The girl.

Showing posts with label sembreak2. Show all posts
Showing posts with label sembreak2. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Backpackers in Terengganu Part 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

25th-28th August 2014
Alhamdulillah perjumpaan agung kali pertama bagi backpackers #bpholicx is a success. Perjumpaan ini juga merupakan pertemuan semula aku dan sahabat karib aku setelah lima tahun berpisah. Faham tak perasaan cinta dan rindu itu bagaimana banyaknya sudah terkumpul? Rindu awaa 200 persen. 

Perjalanan bermula dari pihak Seremban iaitu Sara, Syafikah, Afiqah dan Afifah. Manakala aku pula bertolak dari Kelantan by myself. Setibanya mereka di Kuala Terengganu, aku pun bertemu diorang di Masjid Ladang. Time ni, kau boleh bayangkan aku terpana sangat dengan diorang. Windu angatangat an. Then, Kak Umi, Kak Farah & adik Kak Farah pun pick up kitorang, hantar ke homestay then pergi dinner. Malam tu tidur homestay nenek Kak Farah. Bilik tidur ada 3, lengkap dengan tv, toilet ada 4, dapur, washing machine, iron semua ada. Malam tu tidur bertemankan nyamuk. Thanks for the bite yeah




Then pagi keesokkannya selepas Subuh, dengan tak mandinya lagi terus tengok sunrise. Walaupun tidak kelihatan risenya dek kerana hujan malam tadi, namun kami tidak berputus asa dan bersedih. Apekehal backpackers semua kental, nangis atas perkara remeh temeh memang diharamkan. So kitorang pun bergambor habis-habisan theheheh.

Seawal 8:30 pagi, Kak Farah & Kak Umi pick kitorang then bawa pergi breakfast rumah Kak Umi. Sedap Alhamdulillah dapat makan nasi dagang Terengganu & roti canai paling sedap dalam hidup aku wallahi. Sampai sekarang aku terliur dan menyesal sebab makan separuh je hemmmmm.

Then kitorang gerak ke Pasar Payang, Turtle Alley & Chinatown. That was my third visit to Pasar Payang and my first time to Turtle Alley & Chinatown. Dengan backpackers, banyak perkara juga yang menjadi first time dalam hidup aku. Kau tahu aku terjumpa satu lorong yang susun bertingkek-tingkek kasut sport dekat dinding seperti gambar di bawah. Caption: Al-Ikhsan di dalam hutan. Gambar poyo kitorang memang banyak, tak larat nak upload semua. Kalau aku kaya nanti aku cuci semua untuk tatapan generasi akan datang :-) Then lepastu kitorang pun dah pancit sebab tawaf satu bangunan tu kan, kitorang pun heading to Pasar payang for a lunch.





Lepas lunch, Kakak sekalian bawa pula pergi Masjid Kristal untuk solat jamak. Alhamdulillah, my very first time datang sini. Cantik masjid ni. Selalu tengok dalam gambar je, tuptup aku pun berpeluang masuk dalam gambar. Kristalnya sebab kubah tu diperbuat dari kristal. Cantik. Next, kitorang ke Muzium Negeri Terengganu. Yuran masuk just rm5. Cantik, last time aku pergi Muzium pun aku tak ingat dah sebab dah lama sangat. Ni umur dah nak masuk 2 dekad baru berpeluang pergi tengok benda-benda bersejarah again. Lepastu hajatnya nak pergi Taman Tamadun Islam, tapi malangnya bagi hari Selasa, TTI ditutup. So, jangan pergi hari Selasa tau :-)

Next dah pukul 4:30 kitorang ke Pantai Ketapang pulak yang berada di belakang Airport Kuala Terengganu tu. Kitorang try I.C.T aka Ikan Ceklup Tepung dan ABC. Sepinggan sotong celup tepung just rm5. ABC tu pun sedap woi just costs rm2 ! Lepas minum petang kitorang pun pergi lepak-lepak Pantai Ketapang, ambik mood pantai dulu, bergambor, ambik angin. Seronok Alhamdulillah for this nikmat ya Rabb. Then pukul 6:30 kitorang balik ke KT semula, solat at rumah kak Umi then dinner pukul 9:15 kat restoran berdekatan. Time dinner tu, boleh pulak lah si Jae throwback semula cerita lama waktu Form 3 dulu. I cannot la. Dah bertahun aku tak ingat, then tetiba dia cerita. Memang satu kedai laa dengar kitorang gelak habis. Lawak gile babeng XD Okay itu lah malam terakhir kitorang kat KT. So, malam tu tidur kat homestay dengan nyamuk ganas setanding pengganas manusia. Memang ganas, liar tahap jadah haram.






