The girl.

Thursday, January 29, 2015

Since..

Since that one kind of dream,
...That leads to way too much of it, dear self. Please, get up!

& that happens on my very last day of final semester exam day. Bogoshippo it.


K.
30/1/2015

Semester 3 , checked .

Alhamdulillah Alhamdulillah

Dear readers,
I passed my 3rd semester final exam, which is like "omoo hajar struggle gila nak mati kot"


--
At first, I couldn't believe it because my performance during MCQ2 paper was down a bit.
No la, actually aku masih tak jumpa lagi cara nak jawab paper Omr dengan betul. Kau tau, kitorang ada 2 paper Omr. 1 paper ada 60 soalan. Setiap soalan ada 5 answer true or false which means, 1 soalan tu ada 5 markah. Kalau kau salah jawab, tolak 0.5 markah. Kalau tak jawab tak dapat pape. Kalau betul dapat 1 markah.

Nampak tak aku lemah kat situ?
Kalau aku taktau, ada yang aku biarkan. Kalau aku sayang nak biarkan, aku jawab berani mati. Haaaaa, kat sini la kau nak guna instinct kau, test power sikit hahahaha
Jangan salahkan aku kalau cara aku tak betul eheh


--
Btw, recalling my week during End of Module for Msk - it was just only one tough beginning actually before the next step begins. But believe me, I still find myself 1-3 hours in between to watch some dramas, coz you know I can't force my brain to work so hard. It needs rest and energy haha there goes my study style~

Then, on the Eom day, it went smoothly la although Anatomy question is so suck >.<
Aku tak boleh jawab langsung kot. Sebab, emmmm menyesal pun ada sebab taknak faham. Okay aku rasa aku dah jelaskan kot cerita dia dekat previous post. So then, yeah there goes my Eom Msk diary~ Result for Msk jugak dah dapat Alhamdulillah I passed cukup-cukup makan~

On last one whole study week, aku berulang study ke library kampus dengan kawan. Bagi aku bagus sangat sebab kalau di library maknanya aku akan bangun awal pagi dan tidak tidur sampai matahari mencecah kepala. Lagi satu, environment bilik aku sangatlah tidak selesa untuk study. Aku perlukan bilik yang mempunyai ruang udara yang cukup luas supaya cahaya matahari masuk. Then, aku juga perlukan meja study yang besar untuk menampung segala notes. Kau tahu, meja study aku kat bilik Maidam tu, kaki dia dah goyang :-( Nak report kat pejabat asrama pun aku segan tahu sebab nanti kalau dia kata takde meja yang sama untuk diganti camne? Aku taknak dengar jawapan tidak. Ottoke?

Study tengok drama study tengok drama.
Sambil makan tengok Pinocchio. Seronok drama tu. Mula-mula aku ingatkan kalau dia menipu nanti hidung jadi panjang, rupanya tidak. Eheh

Overall, study week aku hanyalah bosan kerana sama je hari-hari. Cuma otak jadi sangat sakit pada certain days kerana terlalu banyak berfikir, argue about one topic and what else.

Maka pada hari pertama Eos 3, kitorang jawab paper Seq Pbq dulu.
Seq tu means Short essay question. Ada 10 soalan. 1 soalan 10 markah. Aku kantoi kat soalan Pharmacology, Biochemistry and else. Pbq tu pulak means Problem-based question. Ada 2 soalan, 1 soalan 30 markah. Dia bagi 2 case, 1 case pasal Heart, satu lagi pasal Bone Fracture. hentam keromo aku kat situ sebab haraaaaaam tak pernah bace hahahaha

Hari kedua, sesi Ospe. HAHA. Teringat lah aku kantoi banyak dekat 4-5 stations. Okay ni sebagai pengajaran untuk kau lah Ja kay. Majority nya aku kantoi kat Physiology. Ni sebab aku tak pay attention to graphs, okay I admit it. =,=

Hari Mcq1 dan Mcq2, malam Mcq1 memang aku tak praktis jawab. Maka aku jawab apa yang aku tahu je. Yang aku tak tahu aku biarkan saje. Malam Mcq2 pulak aku dah insaf, jawablah semua soalan2. Siap tak tinggal langsung ruang jawapan, takut rugi kata aku :|

So far, that's a random story about my life. I'm afraid I cannot tell more sebab panjang sangat cerita. if curious, then just ask me straight away.


celebrate birthday Atiqah 2 hari sebelum Eos :)


Study week hehe

Till then, 
Aku cuti semester now for 3 weeks. 

