The girl.

Monday, July 20, 2015

5th Syawal ~_^

(harap maaf, saya malas nak upload gambar raya) hehe ^o^

So tajuk alternatif ialah ---> Alhamdulillah saya PASSED PROFESSIONAL EXAM 1 ! :-)

Setelah bertungkus lumus selama 2 minggu lebih sewaktu study weeks (dan selama the whole 2 years), akhirnya saya dan rakan-rakan melalui peperiksaan pro 1 dengan jayanya. Alhamdulillah dengan berkat doa anda sekalian, pertolongan Allah swt dan usaha saya sendiri. *take a deep breathe*

Tahukah anda?
Dengan berakhirnya pro 1 tersebut, maka bererti saya akan masuk ke clinical year & tamatlah zaman bujang preclinical saya. Makanya pada semester 5 di awal September nanti, saya akan mula memasuki ke alam 'stethoscope di leher' . Ya Rabb nervous nya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya amat merisaukan tentang ilmu-ilmu saya yang masih cetek lagi. Pada waktu itu, kami akan mula buat ward round, mula ke hulu ke hilir dari hospital-kampus-hospital, mula sibuk dengan loads of presentations (seminar), exams, bed side teaching and so on. 

Persoalannya, sudah bersediakah saya?
Jika ditanya sedalam-dalamnya ke dalam lubuk hati saya, sudah pasti saya akan menjawab belum bersedia. Saya masih mempunyai kurang pengalaman untuk menjadi doktor yang berguna, baik dan selamat. Saya harap ramai yang akan membantu saya pada masa akan datang. InshaAllah.


Sejurus selepas habis last lecture

Study weeks at home


The countdown

Kuih raya

Nota cardiac cycle <3

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin dan hashtag KosongKosong !

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)