The girl.

Showing posts with label first year. Show all posts
Showing posts with label first year. Show all posts

Friday, August 15, 2014

Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) in UniSZA sesi 14/15

Assalamualaikum



Entry kali ni aku bawakan khas buat adik-adik junior sesi 14/15 yang akan masuk mendaftar bulan September ni. Sengaja aku spend sikit masa sikit sebab nak bagi junior kenal-kenal sikit bakal U and Medical Life diorang macam mana. Acah-acah surprise katakan. Buat pengetahuan korang juniors batch 1995, korang merupakan 6th batch yang bakal mendaftar sebagai Medical course student sesi kali ni. 1st batch bakal menjalani Professional Exam 2 next week dan finally graduated as Medisza first product :-)

Seperti yang dah dijanjikan, aku tunjuk aa sikit gambar-gambar life time semester 1 dulu sebab korang kena adapt dulu apa-apa yang patut kan. Fyi, aku merupakan pelajar panggilan kedua atas rayuan so aku takde gambar-gambar waktu orientasi. Orientasi aku 2 hari je hehe itu yang untung. Takyah sesusah kena ragging ke surprise ke memarah ke. Aku masuk time tu pun diorang dah 2 minggu belajar. Plus, korang tahu tak nanti lepas sebulan lebih korang akan dipindahkan ke kolej kediaman maidam? Haaaa jangan risau. Life dekat GB sekejap je, walaupun aku tiap-tiap hari menjerit dalam hati nak pindah sebab banyak makan masa aku ngee. Oklah banyak cakap pulak, tak best heeee. Korang tatap lah yea gambar early life di kampus GB.



meja study selama sebulan di kampus Gong Badak.

time kat GB, masa kau sungguh banyak. aku time ni duk berangan je
hehe.

hujung tu dapur mini, yang grill tu ada ampaian luar, dua kanan tu
bilik. 2 kiri tu bilik dan toilet. 

tiap pagi kau akan tunggu bas camni seawal 6:55 am.

kuewtiaw tomyam yang seksi. sedap T-T


bila dah malam, penat balik dari kampus KT, aku just
nak makan ni je.


every day was like this.


Okay itu gambar selama sebulan lebih dok Kampus Gong badak. Bapak penat ulang-alik dari kampus ke fakulti Medic  & Health, dengan peluhnya menunggu bas datang. Haha tapi aku enjoy, as long as kita faham erti susah sebentar, benda menunggu ni memang normal kalau melibatkan ramai pihak kan? Adik-adik jangan tak respect pulak dengan sesiapa, jaga adab sopan santun kita okay? Haa next kat Kolej Kediaman Maidam, KT, yang merupakan milik UniSZA. Antara penghuninya ialah pelajar Medic, Dietetics, Diploma MIT, dll.

okay kejadah penuh lemari buku.

fine mula-mula masuk memang tak sepah langsung meja.


kalau mak mentua tengok ni mesti kata aku pandai
kemas barang, padahal....

tadaaaaa! okay dah jadi medicstudent, so diorang ni ah pakwe makwe bae kau.
cium puas-puas buku ni, inshaAllah lulus pekse.

ini kalau dah tahap susun nota bertingkek-tingkekm
maknanya nak eom lah tu. 

So aku rasa keperluan korang nak masuk UniSZA and especially as a Medical student, korang kena bawa sekali:

  • minuman paket seperti coffee untuk meningkatkan kesedaran sebab nanti korang mesti nak stay up punya. takde hari yang kau tak stay up time nak dekat-dekat exam. weekdays pun kena revise balik apa yang dah korang belajar that day. coffee akan jadi best friend kau ah senang cite.

  • next duit syiling. dekat kolej kampus gong badak perlukan duit syiling 20sen, 50sen blahblah. setiap blok ada 2 mesin basuh. ampaian dalam rumah, fakta paling best heee. aku ni pulak tak gemar basuh tangan kalau baju aku menimbun. kalau dekat kolej maidam pun sekarang dah ada 2 mesin basuh tiap aras, agak mewah hehe. tapi satu je, ampaian kat luar, agak malas nak keluar untuk ampai heee.
  • segala fail sijil surat beranak IC mak ayah kau sila photostat awal-awal. nanti senang na urus pasal jpa. haaaa pasal scholarship, jangan risau coz inshaAllah JPA SEMUA pelajar MEDIC DAPAT. dan cukup nak tampung kau bayar yuran, makan, buku, saving dan shopping. kalau nak simpan sikit tiap minggu untuk beli keta pun okay heee.
  • haaaa, bagi yang nak bawak kenderaan sendiri tu, aku cadangkan bila kau dah dapat pindah ke kolej kediaman Maidam after sebulan lebih nanti baru kau bawak Ganu. Sebab dekat kampus GB kau takleh guna pun. Strict sikit. Kau endure lah sebulan pastu baru bawak yea. Year 1 takk boleh sebenarnya tapi parking kat luar je kalau taknak kena saman ;-) 
  • Notes matrik/asasi kalau nak bawak, boleh. Tapi setakat aku bawak selama ni, aku tak pernah guna pun sebab tak de kaitan sangat. tapi nanti kau belajar Modul 1, ada sikit yang masuk. Haaaa, plus kalau korang bercadang nak study awal kan, korang datang mintak kat kitorang senior Year 2 (rasa cam dah tua padahal tak 20 lagi) nota dari Sem 1 sampai lah Sem 2. yelaaa, kita ni kalau nak memory tu melekat lama sikit dalam palotak kena lah study awal.