Pagi keesokannya, kitorang bersiap dan bergambar kali terakhir di Pantai Batu Buruk. Gambar tersangat sweet sampai aku buat jadi desktop background. Walaupun sedih, namun dalam hati sangat tabah. Aku menjadi tabah seperti ini disebabkan pengaruh backpackers sekalian aa. Diorang semua stok-stok taiko dan saiko. Semua benda main redah, semua risiko dihadapi dengan cekal. Thanks sebab ingat aku always heheheheh aku pun memang ingat korang semua. Walaupun jarak antara kita ialah 500km lebih namun aku confident hati kita jaraknya tak sampai 1 inci sayang. 

Kakaa kakaa sekalian hantar kitorang ke Perhentian Bas Kuala Terengganu pukul 8 tepat. MashaAllah, nak dijadikan cerita lepas tanya member jae sorang ni, dia cakap bas ke Kuala Besut baru je gerak tadi. Memang sabar sangat kitorang tunggu selama 2 jam di perhentian bas tu. Makan, ambik gambar, bercerita dan berulang-ulang lah perbuatan tu. Aku sangat terharu atas layanan Kak Umi, Kak Farah & adik dia sebab sanggup tunggu dengan kitorang sekali selama 2 jam tu. Orang Terengganu punya layanan memang class habis, tiptop Wallahi. Sampai aku rasa sayang dah dekat Kakak 2 orang ni... Kalau aku jadi diorang, belum tentu aku nak layan budak-budak seperti aku jenjalan. Buang hingus je...


selamat tinggal kakaa . sayang kakaa sekalian :-*


That's all untuk cerita hari pertama dan kedua dan ketiga. InshaAllah next entry aku cerita pasal Part 2. Tunggu dengan sabar tau. Kalau nak explore gambar, cari hashtag #bpholicx di dalam Instagram dan do double tap. Ahahahahaha.


all pictures are credited to dslr Jae, iPad Pqank, iPhone & iPad Sara, 
camera Pah & my own camera.

Saturday, August 23, 2014

Holiday trip to Bangi - KL Aug 2014

20-23 Aug 2014,
Huhhh. Bapak lenguh aku sebaik saja aku bangun pagi 23hb semalam . Effect daripada jalan-jalan, main dan sebagainya . Ini kali pertama aku pergi travel jauh sorang sampai ke Bangi . Em takde lah sorang , sebenarnya berteman-teman . Susah nak cerita ringkas-ringkas , meh aku cerita penuh-penuh ye .

Aku bertolak dari Airport Kb to Airport Subang naik Malindo Air pada waktu 4:15 petang. Aku beli tiket promo so takdelah orang nak cakap aku kaya ke hape sebab tiket murah kan . Then kau ingat bapak aku kasi naik bas sorang2 ? No waaaay maaan . Kalau hati aku sado pun itu hanya kepura-puraan puihhh . Setibanya di Airport Subang dah pukul 5:30 sebab delay thingy, then my bro and his friends hantar sampai depan rumah my housemate, Atiqa. Rumah Tiqah ni senang je kalau nak kasi direction from Tol Bangi . Maka bermalam lah aku di rumah Tiqah .

Pagi esoknya naik Ktm bangi sampai Midvalley , kitorang pun meronda-ronda sambil berborak tentang masa hadapan dan belakang . & Kejadah ada banyak gila Korean restaurant tapi satu pun aku tak cuba... satu wishlist yang tak dapat diselesaikan tapi inshaAllah I will soon ! Lepas tu usha wayang movie terbaru , Lucy , sangat best . Sound gempak , ternganga mulut aku dari awal sampai hujung cerita . 

K lepastu lunch kat Sogo jumpa dengan Wida pulak . Then pergi Jalan Tar . Lenguh sangat kaki time ni sebab kaki aku kan special sikit panjangnya . Nak bersaing dengan kelajuan masing2 , memang parah aa .  Dont ask la when you'd already know :-p lepastu masuk Sogo balik nak Asar , then usha2 lagi . (aku ni memang nak kena cerita semua supaya senang bila aku baca balik) lepas Maghrib baru blah ke Ktm . Dan beberape adegan yang memalukan dalam hidupku pun berlaku hukhuk syukur aku selamat kahkah . Then malam tu lena gila tidur , tutup mata awal sangat dan tak sampai beberapa saat pun terus dibuai mimpi ~


waiting at the ktm. with Tiqah's matric's friends

under the moonlight and streets' beam beside the town's road

Scarlett Johansson is the best actress ever

Keesokkannya pula , kitorang ke Sunway Pyramid dihantar oleh cousin Tiqah , kak Ija sambil-sambil she drives to her workplace kan. Kebetulan harini hari berkabung satu Malaysia yang mana jenazah mangsa #MH17 dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan . Sayu hati , semua radio pasang lagu sedih. Gambar dalam facebook semua sayu. Aku paling salute wife co-pilot, nampak luar macam tabah namun dalam hati hanya Allah s.w.t yang tau. 

