The girl.

Monday, August 24, 2015

2D1N in Cameron Highlands

14-15 Ogos 2015
Cameron Highlands




Bukan homestay kitorang. 




@ Strawberry Farm. Shawl by @benanghijaukotabharu




Lapar strawberry pulak rasa.



@ Pasar Malam Brinchang! (jambu epal sedap)


Good morning people! Rise and shine ~__^ 


Again @ Strawberry Farm ft Strawberry Lollipop


@ Mardi


Favorite color as flower! (So much Loves!)






Sumber biji kuaci peberet aku.


Mum ft her favorite flower


@ Brinchang



Ps:// Harga homestay per night ialah RM160. Wifi laju tahap mulut laser 5 bintang. Aircond semulajadi. 

Short trip in Negeri Sembilan & Malacca

Assalamualaikum wbt

Hai semua. Saya hanya akan muncul di dashboard anda selepas saya habis bercuti hehe sebab nak share some attractive places yang sempat saya pergi ritu. Lama jugak cuti kalini, dari Selasa malam 18hb naik bas hinggalah Sabtu malam 22hb. Ada lah dalam 4 hari? Tetiba kejap je pulak bunyi dia kecoh je kubi ni hihi

Kalini #bpholicx sudah hampir berusia setahun. Lagi beberapa jam cukuplah anniversary kitorang, iaitu 25hb Ogos lah kalau tak silap Ja kan. #bpholicx ni tersangatlah baru, semua nya sebab perangai dan semangat kental memasing nak berbackpacking. Sejujurnya aku (tukar bahasa) pun dah tak ingat macam mana kitorang boleh jadi satu kumpulan bekpeker hihi. Lepas ni mudah lah aku nak ber bp ke mana-mana.

So cerita perjalanan aku ialah pada Rabu pagi tersebut, aku sampai Seremban dengan kemantapan Bas Express Perdana. Serious cakap lah servis bas ni tiptop dengan pekerja yang bertanggungjawab aku malas nak cite panjang. Sistur bagi 10 binteng!! Ouh ya harga tiket bas Kelantan-Seremban ialah RM55.20 (emoji duit ada sayap) Setibanya di Seremban pada pukul 5:40 pagi Subuh terus Pqank & dad pick aku then berlepak lah di Seremban 2. Siang tu pergi Jusco je makan2 k perlu ke cerita benda alah ni hewhew

Petang tuh Jae pick kitorang kat S2 dari kerja bawak balik rumah dia. Lepas makan solat Maghrib semua terus gerak rumah nenek Sara pukul 8. tuptup sampai Rembau pukul 8:30 lelebih gitu then borak luh sementara tunggu Buzz (member childhood) sampai then kitorang dinner sesama. Sara masak nasi lemak ft ayam goreng berempah sedap terharu nak nangesss T-T Then malam tuh tunggu Pah pulak datang & then tidur pukul 2 harharhar




So pagi tuh dalam pukul 7:45 semua dah siap-siap gerak rumah Sara jap then sesalam kakak (read:mama) dia hehehe. Then breakfast kat kedai Tirah; Restoran Rembau Ria. Sedaaaapp. Then jumpa Buzz & Amalia dekat Petronas tempat kerja dorang huhu. Then lepastu straight away gerak Melaka dalam pukul 9 tak ingat ^_* Tapi on the way tu singgah kedai kawan Jae dekat Chengkau. Ni gambar yang kat bawah ni lah, jalan tu sepatutnya menuju ke Gunung Datuk. Kalau aku tak sabar, pasti aku terus hiking dengan outfit cemtu hehe.

Nak singgah pergi jumpa kawan Jae,
Kawan Jae dah balik kolej HAHA



Breakfast like a baws @ Kedai Tirah Bidin





@ Chengkau. Tengah hujan rintik-rintik


@ The Shore Sky Tower. Entrance fee = RM18


0.01 saat sebelum melompat


@ Asam Pedas area Mahkota Parade


Sangkaya <33


@ Dataran Pahlawan 





@ Masjid Cina Negeri Melaka


@ Pantai Klebang




@ Restoran Muara Sg Duyong


@ Masbro Village. PM me for homestay price per night


Jap. Tinggi kengkawan aku semua ni ialah 163cm ke atas. Tu je nak cakap :*



@ Rumah Be'e




@ Rumah Buzz





 @ Rumah lama (loveyou200x)


Then petang tu aku balik ngan Peqank ke rumah dia. Esok nya siang pergi Palm Mall then pergi bus station kena catch up bas pukul 8pm malam tu.




