The girl.

Thursday, October 30, 2014

Healthy lifestyle

Assalamualaikum


gambar sumber diri ini


Harini aku terpanggil nak cerita pasal lifestyle semua orang yang bernama manusia. Sengaja nak menaip harini, aku kan memang suka menaip blog, tapi kalau kena buat assignment, sumpah aku rasa kena paksa...


Itu hari kan aku baru lepas belajar pasal Cardiovascular System. Before that pun aku belajar pasal Gastrointestinal System yang mana semua cerita pasal bahagian dalam abdomen kita iaitu perut dan usus, mostly. Sekarang pulak aku tengah belajar pasal Respiratory System. Cerita dia kat sini, tiga system ni banyak kali menegur aku pasal pengambilan makanan yang sihat mampu mengubah gaya hidup sihat kita.


Waktu belajar Cardiovascular/CVS, aku terasa macam 'better aku bertindak sekarang, jangan consume makanan berkolesterol, nanti tak pasal sakit bila dah besar, nyusahkan orang'. Sampai macam tu sekali aku fikir. Yelah, kau tau tak kalau waktu muda kita asyik makan benda berkolesterol tinggi, nanti dia akan affect saluran darah kita, then tersumbat lepastu darah tak mengalir, pastu darah tak sampai ke otak dan akan menyebabkan brain kita mati dalam masa 5-6 minit jikalau tidak dirawat jantung? Haaaaa. Baik kau beristighfar kalau nak makan banyakkk sangat. Aku ni lah. Kalau asyik nak menasihatkan orang but then aku sendiri yang tak makan nasihat, memang wajar lalukan penampo kat muke ni.


Lagi satu kan, aku ni jenis yang tak gemar gula sangat. So apa-apa yang berkaitan ngan gula pasti aku minta reducekan kuantiti gula. Kau tak rasa nyawa kau terancam ke bila minum air manis? Tetiba. Plus, kau tak rasa hina ke bila makan tomyam yang rasa MANIS? Sebagai kaki tomyam tegar, aku tersangatlah pantang wahai umat sekalian...


Lepastu, aku hairan lah dengan manusia yang gemar sangat merokok. Kot ye pun kau stress dengan awek, takyah aa merokokkk, pandaaaaaai. Aku tengok keburukan merokok lebih BANYAK daripada kebaikannya. Yang pertama duit kau AKAN habis, lepastu kau merosakkan paru-paru kau. Tak kesian dengan paru-paru? Kenapa nak rosakkan diorang? Kesian kat paru-paru kitewww wuwuw awak semua yang merokok jahattt. Dan berbanding orang yang menghisap rokok, orang di sekeliling perokok yang akan terkena kesan yang lebih bahaya. Kadang-kadang kitorang pun boleh menghidap penyakit yang kau hidap tu tau?


Geram la dengan smoker ni sampai aku mesti buat isyarat sakit hidung kalau lalu sebelah diorang. Grr


Tapi cakap orang pun, aku pun kena seiring dengan percakapan aku. Kalau aku pun dua kali lima memang sumorang pakat pulau aku tak mbohhh la. Aku pun kena dan sedang dan pernah mengamalkan perkara-perkara berikut hehe :

  • Sekarang ni aku cuba minum air botol mineral sebanyak 1200mL sehari. Kalau duit habis takpe, janji kuantiti air dalam badan haruslah banyak maka aku akan jadi cergas. Even kalau minum air banyak pasti aku jadi rasa nak buang air tapi itu normal.
  • Consume nasi sehari je pastu pepandai aa survive guna roti ke maggie ke emmmm maggie boikot dah hehe
  • Kat rumah kitorang ada weighing scale. So normal la tetiap hari diri atas tu supaya nak mengelakkan jarum hitam tu serong ke kanan kan. Kiranya jadikan penimbang sebagai sukatan kau barulah kau riang hehe
  • Selalu lah ingat semua benda-benda yang dah belajar. Kesan pengambilan makanan secara banyak haruslah ingat dalam palotak. Always motivated la in short ;)
  • Takleh berhenti tengah jalan la usaha kau. haruslah keep going on sampai kau rasa badan kau sihat betul-betul dengan diet seimbang yeahhh

Cerita dia, aku memang nak avoid lah segala jenis penyakit, kanser mahupun tumour whatsoever obesity supaya aku sihat kekal hingga ke tua. Senang tak payah minta orang jagakan aku. Lagi-lagi aku tak suka mintak tolong orang emmm nak independent basuh berak sendiri walau dah tua kikikiki then senang nak beribadat kan paling penting inshaAllah. 


Dah panjang berjela aku cerita. Lepas gian nak publish entry ni. Memang terfikir sejak sem lepas lagi tapi tak terpanggil pulak kan nak create one. So this is it! Enjoy your reading! ;) Glad to express my feelings here with you guys my silent readers thehehehehe papai xoxoxox

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)