Okay continue. Sesampainya di situ , kitorang terus pergi book tiket wayang lagi . kali ni memang ada 2 je choice. Tengok Into The Storm je mampu that day pukul 2 petang . So kitorang pergi main ice skating dulu . Gilaa . Aku tak caye langsung yang aku boleh balance kan badan aku niha dengan kasut tu . Serious payah do. Tapi dengan baby steps and lots of practices , kitorang dah tak berpaut pada dinding tu pada round ke 2 . Tapi at the end aku still jatuh dan berpaut... Time ni macam dah lost hope and trust in myself wuwuu kan best ada orang tolong ajarkan heehew . Harga yuran plus glove rm27 . Better korang bawak glove and stokin sesiap dari rumah so boleh jimat duit . 



first timer. sumpah tak de bakat skating hahaha

new movie coming soon : bila aku selpie.

bukan cermin tandas tapi cermin cruise



Penat nak bercerita banyak . rasa macam aku menaip guna mulut pun ada , letih dengan mulut-mulut sekali . Akhir cerita aku pun bertolak pulang ke kampung halaman pada hari Sabtu petang . Sungguh , walaupun penat namun ianya worth it . Akhirnya aku berjaya menunaikan wishlist #housematetrip aku setelah sekian lama merancang . Sebab aku teringin sangat nak berjalan-jalan , dapat jugak akhirnya . Thanks to you guys yang menjalani saat-saat indah bersama-sama itew semua . Alhamdulillah nothing happens as long as you pray to Allah for your safety . Nantikan trip aku lepas ni pulak okay . Coming soon trip !! ;-)

Saturday, August 16, 2014

# Masa cuti semester 2 aku

Tempoh cuti bagi semester 2 kali ni sungguh lama. Dengan merangkumi tiga minggu berpuasa, maka faham-faham sajalah apa yang aku buat waktu cuti camni. Waktu puasa aku tak tengok kdrama, hanya layan movie je disebabkan nak menghormati waktu. Kesian nasib nota dalam software, berusik nya sekali dua sahaja :O Aku masih mencari waktu untuk menyelesaikan urusan, pada aku rumah merupakan tempat yang kejadah kau nak pegang nota. Tapi aku pasti diriku akan regret perbuatan sia-sia aku. Okay aku list padiaaa yang aku dah tengok. Aku ni memang takda kerja, seronok post entri hashtag movies hashtag drama ni sebab nanti boleh throwback again.



# 1 Need For Speed 
Cite ni sangat gempak.  Aku suka sesangat. Rate 5stars out of 5. Walaupun hero muka tembam sikit tapi dia mesti menang semua perlumbaan. Watak antagonist nye pulak handsome. Sound pun thorbaikkk. 




# 2 The Amazing Spiderman 2 
Seriously aku cakap ending dia kuang hajau. Dan aku rasa bakal ada yang ke-3, sebab ada lagi sisa orang jahat yang tak mampuih lagi. Plot cerita sangat menarik. Andrew Garfield pun memang cool. 




# 3 City Hunter
Kdrama ni waktu kat maidam awal sem 2 haritu aku dah tengok tapi berhenti sekerat jalan sebab aku bosan dengan jalan cerita dia, pasal politik. Aku berhenti sebab payah nak faham dan lagipun study aku pun entah ke mana hihi. Tapi kan, aku bagi lah 4.4 out of 5 stars sebab cerita ni macam hero hero stok boleh join The Marvel lah. Aku rasa pilihan menjadikan Oppa Lee MinHo sebagai watak hero sangat tepat sekali. Dah lah tinggi ohooiii. & aku suka tiap kali seseorang hero membelasah penjahat. Bagi aku hero yang tak handsome pun boleh jadi handsome, yang handsome pula boleh jadi bakal zauj. # eh. Plus aku kesian dengan kisah hidup Lee Young Soon ni, dari kecik sampai besar dibesarkan dalam keadaan hambar, revenge dan tegas. Banyak gila part suspense. Ending dia sedih. :'(




# 4 To The Beautiful You
Kau percaya tak file kdrama ni dah 2 tahun duduk dalam laptop sejak matrik member aku Minah kasi tapi aku tak tengok lansung. Orang cakap tak best sangat sebab tu lah aku tak tengok. Tapi sbb time cuti ni aku desperate sangat tak tahu na buat apa, aku pun layan. Walawey best gila. MinHo sumpah cute bila senyum nampak gigi baris atas. Aku takleh deal tapi repeat part tu berkali kali kali haaaaa. Yang kuang hajau nya heroin dia sebaya dengan aku, tinggi 170cm manakala MinHo lahir 1991 dengan tinggi 184, macam perli pun hado hmmm. Plus aku suka tiap kali Choi MinHo berlari ke melompat tinggi ke, memang berdebar dahsyattt.




