The girl.

Monday, January 19, 2015

Study week of 3rd semester

Assalamualaikum!


Wehoo~
Memandangkan baru tadi je aku dah selesai paper Eom exam for Musculoskeletal (sobs T-T takmo pikiaq dah) , maka dengan rasminya esok aku akan memulakan minggu study bagi peperiksaan final end of semester 3 tuuu. Yaaaaay cepatnya masa berlaluuuu T-T

Aku rasa kan, waktu tu berputar dengan pantas. Mana tak nya, aku dah melalui 3 semester daripada 10 semuanya. Dulu rasa macam takkan sampai ke tahap ni dengan sihat (hahaha) tapi Alhamdulillah tak stressful sangat. Aku harap rasa cinta terhadap medic life ni subur kekal hingga aku masuk liang lahad la ye dak hihi

Mengupas tentang paper MSK tadi. Wowww. Unexpected questions came out. I have read it but, yeah you know aku hafal tu sambil tengok drama malam tadi hahahahah due to hyperchronic-boring-symptom. Then cita dia pagi tadi sambil kesat ayaq mata sambil jawab soalan la aku kat situ. Aku seorang yang tidak mahu menghafal dalam keadaan bosan. Haah.

Then lepas habis exam tu, kitorang terus gerak ke Mydin Mall G. Badak. (nak cerita jugakkk)
Mydin ni baru je bukak sebulan lebih. Cantik dan besar, seronok jalan ngan family. Dua kali pandang interior design Mydin ni tak ubah macam Tesco Kota Bharu. Hmmmm clone adakah?

Ada pula halnya kitorang gi lunch di TCRS a.k.a The Chicken Rice Shop.
Saja nak makan sini sebab kedai lain macam tak menarik perhatian gegurls. Punya la kitorang tatap menu tu sampai tembus, barulah dapat order - family package - Nak dijadikan cerita, lepas dapat bil ja terus mata-mata ni terjojol. HOI MAHAL GILAAA! Ingatkan ambil family package dapatlah jimat singgit dua tapi berangan sangat. Yang mengecewakan aku ialah TAX! More than RM7! Haaaaaaaaaaa.



teka berape ringgit?? :P



Lepas ni siapa simpan hajat nak makan TCRS, tak payahlah eh. For students je la only. Bagi aku, harga tu tak berbaloi sangat. Baik aku makan Nasi Ayam Pok Din kat sebelah bus stop on the way nak gi kampus aku tu. 10 kali lebih murah hoi.

:p

Sekarang meh aku tunjukkan pulak senarai nota yang mahu dibaca sepanjang minggu study week ni. Tak banyak pun, sikit je..


3 module. perghhhh sedaaaaap !! :D


the waiting list. haiyakkk!! 


K.
15.1.2015

No comments:

Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)