@Ayam Shinlin Palm Mall


Ps:// more pictures coming soon, so rerajin lah datang blog ni lagi hehe. 

Saturday, July 25, 2015

Pulau Perhentian with medic housemates Part 2 ^_~

Day 2 at Pulau Perhentian; 


Sorry for the delay. Hampir 4 bulan aku tinggalkan niat aku nak post pasal Part 2. Ini pun aku dah tak ingat exact time aktiviti hihi so tengok gambar je lah. Yang pastinya kitorang kena check out pukul 10 pagi tak silap. Kalau nak selamat, korang pack barang siap2, then pergi hiking terus. Nanti tak payah susah-susah korang nak pergi patah balik chalet semata-mata nak pack things padahal korang tak lepak lelama menikmati pandangan dari atas puncak tu sepuas-puasnya. 

Okay malas nak cerita. Sila lihat. Bye 











<33 

Monday, July 20, 2015

5th Syawal ~_^

(harap maaf, saya malas nak upload gambar raya) hehe ^o^

So tajuk alternatif ialah ---> Alhamdulillah saya PASSED PROFESSIONAL EXAM 1 ! :-)

Setelah bertungkus lumus selama 2 minggu lebih sewaktu study weeks (dan selama the whole 2 years), akhirnya saya dan rakan-rakan melalui peperiksaan pro 1 dengan jayanya. Alhamdulillah dengan berkat doa anda sekalian, pertolongan Allah swt dan usaha saya sendiri. *take a deep breathe*

Tahukah anda?
Dengan berakhirnya pro 1 tersebut, maka bererti saya akan masuk ke clinical year & tamatlah zaman bujang preclinical saya. Makanya pada semester 5 di awal September nanti, saya akan mula memasuki ke alam 'stethoscope di leher' . Ya Rabb nervous nya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya amat merisaukan tentang ilmu-ilmu saya yang masih cetek lagi. Pada waktu itu, kami akan mula buat ward round, mula ke hulu ke hilir dari hospital-kampus-hospital, mula sibuk dengan loads of presentations (seminar), exams, bed side teaching and so on. 

Persoalannya, sudah bersediakah saya?
Jika ditanya sedalam-dalamnya ke dalam lubuk hati saya, sudah pasti saya akan menjawab belum bersedia. Saya masih mempunyai kurang pengalaman untuk menjadi doktor yang berguna, baik dan selamat. Saya harap ramai yang akan membantu saya pada masa akan datang. InshaAllah.


Sejurus selepas habis last lecture

Study weeks at home


The countdown

Kuih raya

Nota cardiac cycle <3

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin dan hashtag KosongKosong !

Wednesday, May 27, 2015

41 days MORE ! ~~ Study hajar~~

Assalamualaikum!!


Happy birthday Dr Lakshmi our beloved Anatomy lecturer! <3

Hehehehe WHO miss me?! *kening-kening*
Rasanya dah berbulan aku tinggalkan bahagian post blog ni. Tiap kali nak post, aku tangguhkan je niat tu dulu sebab takde benda nak bercerita nak berkongsi sangat pun.

Sekarang aku dah berada dalam Modul 14: Community Medicine. Modul lepas pula ialah Modul Reproductive System. Dah habis dah pun modul tu muehehehe. (nak tau tak??) Orang cakap modul repro ni best-best je. Lahaaaaai, bagi aku semua best, tapi kan yang ni lain siket lah. Memang dia lebih OPEN. Aku ulang, dia OPEN je cakap segala menda. Dari male part hinggalah ke female part. Dah kalau ambil medic, kenalah open-minded je hoi XD Kalau segan, tundok je ataupun cover muka dengan tudong, habis cerita XD

Aku tak berapa ingatlah cerita sepanjang modul tu. Tapi ada lah ambil gambar-gambar kenangan tu, cuma tak ingat peristiwa. Lagi satu, exam modul kali ni serious lah mencabar X| Heeee. Siket lagi kepala aku nak burst sebab increased pressure. Maka, bertawakal lah aku di situ sehingga sekarang yang bakal mengambil result, NGeeeee,

