The girl.

Saturday, November 17, 2012

Previewing Hobby in Standard 6

Assalamualaikum

Baru tadi sahaja aku menyelongkar semula rak almari koleksi buku, novel, ensiklopedia, majalah dan buku-buku agama yang berada di ruang lepak. Pencarian aku yang disertai dengan harapan menggunung akhirnya merungkai persoalan di benak hatiku.

Koleksi novel remaja Pts. Remaja not dewasa. hehe

Semua koleksi novel itu aku kumpul dalam masa setahun iaitu time 2006. Merujuk tarikh pembelian yang tertera di hadapan muka surat pertama, ya. Aku mengimbau kembali minat kegilaan aku terhadap novel Pts, sungguh gembira apabila momma membawa pulang lambakan novel selepas pulang dari Bengkel Novel Remaja sewaktu aku standard 6. Yes. Aku suka membaca, lagi-lagi Pts made.

List novel yang berbaki :-

  • Yong Tau Fu
  • Ros Oktober
  • Nohan
  • Irfan
  • Aku Mahu Popular
  • 5 Penyiasat Muda
  • Sentuhan Muttaqeen
  • Bermula Dengan Alif
  • Tekad Khalili
  • Impian Harlina
  • Askar Berjalan Kaki
  • Sesat di Bukit Fraser
  • Sahabat Kole Kacang
  • Belajar Teknik Belajar
  • Ketua Bilik LA 101

Tu tak termasuk yang dipinjam tak pulang-pulang, yang hilang. Aku rasa ada 3 yang dah hilang :-

  • Kembar Terpilih 1
  • Azam Nora
  •  (tak ingat tajuk ingat color yellow je cover)
Novel aku semua 80% bertemakan semangat hidup yang tinggi. hehe semangat aku time tu macam nak belajar kat U pula. Kebanyakan aku beli kat Pwtc, Popular Terminal 1 Seremban, Popular Giant Senawang, MPH Jusco Seremban 2 dan momma beli dari Bengkel Novel Remaja. Dulu aku suka membaca, mebeli dan semua ni berkongsi dengan adik perempuan aku. Tapi most of them aku tulis nama aku hehe jahat. Oh ya. Ada 3 novel kat atas yang aku dapat hadiah sempena pertandingan melukis & mewarna time form 1 hehe.

Nak diikutkan darjah 6 aku ni Tokoh Nilam Darjah 6 dan Tokoh Nilam Peringkat Sekolah 2006 Skur. hehe kemain aku mana entah aku campak sijil aku. Tempat lepak aku time rehat setiap hari kat library since Year 1 tak silap? Kegilaan yang sangat ketara. Aim aku ialah nak perhabiskan semua siri penyiasatan Siri Salma tak silap. Ohmak seriously aku gila Siri Salma tu hehe

Sekarang nak beli novel pun aku terkial-kial, tak reti pilih mana satu best. Aku suka apa yang kengkawan aku beli je. hehe diorang terror bab-bab memilih synopsis terbaik. Aku tiada feelings hoho.

Ok tu je. Just missing those memories sooooo much. I hope that you guys always love to read. Reading is an affection and passion. Till the next post~tata!

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)