K.
30/1/2015

Monday, January 19, 2015

Study week of 3rd semester

Assalamualaikum!


Wehoo~
Memandangkan baru tadi je aku dah selesai paper Eom exam for Musculoskeletal (sobs T-T takmo pikiaq dah) , maka dengan rasminya esok aku akan memulakan minggu study bagi peperiksaan final end of semester 3 tuuu. Yaaaaay cepatnya masa berlaluuuu T-T

Aku rasa kan, waktu tu berputar dengan pantas. Mana tak nya, aku dah melalui 3 semester daripada 10 semuanya. Dulu rasa macam takkan sampai ke tahap ni dengan sihat (hahaha) tapi Alhamdulillah tak stressful sangat. Aku harap rasa cinta terhadap medic life ni subur kekal hingga aku masuk liang lahad la ye dak hihi

Mengupas tentang paper MSK tadi. Wowww. Unexpected questions came out. I have read it but, yeah you know aku hafal tu sambil tengok drama malam tadi hahahahah due to hyperchronic-boring-symptom. Then cita dia pagi tadi sambil kesat ayaq mata sambil jawab soalan la aku kat situ. Aku seorang yang tidak mahu menghafal dalam keadaan bosan. Haah.

Then lepas habis exam tu, kitorang terus gerak ke Mydin Mall G. Badak. (nak cerita jugakkk)
Mydin ni baru je bukak sebulan lebih. Cantik dan besar, seronok jalan ngan family. Dua kali pandang interior design Mydin ni tak ubah macam Tesco Kota Bharu. Hmmmm clone adakah?

Ada pula halnya kitorang gi lunch di TCRS a.k.a The Chicken Rice Shop.
Saja nak makan sini sebab kedai lain macam tak menarik perhatian gegurls. Punya la kitorang tatap menu tu sampai tembus, barulah dapat order - family package - Nak dijadikan cerita, lepas dapat bil ja terus mata-mata ni terjojol. HOI MAHAL GILAAA! Ingatkan ambil family package dapatlah jimat singgit dua tapi berangan sangat. Yang mengecewakan aku ialah TAX! More than RM7! Haaaaaaaaaaa.



teka berape ringgit?? :P



Lepas ni siapa simpan hajat nak makan TCRS, tak payahlah eh. For students je la only. Bagi aku, harga tu tak berbaloi sangat. Baik aku makan Nasi Ayam Pok Din kat sebelah bus stop on the way nak gi kampus aku tu. 10 kali lebih murah hoi.

:p

Sekarang meh aku tunjukkan pulak senarai nota yang mahu dibaca sepanjang minggu study week ni. Tak banyak pun, sikit je..


3 module. perghhhh sedaaaaap !! :D


the waiting list. haiyakkk!! 


K.
15.1.2015

Tuesday, January 6, 2015

Kami pelik :p

Salam! Title post harini memang sengaja tulis gitu. Sebab..

Kitorang budak medic berbeza tarikh final exam dengan course lain. Idk why..! n Ive been torturing myself seeing my other friends already in their exam battle. Just in few days je lagi diorang akan rest for about almost 2 months! I'll mereput here I'm really sure..


