The girl.

Monday, October 20, 2014

Still far apart to go.

Assalamualaykum wbt & holla everyone!
Bismillahirrahmanirrahim


Perasaan ingin menaip dan mengarang dengan penulisan ala-ala budak U aku membuak-membuak semenjak menjadi pelajar U tahun lalu. Setakat ni, tidak pernah lagi aku coretkan tinta-tinta pengalaman dan pendapat aku sebagai pelajar yang mendiami jurusan ini. Aku teringin sekali berkongsi pengalaman study yang aku kira baru dikatakan dalam lingkungan umur setahun jagung. Tidak mengapa, mungkin aku boleh jadikan sebagai bahan bacaan pada tahun-tahun akan datang.






Beberapa hari yang lepas iaitu pada Khamis yang lalu, aku baru saja menduduki peperiksaan 'End of Module' for Cardiovascular Module selepas 6 minggu bergelumang dalam modul berperihalkan jantung dan saluran darah ini. Ternyata, CVS modul memerlukan masa yang cukup lama bagi memahami setiap inci struktur jantung termasuk saluran darah, bahagian dalam dan sebagainya.

Bagi aku, seperti modul-modul yang lepas kecuali yang awal-awal, aku tidaklah belajar secara advance ataupun rajin menelaah setiap hari. Aku hanyalah seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja. Setiap hari selepas kelas, pertama sekali aku akan pastikan bahawa aku mempunyai nota pada hari itu yang telah dicetak dari mesin photostat peribadi aku. Kemudian barulah aku akan memutuskan subjek mana yang akan ditelaah dulu.

Bagi aku, medical student haruslah rajin mentelaah dan sentiasa bertanya pada lecturer sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Jikalau perasaan tertanya-tanya disimpan hanya di dalam qalbu, sudah pasti engkorang tidak akan memahami subjek tersebut selamanya. Dan sekiranya kita telah memahami tajuk tersebut, cubalah terangkan kepada rakan semula apa yang anda baca. Dengan cara ini, ia akan membantu meningkatkan memori terhadap bacaan itu. Cara ini memang berkesan.

Aku masih ragu-ragu ingin meneruskan pelajaran dalam bidang mana nanti. Selepas belajar beberapa modul sistem, ternyata aku masih belum menemui bidang yang menarik minatku. Mungkin selepas berpraktikal selama 3 tahun pada tahun depan onwards, akan diketahui jawapannya?

Melihatkan para senior aku, yang telah bergraduate, sedang final year, sedang fourth year dan baru sahaja memasuki alam praktikal, sesungguhnya perasaan gentar untuk menghadapi liku-liku yang sama bagi diorang merupakan cabaran yang amat besar seumur hidup aku. Apa yang aku risaukan sekarang ialah peperiksaan menjelang akhir tahun dua nanti, yang bakal menentukan sama ada aku layak untuk memasuki alam praktikal mahupun tidak. Persediaan yang dilakukan hanyalah seminimum 10%, yang cukup membuatkan aku hypertension memikirkannya. Huhuhu

Pada aku, kehidupan semasa di Tahun 1 ialah untuk bersuka ria, namun realitinya pada Tahun 2 aku perlulah berazam untuk belajar betul-betul dan menjadi bakal doktor yang disukai ramai. That's my aim after all I have been studying for in this field. Please pray for my goodness. Aku nak menjadi doktor yang mengingatkan pesakit tentang Tuhan dan mengubati mereka dengan kudrat ilmu yang Allah kurniakan kepadaku. Insha-Allah.

Lots of love xx
Midsemester break of Second Year.

P/s: Why got university subject ass-ignments? Everything is ruineddd

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)