The girl.

Saturday, August 16, 2014

# Masa cuti semester 2 aku

Tempoh cuti bagi semester 2 kali ni sungguh lama. Dengan merangkumi tiga minggu berpuasa, maka faham-faham sajalah apa yang aku buat waktu cuti camni. Waktu puasa aku tak tengok kdrama, hanya layan movie je disebabkan nak menghormati waktu. Kesian nasib nota dalam software, berusik nya sekali dua sahaja :O Aku masih mencari waktu untuk menyelesaikan urusan, pada aku rumah merupakan tempat yang kejadah kau nak pegang nota. Tapi aku pasti diriku akan regret perbuatan sia-sia aku. Okay aku list padiaaa yang aku dah tengok. Aku ni memang takda kerja, seronok post entri hashtag movies hashtag drama ni sebab nanti boleh throwback again.



# 1 Need For Speed 
Cite ni sangat gempak.  Aku suka sesangat. Rate 5stars out of 5. Walaupun hero muka tembam sikit tapi dia mesti menang semua perlumbaan. Watak antagonist nye pulak handsome. Sound pun thorbaikkk. 




# 2 The Amazing Spiderman 2 
Seriously aku cakap ending dia kuang hajau. Dan aku rasa bakal ada yang ke-3, sebab ada lagi sisa orang jahat yang tak mampuih lagi. Plot cerita sangat menarik. Andrew Garfield pun memang cool. 




# 3 City Hunter
Kdrama ni waktu kat maidam awal sem 2 haritu aku dah tengok tapi berhenti sekerat jalan sebab aku bosan dengan jalan cerita dia, pasal politik. Aku berhenti sebab payah nak faham dan lagipun study aku pun entah ke mana hihi. Tapi kan, aku bagi lah 4.4 out of 5 stars sebab cerita ni macam hero hero stok boleh join The Marvel lah. Aku rasa pilihan menjadikan Oppa Lee MinHo sebagai watak hero sangat tepat sekali. Dah lah tinggi ohooiii. & aku suka tiap kali seseorang hero membelasah penjahat. Bagi aku hero yang tak handsome pun boleh jadi handsome, yang handsome pula boleh jadi bakal zauj. # eh. Plus aku kesian dengan kisah hidup Lee Young Soon ni, dari kecik sampai besar dibesarkan dalam keadaan hambar, revenge dan tegas. Banyak gila part suspense. Ending dia sedih. :'(




# 4 To The Beautiful You
Kau percaya tak file kdrama ni dah 2 tahun duduk dalam laptop sejak matrik member aku Minah kasi tapi aku tak tengok lansung. Orang cakap tak best sangat sebab tu lah aku tak tengok. Tapi sbb time cuti ni aku desperate sangat tak tahu na buat apa, aku pun layan. Walawey best gila. MinHo sumpah cute bila senyum nampak gigi baris atas. Aku takleh deal tapi repeat part tu berkali kali kali haaaaa. Yang kuang hajau nya heroin dia sebaya dengan aku, tinggi 170cm manakala MinHo lahir 1991 dengan tinggi 184, macam perli pun hado hmmm. Plus aku suka tiap kali Choi MinHo berlari ke melompat tinggi ke, memang berdebar dahsyattt.




# 5 Boys Over Flowers
Ada sesiapa nak angkat kaki keluar entri ni tak ? Takut terkejut sangat dengan aku nie , sebab sejujurnya aku tak pernah tengok cerita ni sejak 2009 sampai sekarang hahahaha. Minggu lepas macam entah apasal aku rasa nak tengok pun aku tak ingat. Maybe aku terasa nak tengok kan, so aku usha viki.com, so faham-faham lah kalau nak loading dia macam nohorom kena loading. Aku dah lah darah cepat tinggi kalau tengok cite kapir ni haihhh sebbaik sabar je. Bagi aku kan, kdrama ni mendapat tempat pertama dalam list kdrama yang aku dah tonton katekooo. Thorrbaik, aku nanges jutaan kali mencemarkan maruah menonton drama-2 korea ni. Seriously drama ni legend bakhang, shooting site, actions, places dan semua-2 dalam drama ni bagi aku gempak yahamattt. Bagi aku juga, watak Jun Pyo sangat rare. Loyalty dia tu boleh bawak simpan dalam frame kalau aku dapat, gantung kat dinding rumah dan rasa nak cium-cium frame tu. #wishlist2014 aku nak jumpa Oppa Lee Minho in person, just nak talking to him hahahhahaahah, siapakah nak ikut aku pergi Korea ? Btw, Kimbum pun comel yahamattt asyik tersenyum je hmmm nanges pun comel jugakkk.



Okaylah that's all je kot. Nanti ada masa aku kasi hapdet, tambah lagi list movies dramas aku tengok sebab aku cadang hujung Ogos ni nak tengok lagi walaupun nota ke laut hmmm confirm aku nyesal sesesal sesal nyeeeee. Mohon anyone cabut spec aku waktu aku tengok drama ke hape, paksa g baca buku.
bye dear readers, tq for reading <3

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)