Bayangkan, dari saat hari ini, pro exam 1 hanyalah 41 hari away je. Hanya Tuhan sahaja yang tahu debaran itu :')
Minggu ni pula dah masuk seminggu masuk modul terakhir; modul 14. I is sooooo sad. Seminggu belajar dah habis lah 10 tajuk Epidemiology. Aku pula pada waktu sebegini, waktu Self Study aku mula belajar tajuk Git iaitu Modul 8. Tajuk tu buat tulang keting ni menggegel ko tauuuuu. Moga Tuhan kurniakan kekuatan.

ps:// mohon hajar tak buat keputusan terburu-buru lagi.
ps:/// hajar jangan cepat menyesal.

shahom

Sunday, April 5, 2015

Sepanjang Urinary System ~~ apa yang guwa dapat?

Assalamualaikum ~~

Alahaaai tajuk post macam poyo plak. Takpe la janji senang aku nak search in future nanti hehe

Ada apa dengan Urinary System Module plak? Haaa.
Sebenarnya modul ni takde susah sangat pun. Dia pasal function of our kidneys goes down along the urinary tract and how does it work to complete the task which is, produce urine. And what if it fails? We could get kidney failure or more worsen, we should have haemodialysis treatment or kidney transplantation.



So, a person needs to consume healthy food to get a healthy body. If there's too much unhealthy things in your body, kidney will fail to filter the toxic out of body and instead, it will circulate in our bloodstream. Ain't these dangerous fellas? T-T

Yes. There is this one condition, a most popular topic during childhood, when child gets sudden feel to urinate during nights, go to the toilet frequently, or there is leakage of urine while they are sleeping, yes don't worry, it exists in medical world. If it ever happened to your children during their growing up moment, do not feel shy to ask doctors about some therapy, then as time goes by the problem will be resolved, inshaAllah :>




Actually based on some facts, that particular child has a condition called overactive bladder. It is actually a part when your bladder (urine storage site) has some problems while functioning. Then, it is divided into 2 types which are urge urine incontinence (UUI) and stress urine incontinence (SUI). UUI is a condition when patients has urge and immediate urination. SUI means a condition when certain pressure such as laughs, giggles could stimulate urine loss and causes leakage.

Our Autonomic Nervous System is divided into two branches, which are sympathetic and parasympathetic nervous system. These 2 kind of nerve play vital role during urination. Thanks to parasympathetic nervous system that we can urinate with their stimulation every time needed.

Hah. There's lot of diseases and cancers associated with urinary tract also. But nahhh there's a lot for me to mention all of them here so I simply conclude that a healthy and balanced diet determines your future bright life. Not to forget, many patients at as early as 20 age get disease. So, beware girls and boys ✌👌🙆‍♀️


XXX

faces during the whole 6 weeks of this module :-)


right after the EoM ;-) 


Ps:// I am sorry that those facts above in english, hehehe coz kinda excited to tell ya.. I hope this entry give you some ideas>i hope like a lot :-)
Ps:// Should clear and prepare my mind for next module already ;-) bye xx

Thursday, April 2, 2015

Done Urinary System Module -- Happy Mode yaaaay

Assalamualaikum!

Hey aku dah sampai rumahh! 7 minggu kot tak balik huwaaaa my first time ever~~! K. Straight to the point lah. Harini eom start pukul 11 habis pukul 12:40pm. Overall boleh jawab lah even ada certain soalan yang aku 'tersalah' faham erghhh Hajar why why

Okay lupakan benda alah tu
Aku ada something nak confess. Aku ada masalah besar punyaaa.
Sebenarnya, aku tak minat study dalam bilik kat hostel tu. Aku rasa faktor cuaca lembap dan panas membuatkan bilik aku cepat berhabuk, aku senang berpeluh dan bersin. Lagi plak bilik aku takda direct sunlight.

Okay aku takda niat nak merungut. No no, jangan salah faham plak. Aku just nak kata, aku susah nak study dengan keadaan bilik cenggitu. Aku suka bilik yang sejuk dengan angin bayu. Even udara panas pun tak kisah, janji udara keep changing. Sekarang, lain. Tiap kali bukak nota je, terus tak energetic.

Nak buat camne la eh?