# 5 Boys Over Flowers
Ada sesiapa nak angkat kaki keluar entri ni tak ? Takut terkejut sangat dengan aku nie , sebab sejujurnya aku tak pernah tengok cerita ni sejak 2009 sampai sekarang hahahaha. Minggu lepas macam entah apasal aku rasa nak tengok pun aku tak ingat. Maybe aku terasa nak tengok kan, so aku usha viki.com, so faham-faham lah kalau nak loading dia macam nohorom kena loading. Aku dah lah darah cepat tinggi kalau tengok cite kapir ni haihhh sebbaik sabar je. Bagi aku kan, kdrama ni mendapat tempat pertama dalam list kdrama yang aku dah tonton katekooo. Thorrbaik, aku nanges jutaan kali mencemarkan maruah menonton drama-2 korea ni. Seriously drama ni legend bakhang, shooting site, actions, places dan semua-2 dalam drama ni bagi aku gempak yahamattt. Bagi aku juga, watak Jun Pyo sangat rare. Loyalty dia tu boleh bawak simpan dalam frame kalau aku dapat, gantung kat dinding rumah dan rasa nak cium-cium frame tu. #wishlist2014 aku nak jumpa Oppa Lee Minho in person, just nak talking to him hahahhahaahah, siapakah nak ikut aku pergi Korea ? Btw, Kimbum pun comel yahamattt asyik tersenyum je hmmm nanges pun comel jugakkk.



Okaylah that's all je kot. Nanti ada masa aku kasi hapdet, tambah lagi list movies dramas aku tengok sebab aku cadang hujung Ogos ni nak tengok lagi walaupun nota ke laut hmmm confirm aku nyesal sesesal sesal nyeeeee. Mohon anyone cabut spec aku waktu aku tengok drama ke hape, paksa g baca buku.
bye dear readers, tq for reading <3

Friday, August 1, 2014

let them speak.........

























Literally explains my life now and what i'll be gonna do next week. 
Hope tak gebang dan tak cakap besar.
Cuti pun berbaki lagi sebulan seminggu. MashaAllah cepat nye masa berlalu!
Nota ringkas satu hape pun tak start lagi yaww. 
Hopefully 3 minggu cukup untuk buat nota for sem 2 punya inshaAllah...
Kena fokus lebih after this.
& also I would like to train myself on something hurm...
So If I am disappeared on your timeline ke, no worries 
coz I memang nak shut down dunia internet sebentar untuk membuat semua benda ni.

Dah sem 3, no more procrastination dear Hajar bae. 
Okay I still dunno what was that bae meant, (like I care, like I follow the trend lol)

Lastly to sum up all my 5 days of Raya, it was amazing enough. 
Alhamdulillah.

Bye readers xx 
#PrayForPalestine #SupportGaza


K,

Friday, July 11, 2014

#akupunnakreviewjugak #RAM

[UPDATED]

Salam. Hye!! 
Dah lama aku tak main review-review ni eheh. 
Selalunye sekarang orang main-main review dekat instegwem jeaaa. 
Aku tengok banyak betul orang review segala jenis pebenda pesyen.
Tak reti la aku nak share benda gitu ikikiki~

Tapi today lewat malam sejuk gini aku nak gak share pebenda yang aku baca siang tadi sampai terbalik-balik lah spec aku menatap nye. Siyessss
Asal Ko JA Over.

Haaaaa!
Dalam novel ni ada diselitkan 5 buah cerpen sekali gus! 5 in 1 terus. Best la novel ni beli satu dapat lima.
Genre bagi setiap cerpen ni pun berbeza-beza.
Ada yang pasal dongeng lah, pasal zaman klassik seluar kembang dululah. Shiokkk!
Aku kasi -----> 5 stars!

Korang beli la. Guna aa baucer buku. Best ;)

|
|
|
|
|
v




Sinopsis Aku Bercerita :)
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...