Haaa, sorry lah aku guna bahasa aku-korang kat sini. Aku tak biasa berceloteh dalam blog guna saya-korang/akak-korang. tapi nanti kalau aku borak dengan korang aku guna akak-korang lah. awkward sangat pakai aku-kau hehe.

Konklusinya, korang bawak la apa yang korang perlu untuk survive hidup kat tempat baru ni. Selesakan diri, adapt. Kalau ada pape doubts, comment kat bawah ni ye. Aku sedia menjawab ;-) 

Saturday, July 5, 2014

~~ Done Semester 2 ! ~ :-)

Assalamualaikum wbt ! J
Hahhhh. Dah lame tak type sini. Yela sibuk sesangat kan. Lepas balik rumah haritu, aku start study week dah. Esoknye pergi kursus kahwin selama 2 hari. Haaaa Kubi pergi kursus kahwin? Buat ape? Eh kemon laaa, memang aku pergi sesaje cuci mata tengok slide ke? Orang pergi menimba ilmu laa. Ehemmm~ Malam Sabtu pulak ada Dinner Medisza. Lepastu start lah study week aku yang singkat tu ;)

Kali ni module yang tough sajee. Central Nervous System, Endocrine & Metabolism dan Gastrointestinal Tract System. Yeaaa memang aku tak deny aku suke semuaaaanye each of them and every aspects of it, yeah aku suka. Tapi kekadang susah sangat pun aku terkial jugakkkk T—T Manusia mana tak pernah mengeluh wei.. Aku tiap kali start study mesti mengeluh L Hahahahahahaha. Bukan sebab tak suka apa, tapi aku memikirkan kelembaban aku nak faham. Faham tak?!

So aku nak ulas la sikit bagi setiap paper.                                          
Seq/Pbq: Susah laa. Aku tak berapa reti ngat jawab Pbq tuh.Problem based essay question…..quite high expectation on me haha
Ospe: Aku sukaaaa Ospe! Sebab dia pelik and ada various questions. Me ngantuk sangat that time and nasib baik tak rasa nak pee always sebab cannot go out langsung.
Mcq1/mcq2: Aku suka hat 2. Hat 1 aku banyak tak gheti tapi all of all Alhamdulillah tak jadi pape.

Day 1: aku tak laratttt. Bolario bear teman hehe
Time ni aku dah sempuuutz :( Nescafe sedap menemani hehhe



Ini aku rasa malam nak Mcq. Aku study yang remnant remnant je. Tak larat dah wei. Kau faham tak macam otak kau tiap hari kena blend?? Haaa like that


#Drinkporn #Sushiporn 

Last dating together with Kak Najlaa. our kakak usrah. Wallahi love you Kak. Akak comel, layannnn je kerenah kitorang hahahaha


Kanan: nota sem 1. Kiri: nota sem 2. Location: Dalam cupboard bawahhh sekali.


Lepas habis eos dapat lah result viva. Alhamdulillah aku tak kena. Mati-mati aku rasa aku tergolong wuuu sebab aku pun kantoi jawab Mcq hahahaha tak gheti aa jawab Mcq. I meant tak tahu nak tembak dengan betul guane kikikik. 


Besok malam nye keluar #iftar dengan Kak Najlaa for the last time. Kak Najlaa merupakan kakak usrah kitorang merangkap kakak tempat bercerita dan mengadu nasib selama hampir setahun.. Thanks akak. We're gonna miss you ;-) 


Aku ni balik lambat bersebab. Nak mengemas nota hajat nye. Bukan tak boleh kemas lepas Viva tapi masalahnye aku mengemas memang ya ampuuuun lambat kemain engko. Siput baby pun kalah. Ade lah aku kemas sikit-sikit kan so senang ah dah masuk 2nd year nanti tak yah sesusah terbongkok-bongkok cari semua. 


Haih macam tak caya pulak I'm gonna be a 2nd year student!! Macam tak caya nanti dapat junior cecomel hehehehehe!~
Wait. 
I have officially done my 1st year degree as a medical student!! Like whaaat!! Many things kot dah berpusing-pusing dalam palotak. Aku rasa setiap manusia mempunyai jumlah neuron yang lebih kurang cuma aku punya dia berfungsi pelik sikit that's why lah aku payah sikit nak paham sepanjang aku belajar ni~ Papepun I love to be me lah. 

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)