Btw,
One of my Bff in high school got married last week. Alhamdulillah..
Barakallah Anis. Semoga bahagia hingga ke anak cucu <3 Nihaaa aku belanje satu gambar. Nak banyak-2 memang segan la woi. Tapi memang takde aku lah. :)


Cantik kaler dieeeee. Guna Vscocam edit <3 Anis happy tuuu :)


Nanti tunggu aku rajin-rajin sikit la this weekend. Aku nak organize balik kejadah barang dalam bilik ni. Something is wrong la about the susunan. Aku kalau boleh nak clear je semua tempat. Huh

This weekend jugak is the final weekend sebelum nak MSK Eom pada Khamis depan. Aku risau. Tapi bergantung pada Pencipta jela. Idk la, every time i motivate myself dengan aku buat ni for the sake of myself. I hope there is hikmah behind all these sweats and tiredness.

Later kalau bilik aku dah cantik ke ape aku upload ye! Just certain place je will be uploaded, cause I love to decorate lah. Don't wait, but I'll try to do it. Byeeee ^,^

Friday, December 12, 2014

Random Nagging -- MSK

Assalamualaikum
Np//More Than Anyone in the World L such a sad song..

Dah masuk Musculoskeletal Module. Ya Allah takut jugak perasaan dia bila kau ada 7 Anatomy lecture dalam seminggu. Yang Anat 1 pun aku tak hafal semua lagi. Boleh tahan la susah dia nak hafal setiap muscles, bones, arteries, nerves and veins kat setiap part of your muscle and skeletals. Btw kena rajin minta tips from senior la macam mane nak hafal semua dengan smart.

Sekarang tengah lepak di library sebab internet connection putus di Maidam. Hahah. Aku tak pasti bila aku nak beli broadband ataupun mobile data. Mintak maaf la, guwa taknak lari bajet :p

Aku taktau kenape setiap kali start module dan setiap kali nak Eom aku akan update blog. Bagi aku, aku kena ada diary setiap kali waktu tu. Nanti bila aku bukak balik, aku tau macam mana cara aku study waktu-waktu tu. Boleh buat sebagai pencetus semangat pada masa depan. Nanti dah clinical, aku akan recall balik saat-saat rajin @ malas di preclinical year. Hahah.

Sejak kebelakangan ni, setiap malam aku mimpi benda yang pelik-pelik. Macam kena kejar, kena marah, kena bunuh, kena membunuh orang. Pelik. Risau la aku. Okay nak kena minta maaf dengan ramai orang ni sebelum tahun depan.


Btw, tahniah kepada semua Ahli baru Medisza.

K.

Saturday, November 29, 2014

anxiety disorders


excuse my awkward pose. 

currently i don't feel like studying. goshhh

this morning we were attending Stress Management Workshop. there are students from other unis too attended and yeah, it feels like living among some variety of humans again. i guess this event should be done more frequently as it gives us so much input that was so worthy.

i guess i don't feel like stressful again after this one whole day workshop geee ;)

and you know what, within 5 days more i'll be sitting on my Respiratory System Module examination paper and the anxiety feeling is just coming by again and again. i'm a paranoid person who had always fear about not getting higher marks than i did before. but i think it is okay for me to not be able to achieve those sparkling marks yet because maybe there is some reason Allah don't wanna give me yet. yes i have faith in Him so much

you know why does Allah test us? because He loves us so much and wanna see us be grateful and never run  away from Him whenever something bad happens.

i had this one bad habit which only some of my close friends knew about it. fyi, i was about to throw the habits away whenever it comes to 'new year' celebration but it seems that i was weak enough to get rid of it. maybe i need to strengthen my heart right after deleting it from my brain huh?


ps:// the latest post in my insta tells everything about me right now. that i think i am able to fight the feelings but i just can't
pps:// i hate the fact that i lose sometimes
ppps:// feeling miserable, always
pppps:// there are quite few numbers of 'em asking me bout my sweet nickname, kubi and i don't wanna explain bout it unless you are such a close friend to me



Kubi,

Thursday, November 6, 2014

Layan cerita

Assalamualaikum


Harini aku macam free sikit sebab cuti penuh hari Khamis. Boleh la relax-relax kat katil dalam hujan camni sambil tengok cerita-cerita yang berkurun dok dalam laptop kan.


