[UPDATED]
Salam. Hye!!
Dah lama aku tak main review-review ni eheh.
Selalunye sekarang orang main-main review dekat instegwem jeaaa.
Aku tengok banyak betul orang review segala jenis pebenda pesyen.
Tak reti la aku nak share benda gitu ikikiki~
Tapi today lewat malam sejuk gini aku nak gak share pebenda yang aku baca siang tadi sampai terbalik-balik lah spec aku menatap nye. Siyessss
Asal Ko JA Over.
Haaaaa!
Dalam novel ni ada diselitkan 5 buah cerpen sekali gus! 5 in 1 terus. Best la novel ni beli satu dapat lima.
Genre bagi setiap cerpen ni pun berbeza-beza.
Ada yang pasal dongeng lah, pasal zaman klassik seluar kembang dululah. Shiokkk!
Aku kasi -----> 5 stars!
Korang beli la. Guna aa baucer buku. Best ;)
|
|
|
|
|
v
Sinopsis Aku Bercerita :)
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.
Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?
RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?
RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
Ehem ehem!
Lepas tue today aku baca Sunan Nanggrove Sang Kembara~
Wallahi best gilaaaaaaaaaaaaa ah tak reti nak explain cemana.
AKu kalau excited dah tak reti dah nak calm down.
Kalau korang jenis yang kaki thriller or kaki suspens or kaki investigator, memang patut ah korang beli.
100% recommended yeah.
|
|
|
|
|
v
Sinopsis Sunan :)
DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.
Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.
Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.
Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati.
Last but not least.
Hereeeeeee!!!!!!!!!!!!
Edition yang aku idam-idamkan!!!
6 siri edisi novel Laksamana Sunan.
Mohon sesiapa yang nak hadiahkan hadiah birthday untuk aku tu, haaa aku tak mintak lebih. satu tahun satu novel ni pun jadi laaaa
|
|
|
|
vaku taknak cari sinopsis dia. sengaja supaya aku tak terbaca. google tau!~ |
2 comments:
apa ni aja?
kau tak cerita pon buku ni pasal apa. -,-
sinopsis eh? aah lupe pulak! kejap nak update lagi ehehe
Post a Comment