Cara aku, aku pergi study kat library. Study kat library ni, banyak kebaikan dan banyak keburukan dia.
Kebaikan pertama, dia takda katil, so kau takkan tido berjam-jam.
Next, kau dapat suasana belajar yang kau nak kan Ja? Yang sejuk-sejuk, ada cahaya matahari, luas, bau wangi, tenang.
Next, wifi laju.
Next, persekitaran yang bermotivasi. Sumorang tengah study takkan aku nak tido kot?
Agak fokus mungkin kerana ketiadaan barang-barang kesayangan di sisi anda misalnya bantal peluk

Keburukan pon ada sepanjang aku belajar kat sini:
Firstly, ramai orang lalu lalang, termasuk orang yang kau suka ke tak suka ke yang muka pelik or muka baru, kau distracted terus.
Kau takleh study guna cara kau iaitu kalau kau jenis terbaring ke, melentang ke time study, memang takleh aa. Rosak pandangan mata aku hoi

Err aku rasa tu je keburukannya

seriously ni bilik belajar idaman aku. tapi buang part katil tu~ tambah aircond


dapat camni pun aku dah bersyukur.

P/S:// aku nak try jadi se invisible yang boleh, boleh?

Thursday, March 26, 2015

7 days more to go for Urinary System Exam :')

Assalamualaikum

Tajuk aku kemain nak panjang dan gempak. Hehew, Hye! Dah seminggu tak update. Then aku pun baru lepas tukar background, ini barulah tidak semak mata memandang. Sejuk mata sebab aku memang suka pemandangan camni. Terasa nak gi tinggal kat gunung tetiba :)

Aku bosan, sebab tu aku update satu entry.
Minggu depan hari Khamis dah exam. Pasal Urinary System. Sepanjang harini aku study kat library je. Tak keluar library langsung melainkan ke toilet dan makan. Ini semua sebab nak memahami tajuk Physiology. Agak banyak details yang nak kena faham. Korang doakan aku supaya mudah faham ye ;-)

Oh ya! This weekend ada sambungan Family Day Medisza lagi.
Aku team Oxymethazoline dan aku harap kitorang kekal juara bertahan 3 tahun berturut-turut.
InshaAllah.
Tapi kalau tak menang pun takpe, asalkan kita semua tak bergaduh :') Sakit kalah tu tak sama dengan sakit bergaduh antara pihak lawan. Bagi aku, sakit bergaduh dengan kawan merupakan sakit yang teramat azab.
Harap harap kita semua bersaing secara sihat. Coz we are 1 big family <3

Ps:// Lepas exam terus balik rumah coz cuti midsem 1 minggu lebih yeahooo~ I like itttt




Wednesday, March 11, 2015

Semester 4 -- Minggu ke-27 sesi 2014/2015 ; Urinary System Module

Bismillah
Assalamualaikum!~ :D


Rindunye aku dekat kau blog, ahah sorry aku buat private kejap sebab nak bersihkan sikit apa-apa entry yang patut dan tak patut. Supposedly aku update setiap kali module, so nah! Here it is!

Setakat dah 3 minggu masuk Urinary System ni, minggu pertama takde benda yang hard sangat lah. So semester ni satu kelas dapat subjek universiti bahasa arab. Memandangkan ada yang dah ambil bahasa arab tinggi sewaktu sek men, maka kelas itu terbahagi kepada 2. Member aku yang tak belajar BAT dulu kena belajar alif ba ta balik dengan member non muslim. Fighting! Aku lagilah, tak ingat apa pun makna perkataan :')

Cerita minggu kedua pulak, ada satu hari public holiday pada hari Rabu dan Khamis tu kelas dah kosong. Maka terhasillah trip ke Pulau Perhentian bersama medic housemates & batchmates #love. Hujung minggu hari Sabtu tu pulak aku join program csr medisza turun padang. My first experience I thought.

program csr. #mediszaturunpadang


And harini hari Khamis minggu ketiga. Minggu ni takde hal yang menarik sangat pun. Dapat tajuk pbl case kali ini dapat patient didiagnos Nephrotic Syndrome. Plus, aku ada timbunan nota lagi yang tak dibaca T-T Sebab aku sibuk dengan benda lain hehehehe

Minggu depan aku ada seminar. Dapat tajuk hemodialysis. So group aku akan bentangkan segalanya pasal hemodialysis. InsyaAllah I will make my part a good presentation and you guys akan ingat sampei mateyyy.


Okay sampai sini sahajaaa. Jumpe lagi~~!

Kub,
0733 - 12th March 2015

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)