Aku nak cerita pasal hobi.


Lately ni kan, aku memang suka layan drama yang berkaitan dengan medical things. Bila aku layan medical related movies/drama barulah aku tak rasa serba salah nak tinggalkan notes tak terbaca sehari dua kahkah.


1) It's Okay That's Love
2) 1 Liter of Tears
3) Team Medical Dragon
4) Emergency Couple


Yang latest aku tengok 1 Liter of Tears. Memang se'bucket' kfc dah keluar ayaq mata tengok. Aya suffered from Spinocerebellar Degeneration Disease, memang sakit pasal saraf. Lastly, she died. Memang sedih gila vavun.


Tiap kali tengok cerita medical-related, aku rasa lain maciam.Sedih, taknak sakit dan berazam akan mengambil pemakanan diet yang seimbang selamanya supayaa tidak akan sakit, berdoa kat Allah aku dapat badan yang kekal sihat, in the end, rasa nak study tu membuak, hopefully. Korang doakan aku tau, supaya aku sayang and caring kat semua patient aku, inshaAllah, suatu hari nanti.


Aku ni lain maciam jugak sensitif nya kalau pasal sakit. Tak tentu hala. Haritu pergi spital pun dah sebak. Entah apa aku bayang gak eh.


Pastu aku fikir kalau orang yang aku sayang sakit, aku mampu tak jaga? Kalau aku jaga, adakah diorang akan jaga aku pulak kalau aku sakit? Haaaaa aku kalau dah fikir jauh, memang camni jawabnya.


Sama-sama doa la ye. Lebyu guys xoxoxo

Thursday, October 30, 2014

Healthy lifestyle

Assalamualaikum


gambar sumber diri ini


Harini aku terpanggil nak cerita pasal lifestyle semua orang yang bernama manusia. Sengaja nak menaip harini, aku kan memang suka menaip blog, tapi kalau kena buat assignment, sumpah aku rasa kena paksa...


Itu hari kan aku baru lepas belajar pasal Cardiovascular System. Before that pun aku belajar pasal Gastrointestinal System yang mana semua cerita pasal bahagian dalam abdomen kita iaitu perut dan usus, mostly. Sekarang pulak aku tengah belajar pasal Respiratory System. Cerita dia kat sini, tiga system ni banyak kali menegur aku pasal pengambilan makanan yang sihat mampu mengubah gaya hidup sihat kita.


Waktu belajar Cardiovascular/CVS, aku terasa macam 'better aku bertindak sekarang, jangan consume makanan berkolesterol, nanti tak pasal sakit bila dah besar, nyusahkan orang'. Sampai macam tu sekali aku fikir. Yelah, kau tau tak kalau waktu muda kita asyik makan benda berkolesterol tinggi, nanti dia akan affect saluran darah kita, then tersumbat lepastu darah tak mengalir, pastu darah tak sampai ke otak dan akan menyebabkan brain kita mati dalam masa 5-6 minit jikalau tidak dirawat jantung? Haaaaa. Baik kau beristighfar kalau nak makan banyakkk sangat. Aku ni lah. Kalau asyik nak menasihatkan orang but then aku sendiri yang tak makan nasihat, memang wajar lalukan penampo kat muke ni.


Lagi satu kan, aku ni jenis yang tak gemar gula sangat. So apa-apa yang berkaitan ngan gula pasti aku minta reducekan kuantiti gula. Kau tak rasa nyawa kau terancam ke bila minum air manis? Tetiba. Plus, kau tak rasa hina ke bila makan tomyam yang rasa MANIS? Sebagai kaki tomyam tegar, aku tersangatlah pantang wahai umat sekalian...


