ke macam Mirano buat hahahaha)

Layan jelah eh gambar ye. 😁






  
Angin kuat sangat nasib baik aku tak keding kalau tak boleh tercampak 😜



Sampai sini dah tenang dah



Tak bawa balik pun sebab nampak macam menggatalkan je.
Takot induce allergic

Kami letih sangat lepas Sangumburi ni. Mana tak nya, bergambar lah, take selca lagi yang macam tiada kesudahan. & Supposedly lepas tu kami pergi ke pantai tau tapi disebabkan kekangan masa maka kami pun pulang ke rumah. Cedeh tak sempat gi uuu :3



Then kami minta ahjusshi singgah 7E area homestay kami sebab nak beli instant rice. Aku beli air kopi lah apa lagi. Dorang beli keropok air etc as usual. Sampai-sampai je kami berehat sebab keletihan. Melepak makan snacks sementara tunggu dinner malam nanti. Lepastu timbul pulak idea nak melepak mengopi dekat coffee shop. Google punya goole luckily jumpa yang nearest to our homestay. About hundred meters je away so yesss 

Selepas maghrib kami pergi mencari JB & Blanc coffee shop ni.
Bila sampai tu takda orang pun, punyalah tunggu seminit 2 baru owner keluar. 
Kami pun order hot chocolate and 2 iced machiato. 



Lepas about almost 1 hour kami blah dan singgah mart. Nasib baik dekat je on the way back to our homestay ada mart ni. Singgah beli telur, cili and binggrae drink eheh

Dengan telur and cili tadi maka terjadilah nasi goreng sambal ikan bilis gabungan chef Ummi dan Min. Sedap nak mampus aku makan berjimat cermat ahaha tapi kesian pula sekarang bila teringat yang Ainaa nak curi sikit then aku tak bagi 😂 sorry doh

Lepastu makanan cam tak cukup, Min pergi masak nasi goreng mayonis pula ✌😁 sedap lah. Aku tukang buat air teh je 😋

Lepas makan tu boleh pula sharing sessions. Berejam tuh. Tanya pasal personal life masing-masing apo bagai aku lupa siot hahahaha nak kena jumpa you guys balik untuk kuatkan ingatan 👀😜😂



Malam tu ingat nak teman Si Mirano & Capira melepak sebab malam terakhir kami dengan dorang tapi masalahnya aku pun terbabas ngantuk macam hapa 😁😜

See you in next entry! Stay tuned :) Thanks for reading~~



Thursday, March 14, 2019

Picnic-ing in Jeli : September 2018 🏞 🏖

1.0 Picnic with Mom's School Friends & Families

9 September 2018

Mak aku ajak kami picnic dengan schoolmates/cikgumates dia. So masing-masing bawa families. Banyak juga kereta konvoi dalam 10 buah? Lepastu masing2 bawa makanan. Mak aku bawa pizza. Malam sebelum bertolak tu buat dalam 3 keping pizza saiz besar. Yums

Kami bertolak ke Dabong, Jeli seawal 7 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih. The exact location sebenarnya tak ingat tapi area kawasan pondok mana tah. Kami kena lalui jalan bertanah merah berbatu2 selama 10 minit barulah sampai ke sini tau.

Tapi sangat worth! Kawasan ni baru diteroka and sangat bersih.

(Sekarang ni aku suka sangat picnic)

Antara menu yang dibawa oleh para cikgu sekalian:
  • mihun goreng + keropok keping
  • nasi kerabu
  • nasi putih lauk daging singgang, ayam & ikan BBQ
  • pizza



Aku sumpahlah malas nak masuk air. Just rendam kaki je sambil makan dekat tepian sungai hehe
Adik bongsu dah hilang ke mana tah dengan geng dia. Sakan ko ye. Dalam gambar tu mak aku and adik aku





Fav sih aku tambah 2 kali lauk ni


Masuk ni dah kali ke berapa tah aku makan 😭🤨😆



Lepastu kami balik lepas zohor nak dekat asar gitu. Sangat best. Boleh sembahyang di rumah kayu yang disediakan :) 

kalau nak repeat lagi mungkin suruh orang lain drive sebab jauh ngat. Tak tahu lah kenapa aku energetic haritu.



2.0 Picnic with Schoolmates

11 September 2018


Hari lusanya, aku and schoolmates pula berpicnic di Dabong, Jeli. Cumanya kami ke air terjun kawasan lain pula.

Dah lama kot tak jumpa schoolmates! 

So kami bertolak ke Dabong dalam pukul 8 dari Pasir Mas. Aku singgah ambil Ummi, Asiah, Fizah kat rumah masing-masing. Kat rumah Ummi tu sempat lagi aku makan lempeng cecah sambal sardin tumis dulu haha sebab lapar ta breakfast lagi. 

Sementara itu Aida pun pick up Nasuha, Mawar dan kakak Nasuha. Lalu kami berkumpul di Petron Rantau Panjang. Berkonvoi 2 kereta.


Berhenti dekat Petronas jap. Aku makan lagi. Sedap la ni Fizah buat


Antara menu yang dibawa:
  • Angel Hair/Spagetti Bolognese & Carbonara - by me
  • Lempeng cecah sambal sardin tumis - Ummi
  • yang gambar atas tu apa nama dia eh - Fizah
  • Cupcakes - Aida
  • Jambu batu asam, puding karamel - Mawar
  • Nugget - Nasuha

Pagi tu sumpah aku semangat gila masak, dua jenis kuah laktu bahaha. Kadang aku hairan, kalau bab makan aku sangat A+ yer. Bila rajin tu memang tak kisah dah letih, tak give up langsung.







Kalau perasan, kami pergi 2 tempat air terjun yang berlainan dalam gambar (sebenarnya 3). Sebab tak jumpa air terjun yang berkenan. Yang atas ni dekat-dekat dengan UMK je. Pastu cam tak best and tak luas, kami pun bertukar ke air terjun yang famous dekat Dabong ni. Dekat gunung stong 






Biar lah nak ambil gambar banyak kali kan. Kita sukeeee


Ok dah habis. Time ni tiber hujan pastu kilat menyambar depan mata bebz. Takut jer aku nak drive tapi tabahkan diri. Kalau tak memang aku dah suruh Yah dah drive kan. 

Lewat jugak la sampai rumah aku. Dah azan Maghrib baru sampai. 
Thanks for the great memories <33

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)