Ehem ehem!
Lepas tue today aku baca Sunan Nanggrove Sang Kembara~
Wallahi best gilaaaaaaaaaaaaa ah tak reti nak explain cemana.
AKu kalau excited dah tak reti dah nak calm down.
Kalau korang jenis yang kaki thriller or kaki suspens or kaki investigator, memang patut ah korang beli.
100% recommended yeah.

|
|
|
|
|
v




Sinopsis Sunan :)

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati.




Last but not least.
Hereeeeeee!!!!!!!!!!!!
Edition yang aku idam-idamkan!!!
6 siri edisi novel Laksamana Sunan.
Mohon sesiapa yang nak hadiahkan hadiah birthday untuk aku tu, haaa aku tak mintak lebih. satu tahun satu novel ni pun jadi laaaa

|
|
|
|
v


aku taknak cari sinopsis dia. sengaja supaya aku tak terbaca. google tau!~









Saturday, July 5, 2014

~~ Done Semester 2 ! ~ :-)

Assalamualaikum wbt ! J
Hahhhh. Dah lame tak type sini. Yela sibuk sesangat kan. Lepas balik rumah haritu, aku start study week dah. Esoknye pergi kursus kahwin selama 2 hari. Haaaa Kubi pergi kursus kahwin? Buat ape? Eh kemon laaa, memang aku pergi sesaje cuci mata tengok slide ke? Orang pergi menimba ilmu laa. Ehemmm~ Malam Sabtu pulak ada Dinner Medisza. Lepastu start lah study week aku yang singkat tu ;)

Kali ni module yang tough sajee. Central Nervous System, Endocrine & Metabolism dan Gastrointestinal Tract System. Yeaaa memang aku tak deny aku suke semuaaaanye each of them and every aspects of it, yeah aku suka. Tapi kekadang susah sangat pun aku terkial jugakkkk T—T Manusia mana tak pernah mengeluh wei.. Aku tiap kali start study mesti mengeluh L Hahahahahahaha. Bukan sebab tak suka apa, tapi aku memikirkan kelembaban aku nak faham. Faham tak?!

So aku nak ulas la sikit bagi setiap paper.                                          
Seq/Pbq: Susah laa. Aku tak berapa reti ngat jawab Pbq tuh.Problem based essay question…..quite high expectation on me haha
Ospe: Aku sukaaaa Ospe! Sebab dia pelik and ada various questions. Me ngantuk sangat that time and nasib baik tak rasa nak pee always sebab cannot go out langsung.
Mcq1/mcq2: Aku suka hat 2. Hat 1 aku banyak tak gheti tapi all of all Alhamdulillah tak jadi pape.

Day 1: aku tak laratttt. Bolario bear teman hehe
Time ni aku dah sempuuutz :( Nescafe sedap menemani hehhe



Ini aku rasa malam nak Mcq. Aku study yang remnant remnant je. Tak larat dah wei. Kau faham tak macam otak kau tiap hari kena blend?? Haaa like that


#Drinkporn #Sushiporn 

Last dating together with Kak Najlaa. our kakak usrah. Wallahi love you Kak. Akak comel, layannnn je kerenah kitorang hahahaha


Kanan: nota sem 1. Kiri: nota sem 2. Location: Dalam cupboard bawahhh sekali.


Lepas habis eos dapat lah result viva. Alhamdulillah aku tak kena. Mati-mati aku rasa aku tergolong wuuu sebab aku pun kantoi jawab Mcq hahahaha tak gheti aa jawab Mcq. I meant tak tahu nak tembak dengan betul guane kikikik. 


Besok malam nye keluar #iftar dengan Kak Najlaa for the last time. Kak Najlaa merupakan kakak usrah kitorang merangkap kakak tempat bercerita dan mengadu nasib selama hampir setahun.. Thanks akak. We're gonna miss you ;-) 


Aku ni balik lambat bersebab. Nak mengemas nota hajat nye. Bukan tak boleh kemas lepas Viva tapi masalahnye aku mengemas memang ya ampuuuun lambat kemain engko. Siput baby pun kalah. Ade lah aku kemas sikit-sikit kan so senang ah dah masuk 2nd year nanti tak yah sesusah terbongkok-bongkok cari semua. 


Haih macam tak caya pulak I'm gonna be a 2nd year student!! Macam tak caya nanti dapat junior cecomel hehehehehe!~
Wait. 
I have officially done my 1st year degree as a medical student!! Like whaaat!! Many things kot dah berpusing-pusing dalam palotak. Aku rasa setiap manusia mempunyai jumlah neuron yang lebih kurang cuma aku punya dia berfungsi pelik sikit that's why lah aku payah sikit nak paham sepanjang aku belajar ni~ Papepun I love to be me lah. 

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)