Lepastu, aku hairan lah dengan manusia yang gemar sangat merokok. Kot ye pun kau stress dengan awek, takyah aa merokokkk, pandaaaaaai. Aku tengok keburukan merokok lebih BANYAK daripada kebaikannya. Yang pertama duit kau AKAN habis, lepastu kau merosakkan paru-paru kau. Tak kesian dengan paru-paru? Kenapa nak rosakkan diorang? Kesian kat paru-paru kitewww wuwuw awak semua yang merokok jahattt. Dan berbanding orang yang menghisap rokok, orang di sekeliling perokok yang akan terkena kesan yang lebih bahaya. Kadang-kadang kitorang pun boleh menghidap penyakit yang kau hidap tu tau?


Geram la dengan smoker ni sampai aku mesti buat isyarat sakit hidung kalau lalu sebelah diorang. Grr


Tapi cakap orang pun, aku pun kena seiring dengan percakapan aku. Kalau aku pun dua kali lima memang sumorang pakat pulau aku tak mbohhh la. Aku pun kena dan sedang dan pernah mengamalkan perkara-perkara berikut hehe :

  • Sekarang ni aku cuba minum air botol mineral sebanyak 1200mL sehari. Kalau duit habis takpe, janji kuantiti air dalam badan haruslah banyak maka aku akan jadi cergas. Even kalau minum air banyak pasti aku jadi rasa nak buang air tapi itu normal.
  • Consume nasi sehari je pastu pepandai aa survive guna roti ke maggie ke emmmm maggie boikot dah hehe
  • Kat rumah kitorang ada weighing scale. So normal la tetiap hari diri atas tu supaya nak mengelakkan jarum hitam tu serong ke kanan kan. Kiranya jadikan penimbang sebagai sukatan kau barulah kau riang hehe
  • Selalu lah ingat semua benda-benda yang dah belajar. Kesan pengambilan makanan secara banyak haruslah ingat dalam palotak. Always motivated la in short ;)
  • Takleh berhenti tengah jalan la usaha kau. haruslah keep going on sampai kau rasa badan kau sihat betul-betul dengan diet seimbang yeahhh

Cerita dia, aku memang nak avoid lah segala jenis penyakit, kanser mahupun tumour whatsoever obesity supaya aku sihat kekal hingga ke tua. Senang tak payah minta orang jagakan aku. Lagi-lagi aku tak suka mintak tolong orang emmm nak independent basuh berak sendiri walau dah tua kikikiki then senang nak beribadat kan paling penting inshaAllah. 


Dah panjang berjela aku cerita. Lepas gian nak publish entry ni. Memang terfikir sejak sem lepas lagi tapi tak terpanggil pulak kan nak create one. So this is it! Enjoy your reading! ;) Glad to express my feelings here with you guys my silent readers thehehehehe papai xoxoxox

Monday, October 20, 2014

Still far apart to go.

Assalamualaykum wbt & holla everyone!
Bismillahirrahmanirrahim


Perasaan ingin menaip dan mengarang dengan penulisan ala-ala budak U aku membuak-membuak semenjak menjadi pelajar U tahun lalu. Setakat ni, tidak pernah lagi aku coretkan tinta-tinta pengalaman dan pendapat aku sebagai pelajar yang mendiami jurusan ini. Aku teringin sekali berkongsi pengalaman study yang aku kira baru dikatakan dalam lingkungan umur setahun jagung. Tidak mengapa, mungkin aku boleh jadikan sebagai bahan bacaan pada tahun-tahun akan datang.






Beberapa hari yang lepas iaitu pada Khamis yang lalu, aku baru saja menduduki peperiksaan 'End of Module' for Cardiovascular Module selepas 6 minggu bergelumang dalam modul berperihalkan jantung dan saluran darah ini. Ternyata, CVS modul memerlukan masa yang cukup lama bagi memahami setiap inci struktur jantung termasuk saluran darah, bahagian dalam dan sebagainya.

Bagi aku, seperti modul-modul yang lepas kecuali yang awal-awal, aku tidaklah belajar secara advance ataupun rajin menelaah setiap hari. Aku hanyalah seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja. Setiap hari selepas kelas, pertama sekali aku akan pastikan bahawa aku mempunyai nota pada hari itu yang telah dicetak dari mesin photostat peribadi aku. Kemudian barulah aku akan memutuskan subjek mana yang akan ditelaah dulu.

Bagi aku, medical student haruslah rajin mentelaah dan sentiasa bertanya pada lecturer sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Jikalau perasaan tertanya-tanya disimpan hanya di dalam qalbu, sudah pasti engkorang tidak akan memahami subjek tersebut selamanya. Dan sekiranya kita telah memahami tajuk tersebut, cubalah terangkan kepada rakan semula apa yang anda baca. Dengan cara ini, ia akan membantu meningkatkan memori terhadap bacaan itu. Cara ini memang berkesan.

Aku masih ragu-ragu ingin meneruskan pelajaran dalam bidang mana nanti. Selepas belajar beberapa modul sistem, ternyata aku masih belum menemui bidang yang menarik minatku. Mungkin selepas berpraktikal selama 3 tahun pada tahun depan onwards, akan diketahui jawapannya?

Melihatkan para senior aku, yang telah bergraduate, sedang final year, sedang fourth year dan baru sahaja memasuki alam praktikal, sesungguhnya perasaan gentar untuk menghadapi liku-liku yang sama bagi diorang merupakan cabaran yang amat besar seumur hidup aku. Apa yang aku risaukan sekarang ialah peperiksaan menjelang akhir tahun dua nanti, yang bakal menentukan sama ada aku layak untuk memasuki alam praktikal mahupun tidak. Persediaan yang dilakukan hanyalah seminimum 10%, yang cukup membuatkan aku hypertension memikirkannya. Huhuhu

Pada aku, kehidupan semasa di Tahun 1 ialah untuk bersuka ria, namun realitinya pada Tahun 2 aku perlulah berazam untuk belajar betul-betul dan menjadi bakal doktor yang disukai ramai. That's my aim after all I have been studying for in this field. Please pray for my goodness. Aku nak menjadi doktor yang mengingatkan pesakit tentang Tuhan dan mengubati mereka dengan kudrat ilmu yang Allah kurniakan kepadaku. Insha-Allah.

Lots of love xx
Midsemester break of Second Year.

P/s: Why got university subject ass-ignments? Everything is ruineddd

Thursday, October 9, 2014

brain vs heart

.....you know what

I hate the huge differences between us
Me, a very complicated person and you, a very busy one
Just so you know,
To my eyes, all you have is perfect imperfection
I-need-you.

Friday, September 26, 2014

Week 3 finished.

Hey yo!
I just feel like wanna publish an entry tonight.. Rasa rindu nak jumpa blog, rasa gatal tangan nak menaip di sini. Rasa rindu nak berceloteh. Orang seperti aku haruslah muncul di dashboard blog dua kali sebulan thehehe

Takde benda nak share, just nak cakap aku dah habis minggu ketiga, dan akan masuk Week 4 lepas ni. Bagi aku, yang paling tough setakat ni ialah Pbl, Tutorial, Physiology and all. Aku rasa aku kena giatkan lagi usaha aku. Just have to be more hardworking and studying all the time. Hahah setiap kali aku nak study je mesti ada benda halang. Ish ish ishhhh saytan selalu datang mengusik tau kuat mengacau sangat selalu suruh buka instagram dan berangan wahhaahaha ada banyak duit nak beli semua shoes clothes *blink blink

Sekarang belajar pasal jantung dan komplikasi nya, penyakit, blood pressure dan semua yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah aku berpeluang tahu bagaimana kedudukannya dengan spesifik, semua structure di dalam nya. Aku suka belajar Medic to be honest. Tapi kalau kasi aku bahagian engineering/ komputer kan, komfem aku drop awal. Aku benci benda lektrik -,-

Minggu ke-4.
Full of presentations and proposal on Uni subjects. Hate it damn much but I have to. It dragged my mood lah. Need to stand right in front of everyone, it sucks. Hahaha but seriously, nasib baik tak dekat sangat dengan exam.....

Kbai :> I'm just feeling so happy today hihi






Bangkok Day Tour [Day 3]

Let the pictures do the talking :)